Skip to content

12 Jenis Bacaan Doa Iftitah (Teks Rumi dan Arab)

bacaan doa iftitah

Apakah cara bacaan doa iftitah yang betul? Artikel pada kali ini akan mengajak anda untuk menyelurusuri latar belakang mengenai doa iftitah di samping sejarah, kelebihan yang ada padanya dan khaifiat yang Allah SWT berikan kepada si pembaca.

Pendahuluan

“Jika seseorang itu ingin berbicara dengan Allah, maka hendaklah dia mendirikan solat kerana pada solat ada doa, pengaduan, pujian, dan rintihan seorang hamba kepada Rabb-nya. Jika seseorang itu ingin Allah berbicara dengannya, maka hendaklah dia membaca Al-Quran kerana pada Al-Quran ada bingkisan nasihat dan peraturan yang telah Allah SWT jelaskan kepada semua hamba-Nya.”

Solat secara ilmiahnya menunjukkan rasa tunduk, dan patuh seorang hamba kepada Tuhannya manakala dari spiritual pula ia membawa simbolik tentang komunikasi seorang manusia kepada Tuhannya. Walaupun sebagai seorang Muslim, kita maklum bahawa solat memang satu tuntutan yang menjadi keutamaan dalam kehidupan seseorang bahkan ia juga kayu ukuran tentang amalan baik yang dilaksanakan olehnya.

Keistimewaan solat tidak berhenti setakat itu, sebaliknya solat membawa perincian yang sangat mendalam sebagai simbolik sebuah tiang agama, kunci-kunci syurga, perisai kukuh iman, dan simbol peringatan dari Allah SWT kerana itu ia dianugerahkan terus Allah SWT tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibrail AS kepada Nabi Muhammad SAW tidak seperti penurunan Al-Quran dan sebagainya.

Dalam solat ada banyak hikmah yang boleh ditelurusi dan uniknya, ia dilakukan mengikut aturan bermula dengan berdiri betul, niat sehingga tertib. Salah satu perkara yang boleh anda pelajari secara lebih dalam adalah mengenai doa iftitah.

Doa iftitah dalam teks arab dan rumi

Maksud doa

Maksudnya: “Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujinya bagi Allah sebanyak-bnyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku. Kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah Tuhan seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).”

Sejarah doa iftitah

Iftitah bermaksud pembuka. Sebenarnya doa ini ada terkandung dalam ayat 162, Surah Al-An’am yang menjadi ikrar seorang hamba kepada Allah SWT. Ikrar yang diucapkan kita setiap kali mendirikan solat adalah, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’

Jika anda perasan, doa iftitah akan dibaca secara perlahan baik bagi makmum mahupun imam, baik dalam solat berjemaah atau secara bersendirian. Doa iftitah yang menjadi bacaan kelaziman masyarakat Islam di rantau ini adalah merupakan gabungan dua riwayat hadis yang berbeza daripada riwayat Ibnu Umar RA dan ayat awal dari riwayat Sayidina Ali Bin Abi Thalib.

Bila doa iftitah dibacakan dalam solat

Doa iftitah perlu dibaca selepas seseorang itu mengangkat takbiratul ihram dan sebelum membaca al-Fatihah.

Bentuk baca doa iftitah

1. Bacaan pertama

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahan, sebagaimana Engkau mensucikan salju putih daripada kotoran. Ya Allah, bersihkanlah kesalahanku dengan air, salju dan embun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Bacaan kedua

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya: “Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Oleh kerana itu, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah menzalimi diriku sendiri dan akui dosa-dosaku. Maka, ampunilah semua dosa-dosaku. Sesungguhnya, tidak ada yang boleh mengampuni segala dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku akhlak yang paling terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup menjauhkannya melainkan hanya Engkau. Aku patuhi segala perintahMu, dan aku tolong agama-Mu. Segala kebaikan berada di tangan-Mu. Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh denganMu dan kepada-Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Kumohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepada-Mu.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Bacaan ketiga

اللَّهِ أَكْبَرُ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ

Maksudnya: “Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Maka aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang awal berserah diri. Ya Allah, Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau dan Maha Terpuji.” (Hadis Riwayat al-Nasa’ie)

4. Bacaan keempat

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ. اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَعْمَالِ وَأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَقِنِي سَيِّئَ الْأَعْمَالِ وَسَيِّئَ الْأَخْلَاقِ لَا يَقِي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Maka, aku patuh kepada perintah-Nya, dan aku termasuk dalam kalangan orang yang aku berserah diri. Ya Allah, tunjukilah aku amal dan akhlak yang terbaik. Tidak ada yang dapat menunjukkanku kepadanya kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari amal dan akhlak yang buruk. Tidak ada yang dapat menjauhkanku darinya kecuali Engkau.” (Hadis Riwayat al-Nasa’ie)

5. Bacaan kelima

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، تَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Maksudnya: “Maha suci Engkau, ya Allah. Ku sucikan nama-Mu dengan memuji-Mu. Nama-Mu penuh keberkatan. Maha Tinggi Engkau. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau” (Hadis Riwayat Muslim)

6. Bacaan keenam

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرَكَ»، ثُمَّ يَقُولُ: «لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ» ثَلَاثًا، ثُمَّ يَقُولُ: «اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا» ثَلَاثًا

Maksudnya: “Maha Suci Engkau, ya Allah. Ku sucikan nama-Mu dengan memuji-Mu. Nama-Mu penuh keberkatan. Maha tinggi Engkau. Tidak Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah (3x), Allah Maha Besar (3x)” (Hadis Riwayat Abu Daud)

7. Bacaan ketujuh

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petang” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Bacaan kelapan

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkatan di dalamnya” (Hadis Riwayat Muslim)

9. Bacaaan kesembilan

اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi Engkau. Engkau pemelihara langit dan bumi serta orang-orang yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau memiliki kerajaan langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau adalah cahaya bagi langit, bumi dan siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkau Raja langit dan bumi dan Raja bagi siapa saja yang berada di dalamnya. Segala puji bagi Engkau. Engkaulah al-Haq. Janji-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, pertemuan dengan-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, syurga itu benar adanya, neraka itu benar adanya, para nabi itu membawa kebenaran, dan Muhammad SAW itu membawa kebenaran, hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu lah aku berserah diri. Kepada-Mu lah aku beriman. Kepada-Mu lah aku bertawakal. Kepada-Mu lah aku bertaubat. Kepada-Mu lah aku mengadu. Dan kepada-Mu aku berhukum. Maka ampunilah dosa-dosaku. Baik yang telah aku lakukan maupun yang belum aku lakukan. Baik apa yang aku sembunyikan maupun yang aku nyatakan. Engkaulah Pemula dan Pengakhir. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

10. Bacaan kesepuluh

اللهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil. Pencipta langit dan bumi. Yang mengetahui hal ghaib dan juga nyata. Engkaulah hakim di antara hamba-hamba-Mu dalam hal-hal yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dalam apa yang diperselisihkan, dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk menuju jalan yang lurus, kepada siapa saja yang Engkau kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim)

11. Bacaan kesebelas

كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا، وَيُسَبِّحُ عَشْرًا، وَيُهَلِّلُ عَشْرًا، وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا، وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي» عَشْرًا، وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ» عَشْرًا

Maksudnya: “Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Ahmad)

12. Bacaan kedua belas

اللَّهُ أَكْبَرُ ذُو الْمَلَكُوتِ وَالْجَبَرُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ

Maksudnya: “Allah Maha Besar. Yang memiliki kerajaan besar, kekuasaan, kebesaran, dan keagungan” (Hadis Riwayat Ahmad)

Ringkasnya dalam keseluruhan doa ini, bacaan doa iftitah yang disepakati paling afdal dari sisi para ulama’ Syafi’yyah ialah bacan doa iftitah yang kedua. Hukum membaca doa iftitah dalam solat sama ada solat wajib atau solat sunat adalah suna mengikut pada hadis yang diberitahu oleh Imam al-Nawawi yang bermaksud,

“Ketahuilah bahwa semua doa-doa ini (pelbagai versi doa iftitah dalam hadis) hukumnya sunat dalam solat wajib mahupun solat sunat.”

Kelebihan bacaan doa iftitah

Pertama, doa iftitah menjadi permulaan puji-pujian yang diucapkan oleh seorang hamba sebelum berdoa. Kita maklum bahawa solat adalah satu bentuk komunikasi antara seorang hamba dengan Tuhannya kerana setiap ucapan yang kita lontarkan adalah doa. Jadi dalam solat, ucapan yang dilafazkan sebelum memulakan Al-Fatihah adalah doa iftitah dan ia menjadi pembuka kepada semuanya.

Abu Hurairah menceritakan bahawa:

“Adalah Rasulullah SAW apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?”

Baginda menjawab; “Aku membaca;

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-doaku sebagimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah1 Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun. (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Kedua, kuasa dan kehebatan doa ini sehingga membuka pintu langit. Hal ini telah dinukilkan oleh satu riwayat dari Ibnu Umar RA yang bermaksud;

Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah SAW ada seorang pemuda mengungkapkan 3 baris ayat pertaa dari doa iftitah, “Allah Maha Besar dengan ungkapan takbir yang agung. Segala Puji bagi Allah dengan pujian yang melimpah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang.”

Usai solat, Rasulullah SAW bertanya siapa yang membaca doa Iftitah itu tadi. Selepas mengetahui siapa yang membacanya, Baginda menyatakan bahawa;

“Aku terkejut dengan keutamaan kalimat tersebut. Pintu-pintu langit telah terbuka kerananya!”

(Hadis Riwayat Muslim)

Kemudian Ibnu Umar RA berikrar selepas mendengar sabda Rasulullah SAW dengan menyatakan;

“Maka aku tidak pernah meninggalkan bacaan kalimat itu semenjak aku mendengar Rasulullah SAW bersabda seperti itu.”

Sesungguhnya doa Iftitah ini memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga pintu langit pun boleh terbuka bila seseorang membacanya. Maka dengan terbukanya pintu langit bermakna cepatlah doa seseorang hamba itu akan sampai kepada Allah SWT lantas dikabulkan segera.

Kesimpulan

Sungguhpun doa iftitah tidak dikategorikan sebagai rukun solat dan bacaan wajib dalam solat tetapi terlalu banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh kita jika membacanya. Oleh itu, jadikan doa iftitah sebagai satu amalan yang istiqamah kita lakukan untuk mengharapkan kebaikan dari Allah SWT di dunia dan akhirat. Diharapkan artikel ini dapat menjawab segala kemusykilan anda berhubung dengan doa iftitah dan memberikan informasi yang bermanfaat untuk anda lebih khusyuk dalam melaksanakan solat.

Diharapkan artikel bacaan doa iftitah ini, dapat membantu anda semua

Rujukan

  1. Al-Kafi #1117: Doa Iftitah Dalam Solat-Solat Sunat
  2. Sis Lin (10 December 2020). Kelebihan Doa Iftitah Dalam Solat Yang Ramai Lupa Nak Buat Termasuk Aku. Laman web sislin76.com
  3. Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum (18 April 2021). Solat Anugerah Teragung. Harian Metro
  4. Norhasliza (8 Oktober 2020). Doa Iftitah Cukup Istimewa, Pintu Langit Terbuka Disebabkan Bacaan Doa ini. Laman web hijabista.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 2 =