Skip to content

10 Tempat Menarik di Johor Yang Anda Perlu Lawati

tempat menarik di johor

Apakah tempat menarik di Johor yang boleh anda kunjungi? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 10 tempat menarik di Johor Darul Takzim khusus untuk anda dan keluarga melakukan aktiviti riadah, jalan-jalan, dan menenangkan fikiran. Johor, negeri yang terletak paling bawah sekali di peta Malaysia di mana lokasinya sangat berdekatan dengan negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

1. Taman Negara Endau Rompin

Tidak semua orang tahu yang di Johor ada sebuah kawasan yang boleh memberikan anda pengalaman paling menakjubkan di tengah-tengah hutan hujan tropika paling tua di dunia berumur 200 juta tahun lamanya. Selalu kalau anda tengok filem aksi bersiri seperti Anaconda yang menggunakan latar belakang lokasi di Hutan Amazon, anda pasti akan teruja dan terpegun dengan keindahan dan kemewahan alam semula jadi di sana, Tampak tenang dan damai sahaja kerana lagi banyak hidupan fauna yang menjadi penghuni tetap di situ berbanding manusia sendiri. Ini merupakan salah satu tempat menarik di Johor

Kalau hendak ke Brazil dan singgah ke Hutan Amazon, mungkin tidak sesuai di waktu pandemik ini tetapi pengalaman menjelajahi Endau Rompin seakan sama seperti yang asli. Bila datang ke Endau Rompin, tempat yang selalu menjadi kegemaran pengunjung adalah Tasik Biru, air terjun Upeh Guling dan Buaya Sangkut.

Walaupun besar, hanya sebahagian kecil sahaja Endau Rompin dibuka untuk orang biasa kerana mahu menjaga ekosistem hutan dara.

Ada tiga pintu masuk yang boleh anda lalui, dan yang paling popular ialah Johor Endau Rompin (Timur) melalui Kampung Peta. Orang Segamat pula lebih mudah jika melalui Johor Endau Rompin (Barat) dan masuk ikut Bekok. Jika anda dari Pahang, anda boleh masuk ikut Kuala Rompin walaupun ia bukan pilihan yang digemari oleh pengunjung.

2. Pulau Aur

Pulau Aur terletak di Mersing dan ia menghimpunkan tiga buah pulau yang lain seperti Puau Dayang, Pulau Lang, dan Pulau Pinang. Dari jeti Mersing, anda memerlukan 2 jam 30 minit untuk sampai ke sini dengan menaiki bot. Percutian di Pulau Aur mungkin kurang sesuai jika anda mahukan percutian moden yang dipenuhi dengan kemudahan yang lengkap seperti di Pulau Redang atau Tioman.

Namun begitu, bagi yang sukakan sesuatu yang mencabar terutamanya backpacker di luar sana, ini destinasi paling menawan untuk anda rasai. Bayangkan bagaimana hidup tanpa elektrik di sebelah malam, tiada sambungan Wifi, tiada signal telifon, tiada aircond di homestay, dan hanya berkipas sahaja sepanjang masa. Di sini banyak terdapat kampung-kampung nelayan dan orangnya juga ramah-tamah untuk anda berbual dan berkenalan,

Pengemar aktiviti snorkeling, Pulau Aur telah menyediakan kelengkapan lengkap untuk anda bersnorkeling sepuasnya tanpa risau. Tetapi jangan bawa balik batu karang, tapak sulaiman atau apa-apa yang anda jumpa, walaupun di tepi pantai. Bawa pulang memori anda sahaja untu diceritakan kepada orang lain.

3. Sealife Malaysia

Sea Life Legoland Malaysia kembali membuka pintu masuk untuk semua pengunjung bermula 12 Mac yang lalu. Menariknya, kali ini anda berpeluang untuk merasai pengalaman menikmati hidangan enak di bawah air. Sambil makan anda boleh melihat black tip reef shark dan zebra shark berenang di atas dan sekeliling anda.

Akuarium ini menempatkan lebih 13,000 jenis hidupan laut untuk tatapan pengunjung yang hadir. Tarikan lain yang menjadikan anda berbaloi masuk di sini adalah seperti Ocean Tunnel, Seahorse Nursery, Coral Reef Zone, Amazing Creation, Rockpool, Malaysia Rainforest, dan Sunken Shipwreck.

4. Flyboard Forest City

Snorkeling, scuba diving, jetski, dan surfing, semua sudah anda lakukan setiap kali bercuti di destinasi yang berair. Apa lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan? Forest City menawarkan aktviti flyboard di udara. Jangan terkejut jika anda boleh tengelam dalam mimpi menjadi seperti Tony Stark atau bintang Hollywood yang lain. Hari anda naik di flyboard akan membuatkan semua orang yang berada di tepi laut akan tergangga kagum melihat anda.

5. Skyscape Komtar JBCC

Ingat di Kuala Lumpur sahaja boleh merasai bangunan berkaca tinggi, di Johor juga anda boleh ke Skyscape Komtar JBCC untuk melakukannya. Pastinya kali ini lebih mencabar lagi kerana anda boleh tengok sendiri kaki anda dan bertapa kecilnya saiz orang dan kerata yang berada di bawah. Kecut? Sudah pasti, melainkan anda tidak ada hati. Selain anda boleh bergambar dan merasa angin di jambatan, ada juga VC dan terowong LED untuk anda lalui.

6. Kota Iskandar

Rata-rata semua orang kenal yang Kota Iskandar merupakan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor atau dinamakan sebagai Permata Makhota. Bangunan yang tersengam kukuh dan indah ini bukan sahaja berfungsi sebagai bangunan rasmi kerajaan tetapi juga sangat sesuai untuk aktiviti pelancongan.

Bangunan dalam kawasan ini dibina ala-ala konsep istana Alhambra, Sepanyol dan konsep Melayu-Johor. Jadi selain bangunan yang nampak macam di luar negeri, ada juga bangunan gaya rumah limas di sini.

7. Pantai Desaru

Tarikan di Desaru tidak boleh dipertikai lagi kerana itu saban tahun lokasi ini sangat padat dengan pengunjung. Desar pantai yang sangat cantik di Johor dan dikenali sebagai “Land of Casuarinas” yang terkenal dengan pantainya yang putih dan pokok casuarina yang berbaris sepanjang pantai sepanjang 25 kilometer ini.

Di antara aktiviti menarik di sini ialah berkayak, snorkeling, menunggang kuda, jungle trecking, berenang, memancing, dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang luar biasa. Antara daya tarikan lain yang terdapat di sini adalah Taman Buaya Teluk Sengat, Ostricth Farm, Kelip-kelip Bujang, The Wetlands Sedili, Desaru Fruit Farm Agro, Lotus Desaru Beach Spa, dan Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau.

8. Trickeye Museum

Sentiasa berjaga-jaga jika anda ke Trickeye Museum Malaysia, takut-takut ada ikan jerung yang kejar anda dari belakang. Muzium ini penuh dengan illusi bukannya realiti yang seperti anda sangka walaupun kadang kala anda pasti akan terpengaruh seakan-akan semuanya benar-benar berlaku. Biasa anda dengar tentang muzium 3D Art, namun di sini daya tarikannya melebihi 3D tau.

Trickeye Museum ni adalah muzium pertama di dunia yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan yang pertama menggunakan versi Graffiti di Johor. Ada 9 Zon tarikan yang boleh anda lalui iaitu Jurassic Zone, China Zone, Korea Zone, Animal Zone, Supermoon Zone, Kids Zone, Malaysia Zone, Winter Zone dan juga Aqua Zone.

9. Puteri Harbour

Puteri Harbour adalah favourite spot untuk anda yang hantu selfie atau yang cenderung dengan kerjaya seorang fotografi. Di sini tempat lepak orang yang suka dengan kawasan tepi laut yang ada kapal mahal berlabuh.

Jika anda ke Puteri Harbour untuk makan dan bershopping, ini bukan destinasi yang murah untuk anda tetapi sebaliknya jika anda mahukan suasana yang tenang dan santai, anda boleh dapatkannya dengan mudah.

10. UK Farm

UK Farm terletak di United Kingdom ke? Kenapa namanya UK? Sebenarnya, UK Farm terletak di Johor dan menjadi ribuan kambing dan lembu hidup di tanah seluas 100 ekar. Pemandangannya seakan-akan di luar negara seperti yang anda tengok di iklan-iklan susu di televisyen. Di sini, anda berpeluang bukan sahaja melawat kandang kambing dan beri mereka makan, tetapi juga merasakan produk berasaskan kambing yang fresh dari ladang dan menjadikan ia salah satu tempat menarik di johor

Siapa kata melancong dalam negara tidak seronok? Keseronokan dinilai bukan sejauh mana anda berjalan atau semahal mana anda keluarkan duit untuk merancang destinasi yang mewah. Sebaliknya erti keseronokan semasa melancong adalah ketika anda dan keluarga atau orang tersayang masih boleh tersenyum dan tertawa menikmati keindahan panorama dan meluangkan masa bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 11 =