Skip to content

17 Barang penting yang perlu ada sebelum Pergi ‘Camping’

barang camping

Camping merupakan salah satu aktiviti sihat yang diminati oleh ramai orang. Cumanya ada kebanyakan daripada kita yang tidak selalu bercamping dan tidak tahu barang ataupun item yang penting untuk dibawa ketika camping.

Jadi disini ada 14 barang penting yang perlu dibawa oleh anda untuk terselamat ketika melakukan aktivit camping ini.

1. Peti Kecemasan(First Aid Kit)

First aid kit ini adalah sesuatu perkakas yang penting ketika anda memasuki hutan. Ia mampu memberi pertolongan kecemasan yang asas ketika di dalam hutan sehinggalah pesakit dibawa keluar daripada hutan tersebut.

Ketika membawa peralatan ini, anda juga perlu memastikan anda tahu untuk menggunakannya. Tak guna juga kalau bawa, tetapi tidak tahu untuk menggunakannya.

Oleh itu, dinasihatkan untuk membawa sekurang-kurangnya seorang ahli kumpulan yang tahu menggunakan peralatan di dalam peti kecemasan seperti:

  1. Handiplast
  2. Gauze
  3. Bandage
  4. Iodin

dan sebagainya.

Tidak lupa juga bagi ahli kumpulan yang mempunyai penyakit kronik perlulah membawa ubat-ubatan mereka ketika berada di dalam hutan.

Cadangan first aid kit berserta isinya ada disini

2. Pisau Kecil

Untuk menggunakan segala sumber tumbuh-tumbuhan dan sebagainya di dalam hutan, pisau kecil ini memainkan peranan yang penting. Dari menyiang ikan, hinggalah digunakan untuk memotong tali bagi membuat khemah, ia sangat-sangat membantu bagi mereka yang selalu bercamping.

Bahkan terdapat pisau kecil yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti boleh membuka botol, bertindak sebagai gunting dan juga mempunyai pelbagai fungsi yang lain

Cadangan pisau: Multipurpose knife

3. Pemasang api(lighter) ataupun mancis

Benda ini adalah benda asas digunakan untuk menghidupkan api. Dan daripada api itu pula anda boleh masak makanan dan juga air. Sebenarnya anda boleh cuba cara lama untuk menghasilkan api iaitu daripada geselan kayu. Tetapi ia akan menggunakan masa dan tenaga yang banyak untuk menghasilkan api daripada cara tersebut.

Jika disuruh pilih mancis berbanding lighter, eloklah dibawa lighter kerana mancis jika sudah basah selalunya susah untuk digunakan balik berbanding lighter.

4. Kain Rentang kalis air

Kain rentang ini adalah penting kerana ia boleh dijadikan khemah ataupun alas tempat duduk atau baring. Ia juga boleh digunakan untuk menutupi barang camping seperti makanan atau dapur untuk memasak ketika hujan.

Benda ini adalah sangat mudah dibawa kerana ia boleh dilipat dan tidak mengambil ruang yang banyak dalam beg.

Cadangan kain rentang: Camping Mat ultralight

5. Bekas ubat untuk rempah

Bekas ubat yang dibeli di farmasi boleh diubah suai untuk menjadi bekas rempah ratus. Dan setiap daripada ruang tersebut boleh diisi dengan setiap jenis rempah ratus termasuk garam dan gula sekali.

Oleh itu, anda masih akan menikmati hidangan yang lazat walaupun pada ketika itu anda sedang camping di dalam hutan.

Jangan lupa bawak sedikit minyak juga ya untuk menumis rempah ratus yang anda bawa.

Cadangan bekas ubat: Medicine Sorter Box

6. Kompas dan peta

Kebanyakan daripada kita sangat bergantung kepada GPS di telefon bimbit kita. Tetapi perlu diketahui bahawa telefon bimbit juga memerlukan perkhidmatan internet untuk mendapat lokasi GPS yang tepat dan selalunya coverage internet di dalam hutan adalah sangat rendah.

Oleh itu, jika anda tidak boleh menggunakan khidmat GPS tersebut ataupun telefon anda kehabisan bateri, maka penggunaan kompas dan peta ini mampu membantu diri anda. Selain digunakan sebagai penunjuk lokasi, kompas turut membantu untuk menentukan arah kiblat.

Cadangan Kompas: Compass for Camping

7. Baju hujan

Baju hujan yang sesuai digunakan adalah jenis ponco sebab ia tidak terlalu tebal dan kalis air. Bahkan ponco juga boleh digunakan untuk membentuk khemah. Oleh itu, jika anda malas nak bawah khemah, anda boleh bawa ponco dan ikatnya pada setiap bucu bonco tersebut kepada pokok.

Oleh itu, sediakan baju ponco ini untuk mengelakkan basah ketika hujan dan juga untuk membina khemah

Cadangan baju hujan: Multifunctional raincoat

8. Powerbank

Jika dirumah anda, bateri telefon anda akan dicaskan terus daripada sumber elektrik rumah. Berlainan pula di dalam hutan, tiada sumber elektrik. Oleh itu, nak tak nak anda perlu membawa simpanan sumber elektrik yang lain untuk mengecas telefon anda di dalam hutan.

Power bank menjadi salah satu sumber utama bagi tujuan cas telefon di dalam hutan

Cadangan power bank: Pineng power bank

9. Sleeping bag

Ketika anda tidur semasa bercamping, akan terdapat banyak serangga yang akan menggigit anda dan permukaan tanah juga tidak rata. Perkara ini mungkin akan membuatkan anda tidak selesa ketika anda ingin tidur.

Penyelesaianya adalah dengan menggunakan sleeping bag kerana kebanyakan sleeping bag yang ada selalunya akan menutupi kebanyakan bahagian badan kita daripada dada hingga ke bahagian kaki. Jadi ia akan mengelakkan diri anda daripada digigit serangga ketika anda tidur

Cadangan sleeping bag: Waterproof outdoor sleeping bag

10. Kuali memasak

Jika anda sudah bawa rempah ratus dan juga makanan seperti ikan, ayam dan sebagainya untuk memasak, maka anda perlulah juga membawa kuali atau bekas tin untuk memasak.

Cadangan: Camping Mess Tin

11. Stokin

Stokin penting untuk beberapa perkara iaitu satu untuk anda pakai ketika pakai kasut. Tetapi ia juga boleh mengelakkan diri anda digigit pacat. Caranya adalah mudah iaitu masukkan seluar anda ke dalam stokin tersebut ketika memakainya. Sudah tentu pacat akan sukar menggigit kaki anda.

Bahkan ia juga penting untuk melindungi kaki anda ketika anda tidur. Di dalam hutan akan banyak serangga yang akan menggigit kaki anda. Seeolaknya bawak 2 pasang stokin. 1 pasang digunakan ketika berjalan dan 1 pasang lagi pula digunakan ketika anda tidur.

Cadangan stokin: Camping stocking

12. Kasut Getah

Ada yang suka pakai kasut sukan(sport shoe) ketika masuk ke dalam hutan. Tetapi ketahuilah bahawa yang kasut tersebut takkan tahan lama setelah kasut tersebut masuk ke dalam air ataupun lumpur.

Sebaiknya untuk masuk ke dalam hutan, anda boleh menggunakan kasut getah sebab ia sangat susah rosak. Kecuali jika anda pergi ke tempat yang licin dan curam, maka anda dinasihatkan untuk menggunakan kasut sukan ataupun kasut getah khas.

Kerana kasut getah yang murah ini selalunya tapak dia tidak mempunyai cengkaman yang kuat pada tanah. Jadi orang yang menggunakannya sangat mudah tergelincir. Jika rasa perjalanan tersebut tidak terlalu curam, maka kasut getah biasa adalah lebih baik sebab harganya murah dan susah untuk rosak

Cadangan Kasut Getah Disini

13. Penutup lengan

Jika anda ingin mengelakkan gigitan lintah atau pacat pada tangan anda, maka gunakan penutup lengan. Penutup lengan ini bukan sahaja boleh mengelakkan gigitan lintah, tetapi ia juga boleh mengelakkan gigitan nyamuk yang akan membuatkan anda gatal.

Cadangan penutup lengan: Unisex arm cover

14. Peanut Butter

Perlu ke nak bawak peanut butter? Memang perlu kerana dalam satu sudu makanan ini, ia mempunyai sumber tenaga yang sangat tinggi untuk anda yang mempunyai perjalanan yang jauh.

Anda hanya perlu sapu pada roti dan boleh teruskan perjalanan seperti biasa.

15. Tali

Dalam pengakap, tali merupakan salah satu instrumen penting ketika mana mereka memasuki hutan. Bahkan seorang pengakap juga akan belajar pelbagai jenis cara ikatan yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Ia boleh digunakan untuk buat khemah, sangkut baju, buat tripod untuk memasak air, menanda jalan dan pelbagai lagi. Bahkan ia juga boleh digunakan untuk membuat alat untuk mengangkat orang sakit

Cadangan tali: Multifunctional rope

16. Lampu

Ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu ada. Mungkin ada yang mengatakan tidak mengapa sebab perjalanan hanya mengambil makan pada waktu pagi sahaja.

Ketahuilah bahawa ada yang pernah sesat di dalam hutan hingga waktu malam. Dan pada waktu tersebut, sudah tentu anda akan tidak nampak apa-apa pun.

Oleh itu, tidak kisah perjalanan tersebut memakan waktu pagi sahaja ataupun tidak, anda perlu bawak lampu untuk memudahkan diri anda jika anda sesat di dalam hutan nanti.

Cadangan lampu: Rechargeable torchlight

17. Bekalan doa

Ketika memasuki hutan, perlu kita membaca beberapa jenis doa untuk melindungi diri kita daripada mara bencana dan makhluk-makhluk di dalam hutan.

Doa tersebut adalah

Maksudnya: Dengan nama Allah, tidak akan memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Semoga kita dilindungi daripada gangguan makhluk Allah ketika di dalam hutan dan dapat menjalani aktiviti camping kita dengan lancar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + six =