Skip to content

25 Barang Persiapan Bersalin Yang Perlu Anda Sediakan

barang keperluan bersalin

Apakah barang persiapan bersalin yang perlu disediakan bagi ibubapa yang sedang menunggu untuk menimang cahaya mata? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 25 barang untuk keperluan persalinan. Keseluruhan barang ini mengambil kira semua aspek untuk penjagaan ibu yang melahirkan dan bayi yang di lahirkan.

Anak merupakan anugerah yang paling indah di berikan Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Ibaratnya seperti pelengkap dalam sesebuah hubungan perkahwinan, hadirnya dia untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Individu yang paling teruja dan gembira sekali sudah tentunya kepada pasangan yang baru pertama kali menyambut kelahiran sulung.

Dalam keterujaan itu, kadang kala suami isteri terlalu berfokus untuk menyediakan kelengkapan lengkap untuk bayi mereka sahaja lalu melupakan perkara-perkara lain yang lebih utama untuk di fikirkan pada saat itu. Persiapan menyambut kelahiran perlulah mengikut kepada yang paling awal sehingga ke akhirnya. Dalam konteks ini, persiapan untuk ibu bersalin paling penting untuk di berikan perhatian lebih.

1. Stokin Tebal Ibu

Kekejangan sering kali terjadi kepada ibu hamil terutamanya ketika kandungan sudah masuk pada trimester akhir sekitar 27 hingga 40 minggu. Ramai pula yang salah faham dengan beranggap bahawa punca kekejangan di sebabkan kurangnya kalsium.

Sebenarnya, keadaan bahagian rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang

Pemakain stoking tebal dapat menghangatkan kaki ibu kerana dalam keadaan suhu seperti itu pengaliran darah di kaki akan berjalan dengan lancar.

Cadangan barang: Maternity compression socks

2. Baju Bayi

Bayi yang baru lahir pun perlu pakai baju tau tetapi tidaklah terlalu banyak dalam pemakaian hariannya seperti orang dewasa. Cukup sekadar 3 hingga 4 pasang baju bersaiz newborn yang di bawa bersama. Jangan penuhkan beg pakaian anda dengan baju bayi sahaja. Sebaliknya sisakan sebahagian besar ruang untuk keperluan-keperluan lain.

Tips untuk memilih baju bayi:

  • Jangan membeli terlalu banyak pakaian bayi dalam satu-satu masa kerana bayi cepat membesar dan saiz badannya juga mudah berubah.
  • Pilih material kain kapas yang sangat mesra dengan kulit bayi untuk mengelakkan ruam di kulitnya.
  • Elakkan membeli pakaian yang ada aksesori tambahan seperti zip, sulaman atau butang kerana kadang kala sesetengah bayi mempunyai kulit yang mudah sensitif dengan apa yang di pakai sehingga menyebabkan kegatalan yang serius.
  • Pilih baju dengan design yang sangat minima supaya anda mudah dan senang untuk membuka dan memakaikannya di badan bayi.
  • Selalu ingatkan dalam fikiran anda pakaian yang mahal bukan bermaksud pakaian itu bagus.

Cadangan Barang: Fiffy

3. Pampers Bayi

Disamping baju, pampers bayi juga merupakan barang persiapan yang anda perlu sediakan sebelum bersalin. Bayi kerap membuang dalam masa 24 jam selepas di lahirkan. Oleh itu, anda perlu menyediakan beberapa helai pampers untuk persiapan bayi anda.

Tips memilih pampers bayi:

  • Ada pengekalan lembapan yang baik. Tanpa penyerapan yang baik, bayi akan mudah berpeluh dan menyebabkan susah tidur malam dan ruam.
  • Ada peredaran udara yang baik. Anda bernafas, pampers juga bernafas untuk memberi keselesaan yang maksima kepada bayi. Lubang mikroskopi pada pampers sangat membantu dalam menghasilkan peredaran udara yang berkesan.
  • Mempunyai kelembutan yang memberi keselesaan pada bayi.
  • Mempunyai pengikat yang kuat dan tahan. Ramai ibu yang mengeluh apabila pampers cepat rosak dan tidak boleh di gunakan lagi bila di buka berkali-kali. Pelekatnya sudah tidak berfungsi walaupun kadangkala pampers masih dalam keadaan yang baik.
  • Elakkan membeli pampers bayi yang mengandungi wangian. Ini untuk mengelakkan bayi mengalami ruam dan rengsa di sekitar kawasan tersebut.

Cadangan Barang: PetPet jumbo tape

4. Stokin Bayi

Jika ibu memerlukan stokin untuk mengelakkan kekejangan pada kaki, sebaliknya bayi memerlukan stokin untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tips memakai stokin pada bayi:

  • Sapukan losyen atau minyak telon pada permukaan tapak kaki dan pergelangan kaki bayi sebelum menyarungkan stokin.
  • Kadar ketebalan stokin perlulah sederhana. Jangan terlalu tebal untuk mengelakkan bayi terlalu panas dan berpeluh. Jangan terlalu nipis untuk mengelakkan bayi kesejukan dan kurang selesa.
  • Kerap mencuci stokin yang telah di pakai semalaman.

5. Bedung Bayi

Bedung adalah balutan yang di pakai pada bayi untuk membantunya tidur, mengurangkan dari terjaga dan memberi ketenteraman. Kebiasaannya, bayi akan di bedung dari usia sehari sehingga dia menunjukkan tanda-tanda untuk meniarap atau berguling. Ini merupakan salah satu barang yang anda perlu ada sebelum ibu bersalin

6. Tuala Mandi Bayi

Tuala mandi bayi di gunakan untuk mengeringkan tubuh bayi usai mandi. Cara anda mengeringkan tubuh selepas mandi tidak sama dengan bayi. Bayi memerlukan material yang lembut pada kain tuala untuk mengelakkan dari tercedera atau terluka. Sesetengah material pada tuala agak kasar dan tidak sesuai di gunakan pada bayi

7. Baju Sejuk

Baju sejuk ini khas untuk ibu. Ibu hamil sering terdedah dengan amaran selsema dan demam akibat cuaca atau persekitaran. Ada juga kes di mana sesetengahnya berasa tubuh badan terlalu panas atau sejuk. Penggunaan baju sejuk boleh membantu memastikan tubuh ibu sentiasa hangat dari kesejukan malam terutamanya yang sedang menginap di hospital.

8. Kain Batik

Pakaian yang paling selesa bagi seorang wanita adalah kain batik. Anda yang berasal dari bandar atau kampung pasti pernah menggunakan kain batik walau sekali seumur hidup. Kain batik sebagai pengganti seluar boleh memberikan keselesaan kepada ibu. Ibu yang bersalin secara caesarean juga amat sesuai menggunakan kain batik supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain. Ia merupakan barang persiapan bersalin yang wajib anda ada

9. Minyak Angin

Sakit kepala, stress, sengal otot, mabuk perjalanan, kembung perut dan gigitan serangga boleh di legakan dengan minyak angin.

Cadangan Barang: Fresh Care

10. Selipar Tandas

Takut tergelincir di tandas, geli hendak pijak lantai yang kotor atau kaki kejang jika pijak lantai yang sejuk itu adalah antara keluhan-keluhan ibu ketika bersalin. Penggunaan selipar yang sesuai boleh mengurangkan risiko sebarang kemalangan terjadi di samping memberikan keselesaan pada ibu. Tidak perlu mencari selipar yang mahal atau berjenama. Cukup dengan selipar yang mempunyai tapak getah anti licin dan tebal.

11. Tudung Sarung

Agak sukar dan kurang praktikal jika ibu perlu memakai tudung bawal atau shawl ketika hendak bersalin di hospital. Jika menggunakan kedua-dua jenis tudung ini, anda perlu bersusah payah mencari butang pin atau jarum peniti. Belum lagi sekiranya tudung yang anda pakai berkedut dan tidak kemas. Ini sudah tentu menyebabkan anda bertambah emosi. Solusinya, cukup dengan beberapa helai tudung sarung, anda akan mendapatkan keselesaan yang berpanjangan dan yang penting aurat sentiasa terjaga.

12. Dokumen Lengkap

Dalam kekalutan mengemas keperluan bersalin, jangan lupa untuk memastikan semua dokumen yang penting di bawa. Contohnya seperti buku pink check-up, kad pengenalan ibu, kad nikah atau sijil nikah, dan duit deposit hospital cash di tangan. Untuk mengelakkan anda dari terlupa, sediakan satu beg pouch untuk semua fail dokumen.

Cadangan Barang: Zip plastik kalis air pvc.

13. Al-Quran

Ayat-ayat Al-Quran memberikan ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Dalam keterujaan seorang ibu menunggu kelahiran bayinya, akan ada perasaan gementar dan takut untuk melalui fasa ketika bersalin kerana hidup dan matinya di tangan Tuhan. Al-Quran yang menjadi peneman anda akan sentiasa mententeramkan jiwa anda dan orang di sekelililing

Cadangan Barang: Al-Quran Humaira Tagging.

14. Pengecas Telifon

Telifon dan pengecasnya barangkali bukan lagi kemahuan sebaliknya keperluan untuk setiap individu. Hampir setiap hari anda berhubung dengan telifon untuk menyelesaikan banyak perkara seperti urusan pekerjaan dan lain-lain.

15. Nipple Krim

Nipple krim boleh gunakan untuk bayi dan ibu. Dengan penggunaan nipple krim yang betul, ibu boleh memberi penyusuaan yang lebih selesa kepada bayi tanpa memberi kemudaratan kepada dirinya. Selain krim ini sesuai untuk kegunaan pada ibu, krim ini juga boleh di sapu pada permukaan kulit bayi yang mengalami ruam merah atau rengsa.

Cadangan Barang: Bepanthen ointment

16. Susu

Minuman yang sangat sinonim bagi seorang wanita mengandung adalah susu. Lambakan jenama di pasaran seperti Anmum Materna, Similac, Nestle dan bermacam lagi menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia. Kepada anda yang tidak biasa dan tidak boleh minum susu, anda boleh mencari susu khusus untuk ibu yang terdapat pelbagai variasi perisa seperti coklat dan strawberi.

Cadangan barang: Anmum Materna

17. Termos

Agak sukar untuk mendapatkan air panas pada malam hari ketika di hospital. Jika anda mempunyai termos sendiri, anda bebas untuk membancuh minuman panas pada bila-bila masa sahaja.

Cadangan Barang: Antumnz termos

18. Tisu Basah dan Tisu Kering

Tisu bukan sahaja di gunakan untuk mengelap kotoran. Tisu juga berfungsi untuk memastikan yang permukaan anggota badan anda tidak terdedah dengan bakteria untuk jangka masa yang lama. Ia sangat praktikal di gunakan jika sesuatu tempat itu sukar untuk mendapatkan sumber air atau mengelakkan anda berulang-alik ke tandas beberapa kali untuk membasuh tangan.

Cadangan Barang: Tisu Premier

19. Baju Lengan Panjang Berbutang

Baju lengan panjang berbutang ini sangat sesuai untuk ibu semasa ingin menyusukan bayi. Jadi pergerakan anda lebih fleksibal dan tidak terbatas. Ia merupakan barang persiapan bersalin yang anda wajib ada untuk memudahkan diri anda

20. Maternity Pad

Pastikan anda membeli jenis yang tebal dan selesa. Ini kerana selang beberapa hari bersalin, anda akan mengeluarkan aliran darah yang banyak. Kalau anda tiada maternity pad ini, nampaknya anda terpaksa duduk atas katil sahaja tanpa boleh bergerak ke mana-mana.

21. Pakaian Dalam Khusus

Bagi memastikan ibu sentiasa selesa sepanjang tempoh penyusuan, pemakaian pakaian dalam yang sempurna dan mesra pada badan sangat membantu melancarkan lagi proses tersebut.

22. Snek ringan

Ibu yang mengandung kerap kali akan berasa lapar. Kadang kala tengah-tengah malam perutnya meragam mencari sesuatu untuk di isi. Wajar jika perkara ini berlaku kerana ibu bukan sahaja menampung untuk mengisi keperluan makannya sahaja sebaliknya bayi dalam kandungannya turut sama perlu di jaga.

Bekalkan snek-snek ringan seperti kurma, biskut bijiran, kacang badam dan air zam-zam. Walaupun makanan-makanan ini nampak ringkas tetapi ia mempunyai khasiat dan serat yang banyak untuk membantu memberi tenaga kepada ibu.

23. Bantal Zikir Baby Pian

Walaupun ini bukan keperluan senarai barang yang mustahak tetapi anda akan terasa kelainannya jika bersalin sambil di temani bantal zikir ini. Ibu yang sedang menunggu untuk bersalin atau yang sudah melahirkan akan mempunyai masalah untuk tidur. Jika sebelum bersalin, tidur anda di ganggu dengan rasa tidak selesa di mana-mana tubuh badan. Namun ketika sudah melahirkan, tidur anda juga mungkin terganggu dengan tangisan si kecil.

Dengan alunan ayat-ayat Al-Quran, zikir dan doa dari bantal ini, anda boleh menikmati ketenangan dan ketenteraman yang luar biasa di halwa telinga. Hanya dengan sekali tekan sahaja di mana-mana permukaan bantal, automatik suara ayat-ayat suci itu akan dapat di dengar.

24. Barang Penjagaan Diri

Berus gigi, sikat rambut, pencuci muka dan getah rambut merupakan barang keperluan diri yang perlu di titikberatkan.

25. Beg Kosong

Beg ini bertujuan untuk mengisi pakaian kotor yang telah di gunakan. Pakaian kotor dan pakaian bersih harus diasingkan untuk memastikan kebersihan diri sentiasa terjaga. Selain itu, beg ini juga boleh di jadikan sebagai bekas untuk menyimpan uri. Uri akan di bawa pulang dan di uruskan dengan sebaik mungkin mengikut kepercayaan masing-masing.

Di harapkan artikel berkenaan barang yang perlu ada semasa proses persalinan ini dapat membantu menambahkan pengetahuan kepada pasangan suami isteri muda khususnya yang pertama kali menyambut kelahiran pertama.

Semua barang yang di senaraikan di atas tadi hanya sekadar cadangan untuk membantu anda membuat checklist sendiri. Jika termampu berikan yang terbaik untuk anak anda, jika tidak boleh juga tidak mengapa kerana yang paling penting adalah penjagaan rapi kepada mental dan fizikal seorang ibu. Hal ini untuk memastikan proses persalinan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Diharap senarai barang persiapan untuk bersalin ini dapat membantu ibubapa diluar sana yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 7 =