Skip to content

Perkara-perkara Sunat dan Makruh Ketika Wudhu

perkara sunat dan makruh ketika wudhu

Apakah perkara sunat dan makruh ketika wudhu yang perlu anda tahu? Artikel pada kali ini akan berkongsi dengan lebih lanjut tentang penjelasan perkara-perkara sunat dan makruh ketika berwudhu.

Pendahuluan

Wudhu dari segi bahasa bermaksud bersih dan indah. Manakala dari segi istillah pula, wudhu adalah membersihkan anggota wudhu untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air mutlak. Islam sangat mementingkan tentang kebersihan diri dan persekitaran, bahkan wudhu itu sendiri sudah sampai ke tahap wajib dilaksanakan sekiranya mahu mendirikan solat.

Allah SWT berfirman,

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Maidah, ayat 6).

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud, “Tidak diterima seseorang yang berhadas sehingga dia berwudhu.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Perkara Sunat Ketika Wudhu

  1. Menyebut nama Allah (bismillah)
  2. Membasuh dua belah tapak tangan sebanyak tiga kali sebelum memasukkannya ke dalam bekas air
  3. Bersugi
  4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannya dengan tangan kiri
  5. Menyapu janggut yang tebal
  6. Menyapu seluruh kepala
  7. Menyapu celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan kaki
  8. Menyapu dua telinga luar dan dalam dengan air yang lain selain daripada air untuk menyaou kepala
  9. Melakukan semua perbuatan fardhu dan sunat wudhu sebanyak tiga kali
  10. Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika membasuh tangan dan kaki
  11. Menggosok-gosok tangan atas ketika membasuhnya
  12. Melebihkan basuhan muka ke bahagian kepada dan membasuh bahagian atas dua siku dan buku lali.
  13. Bersederhana menggunakan air tanpa berlebih-lebihan
  14. Menghadap kiblat ketika berwudhu
  15. Tidak bercakap-cakap ketika berwudhu
  16. Tasyahud dan berdoa setelah selesai berwudhu

Perkara Markruh dalam berwudhu

  1. Menggunakan air secara berlebihan
  2. Mendahulukan basuhan tangan dan kaki kiri daripada yang kanan
  3. Mengelap anggota wudhu dengan tuala kecuali keuzuran
  4. Menyimbah air ke muka
  5. Membasuh atau menyapu anggota wudhu lebih atau kurang daripada tiga kali dengan yakin
  6. Meminta bantuan orang membasuh anggota wudhunya tanpa keuzuran
  7. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi orang yang berpuasa

Manfaat Dalam Berwudhu

Berwudhu mempunyai pelbagai manfaat yang banyak dari segi rohani dan jasmani.

1. Mengugurkan dosa

Mudahnya Allah memberikan hambanya pahala dengan hanya berwudhu. Jika anda perasan, tempoh masa yang diambil seseorang untuk berwudhu hanya sekitar tiga hingga lima minit. Tetapi kaifiat yang bakal diterimanya sehingga dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah daripada kedua tangannya setiap dosa yang dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu dia membasuh kedua-dua belah kakinya, keluarlah daripada kedua-dua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwuduk, dia bersih daripada dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mengangkat darjat manusia

Daripada Abu Hurairah r.a berkata “aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya pada hari kiamat kelak umatku akan dipanggil dalam keadaan Ghurran Muhajjalin (dalam keadaan bercahaya dan putih) dari kesan wuduk mereka (yang sempurna). Sesiapa yang mampu untuk memperluaskan keluasan cahayanya, maka lalkukanlah seperti itu”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dalam keadaan bersesak-sesak dan penuh dengann azab ketika di padang mahsyar nanti. Golongan yang rajin berwudhu dengan sempurna akan mendapat kebaikan di atas segala amalan baik yang dilakukannya di dunia.

3. Mendidik sifat mahmudah

Amarah sering kali membawa pergaduhan da pertelingkahan. Emosi yang tidak dapat diuruskan dengan baik boleh membawa impak yang sangat teruk kepada individu, pasangan, dan masyarakat. Dengan berwudhu, sedikit sebanyak ia boleh meruntuhkan api kemarahan yang membuak-buak dalam jiwa seseorang yang sedang marah.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya akan terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Diharapkan artikel perkara sunat dan makruh ketika wudhu ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca

Artikel Berkaitan

  1. Cara Berwudhu dan Niat
  2. Perkara yang Membatalkan Wudhu

Rujukan

  1. Bolehkah Tinggalkan Anggota Sunat Dengan Sengaja? Sumber: Sinar Harian 13 Ogos 2019
  2. Irsyad Fatwa Siri Ke-417: Hukum Membashuh Anggita Wuduk Lebih Daripada Tiga Kali. Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Qurrotal Aien, Mukjizat Wuduk Ke Atas Rohai dan Jasmani Manusia. International Journal on Quranic Research, Vol (2).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + 1 =