Skip to content

Hukum Solat Jumaat

Hukum Solat Jumaat

Apakah hukum solat Jumaat? Artikel ini akan menerangkan hukum solat Jumaat beserta perkara-perkara yang perlu diketahui tentangnya.

Pengenalan

Jumaat itu datang daripada bahasa Arab ju-mu-’ah yang bermaksud menghimpunkan. Mengapa menghimpunkan? Dalam agama Islam, pada hari Jumaat terdapat satu solat khas untuk orang Islam berhimpun di masjid iaitu solat Jumaat. Solat Jumaat dilakukan ketika waktu zuhur dan menggantikan solat zuhur itu sendiri. Jadi, kalau sudah solat Jumaat, tidak perlu lagi melakukan solat zuhur kerana solat Jumaat itu menggantikan solat zuhur.

Di negara kita, ada cuti khas untuk hari Jumaat seperti di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hal ini untuk orang Islam memperuntukkan masa cuti itu dengan sebaiknya supaya boleh pergi solat Jumaat dengan selesa tanpa terburu-buru dan sebagainya. Berbeza dengan negeri-negeri lain. Hari Jumaat adalah hari bekerja. Maka, kita menggunakan waktu makan tengahari untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Dalam Islam, hari Jumaat dianggap sebagai penghulu segala hari (sayyidul ayyam). Rasulullah bersabda, “Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu detik apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Banyak perkara yang terjadi pada hari Jumaat. Dan, pada hari ini juga, Rasulullah menyarankan kepada kita untuk berselawat ke atasnya. Baginda bersabda, “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah sebutkkan secara khusus untuk berselawat pada hari Jumaat sekaligus menunjukkan hari tersebut ada keutamaannya. Barangsiapa yang banyak berselawat ke atas baginda, maka kita akan bersama dengan bagindalah pada hari akhirat nanti.

Ingatkah kita bahawa kita juga digalakkan untuk membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat? Hal ini kerana Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat al-Baihaqi)

Boleh juga kita mula membaca Surah al-Kahfi pada hari khamis selepas waktu maghrib.

Cara Solat Jumaat

Syarat wajib bagi mereka untuk solat Jumaat ada 7:

  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka
  5. Lelaki, maka perempuan tidak diwajibkan untuk solat Jumaat, ia sunat sahaja
  6. Tidak uzur
  7. Bermukim, tinggal di suatu kawan dan tidak bermusafir yakni dalam perjalanan panjang ke mana-mana

Syarat untuk sah solat Jumaat itu pula ada 4:

  1. Ia mesti jatuh pada waktu zuhur. Waktu lain tidak boleh melakukan solat Jumaat.
  2. Cukup orang – 40 orang.
  3. Didahulukan solat Jumaat itu dengan dua khutbah.
  4. Harus punya tempat yang ditetapkan seperti masjid, surau, dewan dan sebagainya.

Rukun-rukun khutbah:

  1. Mulakan khutbah dengan pujian kepada Allah: Alhamdulilliah – dalam bahasa Arab sahaja
  2. Selepas itu, selawat ke atas baginda dalam bahasa Arab
  3. Memesan jemaah untuk bertaqwa kepada Allah: Ittaqullah
  4. Baca sekurang-kurangnya satu ayat Quran dalam salah satu khutbah, seeloknya pada khutbah yang pertama
  5. Mendoakan setiap orang Islam

Syarat-syarat sah khutbah:

  1. Khatib (pembaca khutbah) mestilah lelaki, bukan perempuan, jika perempuan tidak sah
  2. Khatib mesti menutup aurat
  3. Suci (hadas kecil dan hadas besar) dan tidak bernajis
  4. Khutbah mesti dibacakan selepas masuknya waktu Zuhur dan sebelumnya solat Jumaat itu dilakukan
  5. Rukun-rukun khutbah mesti dibacakan dalam bahasa Arab, selebihnya boleh dalam bahasa lain
  6. Duduk di antara dua khutbah
  7. Khutbah mesti didengari oleh 40 orang mukmin
  8. Bilangan 40 orang itu mesti dari awal sampai habis khutbah

Tatacara solat Jumaat: Seperti solat sunat biasa dengan dua rakaat.

Hukum Solat Jumaat

Allah berfirman dalam Surah al-Jumu’ah ayat 9, “Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Dalam ayat ini, Allah menyatakan semua orang Islam wajib untuk menunaikan solat Jumaat. Namun, ia dikhususkan dalam satu hadis Rasulullah di mana baginda bersabda, “Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib Jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.

Dalam hadis ini pula, ada beberapa pengecualian bagi mereka yang tidak diwajibkan untuk solat Jumaat termasuklah wanita.

Maka, solat Jumaat itu fardhu ain bagi lelaki. Bagi wanita pula, boleh untuk mereka hadir solat Jumaat, sekiranya tidak perlu kerana kesesakan, maka tidak perlulah mereka pergi. Sekiranya mereka pergi juga, hal itu dibolehkan. Wanita cukup sahaja bersolat Zuhur di rumah.

Haram bagi mereka untuk meninggalkan solat Jumaat, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk.” (Riwayat Abu Daud)

Hal ini perlu dijelaskan, mereka yang tidak ada alasan yang munasabah sahaja yang terkait dengan hadis ini. Kalau untuk tujuan keselamatan seperti wabak Covid-19 ini, maka tidak samalah dengan maksud hadis. Kita tidak pergi solat Jumaat bukan kerana malas dan saja-saja, tetapi keselamatan bagi membendung virus.

Sekiranya tertinggal solat Jumaat, maka wajiblah gantikan dengan solat zuhur.

Kesimpulan

Hukum solat Jumaat itu wajib bagi lelaki dan harus bagi perempuan.

Rujukan

1. Sheikh Daud al-Fatani. Matla’ al-Badrain,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =