Skip to content

3 Kelebihan Ayat Seribu Dinar Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Apakah kelebihan ayat seribu dinar? Artikel ini membincangkan beberapa kelebihan bagi ayat seribu dinar.

Pengenalan

Ayat 1000 dinar terkenal dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian daripada ayat kedua dan ketiga bagi Surah At-Talaq:

Ramai orang mengesyorkan agar mengamalkan doa ini untuk kejayaan dan rezeki. Banyak peniaga meletakkan ayat 1000 dinar di premis perniagaan mereka dengan harapan agar perniagaan memperolehi lebih banyak keuntungan berlipat kali ganda.

Bahkan ramai yang menghafal ayat 1000 dinar yang dibaca pada waktu yang sesuai seperti selepas solat. Menurut ilmuan termasuk para pentafsir ulama yang hebat, terdapat banyak faedah dan kebaikan mengamalkan ayat 1000 dinar.

Di antara nikmatnya adalah memperolehi kekayaan yang tidak dijangka dan bahkan mendapat rezeki dalam cara yang tidak pernah dibayangkan, menghilangkan segala bentuk kesusahan serta menghilangkan keraguan dan kematian.

Menurut banyak riwayat yang boleh dipercayai, antara asal-usul (asbabun nuzul) ayat 1000 dinar ditanzilkan (diturunkan) oleh Allah adalah kerana peristiwa dengan seorang sahabat iaitu ‘Auf bin Malik al Asyja’i. Ini termasuklah kisah seorang hartawan yang bermimpi seorang lelaki yang memintanya menyumbangkan 1000 dinar kepada orang miskin dan kisah Malik bin Dinar. Artikel akan menyenaraikan kelebihan ayat 1000 dinar iaitu :

  1. Beroleh rezeki tanpa disangka

Menurut Ibnu Mas’ud R.A., orang yang mengamalkan ayat 1000 dinar akan beroleh jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan memperolehi rezeki dari jalan yang tidak pernah terfikir atau tidak dijangka sumber serta puncanya.

Kisah ini adalah dari riwayat Ibnu Abi Hatim. Sebab mengapa Allah menurunkan ayat 1000 dinar adalah kerana kejadian yang menimpa seorang sahabat Baginda bernama ‘Auf bin Malik al Asyja’i yang ditawan oleh orang-orang musyrikin. Muhammad bin Ishaq berkata : Malik al Asyja’i iaitu ayah ‘Auf mengadu kepada Rasulullah tentang anaknya yang ditawan oleh musuh dan Baginda memintanya untuk bersabar dan berkata kepadanya: “Allah pasti akan memberi jalan keluar buatmu.

Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Malik yang bermaksud : “Utuslah (seseorang) kepadanya (‘Auf) untuk menyampaikan bahawa Rasulullah menyuruh engkau memperbanyak menyebut‎ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ‎ (lā ḥawla wa-lā quwwata ʾillā bi-llāhi yang bermaksud ‘Tiada daya dan upaya melainkan dengan (kekuatan) Allah’).

‘Auf mewiridkan ayat 1000 dinar. Ikatan ‘Auf tiba-tiba terbuka. Dia keluar dan terjumpa dengan unta milik musuh lalu menunggangnya. ‘Auf tiba di tempat gembala unta musuh lalu menjerit hingga unta-unta datang mengiringi unta yang ditunggang ‘Auf.

‘Auf membawa unta-unta itu kepada ayahnya. Rasulullah menghalalkan unta-unta itu baginya. Kemudian turun ayat yang bermaksud: “Barangsiapa yang takut kepada Allah, Dia menjadikannya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Jarir) (Hadis mursal seperti ini juga ada diriwayatkan menerusi Salim bin Abi al Ja’di)

Ibu Mas’ud dan Masruq berpendapat bahawa ayat yang bermaksud “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar” bermakna bahawa orang itu mengetahui bahawa Allah memberi apa yang dikehendakiNya dan mengahalang dari sesuatu yang dikehendakiNya menurut cara dan jalan yang sama sekali tidak diketahui, tidak dapat dikesan dan difahami oleh akal manusia.

  1. Melenyapkan segala bentuk kesusahan

Orang yang beramal dengan pengertian dan tuntutan ayat 1000 dinar akan dihilangkan apa jua bentuk kesusahan, kesempitan dan gangguan jiwa (susah hati, kebimbangan, panik) sebagaimana yang disebut oleh Ar-Rabi’ bin Khaitam:

Ar-Rabi’ bin Khaitam berkata : “Allah menjadikan jalan keluar baginya” bermaksud jalan keluar atau penyelesaian dari segala sesuatu yang menyusahkan dan menyempitkan hidup dan perasaan manusia.

  1. Dijauhkan dari keraguan dan kesusahan maut

Qatadah menyebut, orang yang beramal dengan tuntutanayat 1000 dinar, akan dijauhkan dari keraguan selain beroleh rezeki melalui jalan yang tidak disangka di dunia serta terhindar dari kesusahan ketika peritnya maut (menjelang kematian) dan huru-hara kiamat. Seseorang itu akan berada dalam keadaan yang sangat tenang dan aman serta tidak dibelenggu dengan kerisauan yang tidak berpenghujung walaupun sedang berhadapan dengan sesuatu yang amat merbahaya.

Qatadah R.A. berkata : Maksud “jalan keluar” dalam ayat itu ialah keluar dari perkara yang shubhah dan kesusahan ketika mati; “dan memberi rezeki kepadanya dari cara yang tidak disangka” adalah melalui jalan yang dia harapkan dan tidak dicita-citakannya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Dan sesungguhnya seseorang akan terhalang dari rezeki kerana dosa yang diperbuatnya. Dan tidak ada yang dapat menolak qadar kecuali doa; dan tidak ada yang boleh menambah umur melainkan kebaikan.” (HR an-Nasa’i dan Ibnu Majah dari hadis Sufyan ath Thauri).

Penutup

Orang yang menyerahkan urusan kepada Allah, nescaya Allah akan memberi apa yang dikehendakinya. Sudah tentu kelebihan ayat 1000 dinar tidak dapat dinafikan. Tiga kelebihan yang disebutkan sudah mencukupi untuk menjadikan ayat 1000 dinar sebagai wirid dan amalan.

Malangnya, terdapat pendekatan segelintir golongan terhadap ayat ini yang tidak betul. Ia mengandungi dua pengajaran yang harus kita takuti dan yakin sekiranya kita melihat terjemahan ayat 1000 dinar. Oleh itu, pendekatan yang tepat untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini adalah takut dan yakin.

Sekiranya anda melekatkan atau menggantung ayat 1000 dinar di premis perniagaan tetapi tidak solat, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dilakukan atau pun sebaliknya. Tujuan melekat atau menggantung ayat 1000 dinar hanyalah ikhtiar kita untuk sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab.

Begitu juga jika kita membaca ayat ini ribuan kali sehari sedangkan kita tidak menghayatinya dan tidak yakin, itu juga bukan cara yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar. Semoga kita semua dapat mempraktikkan ayat 1000 dinar sebagai penyelesaian dan jalan keluar dari pelbagai masalah.

Baca Tentang Kelebihan Surah-Surah Lain

10 Kelebihan Surah Al-Mulk9 Kelebihan Surah Al-Waqiah
5 Kelebihan Surah Yasin5 Kelebihan Surah Al-Kahfi
5 Kelebihan Surah Al-Baqarah7 Kelebihan Surah Al-Fatihah

Sumber rujukan

Tolhah Muzakir. (2010). Ayat seribu dinar doa murah rezeki & kejayaan. Penerbitan

Seribu Dinar Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 18 =