Skip to content

Hukum Pakai Contact Lens Ketika Puasa. Batal atau Tidak?

hukum pakai contact lens ketika puasa

Artikel ini akan membincangkan hukum pakai contact lens ketika berpuasa. Adakah ia termasuk dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga lalu menyebabkan puasa seseorang itu terbatal? Mari kita sama-sama pelajari. 

Contact Lens 

Contact lens atau kanta lekap merupakan sejenis kepingan plastik yang dilekapkan pada kornea mata kita. Ia digunakan untuk hilangkan rabun dan estetika mata. 

Ia dapat menghilangkan rabun selama mana ia dipakai. Maknanya, ia harus dibawa keluar dan dipakai semula seperti baju dan seluar. 

Kita tidak boleh memakai contact lens dengan lama. Paling lama pun 12 jam bergantung pada jenis contact lens yang dibeli. Ada contact lens yang hanya bertahan selama 8 jam sahaja, selepas itu ia harus dicabut dan basuh menggunakan solution. 

Sebelum kita membeli contact lens, ada beberapa perkara yang perlu dilihat dahulu supaya contact lens yang dibeli sesuai dengan keperluan mata kita. 

Antaranya ialah jenis rabun kita. Jenis rabun kita menentukan jenis contact lens yang perlu dibeli. 

Selain itu, suasana pekerjaan kita juga perlu dipertimbangkan. Kalau kita bekerja tempat yang banyak habuk seperti contruction dan sebagainya, kita tidak digalakkan memakai contact lens kerana habuk yang masuk ke dalam mata akan merosakkan contact lens tersebut. 

Jenis-jenis contact lens 

1. Contact lens lembut 

Contact lens ini diperbuat daripada plastik yang lembut. Kelemahannya adalah ia mudah koyak. Jadi, cara penjagaannya agak rapi. Ia perlu dibasuh. Ada kotoran yang perlu digunakan protein remover seminggu sekali. 

Kita perlu memerika mata dengan pakar dahulu sebelum membeli contact lens jenis ini. Sekiranya tidak, ia boleh menyakitkan mata. Ada sesetengah kes seseorang itu mengalami matanya menjadi kabur. 

2. Separa keras

Jenis ini memakai plastik jenis tegar. Ia lebih besar sedikit berbanding contact lens lembut. Ia lebih sesuai dipakai oleh ramai orang. Ia tidak mudah dijangkiti penyakit. 

Keburukannya pula, ramai orang mengadu menjadi kurang selesa semasa memakai contact lens jenis ini. Ia mengambil masa yang lama untuk membiasakan mata. 

3. Ortho-K

Kalau kita tidak mahu memakai cermin mata atau contact lens, kita boleh cuba Ortho-K. Ortho-K ini pula ia membentuk kornea mata kita sehingga boleh nampak dengan jelas tanpa cermin mata dan contact lens. 

Ia dipakai sewaktu tidur selama lapan jam pada waktu malam. Esoknya, bangun tidur, mata akan nampak jelas. Namun, ia tidak berkekalan. Ia perlu dipakai setiap malam. 

4. Hibrid 

Contact lens jenis hibrid menggabungkan RGB dan hidrogel. Ia mempunyai dua segmen, seperti cermin mata. Bahagian atas untuk rabun jauh, rabun dekat pula untuk rabun dekat. 

5. Multifokal 

Juga seperti cermin mata, ia mempunyai tiga segmen: Dekat, jauh dan tengah. 

6. Berwarna 

Ini bagi mereka yang ingin kelihatan bergaya. 

7. Prostetik 

Contact lens prostetik pula adalah untuk menutup kecacatan rupa. Kalau tidak dipakai, kecacatan itu akan kelihatan jelas. Untuk menghilangkan itu, pakailah protetik ini. 

Sesuai memakai cermin mata atau contact lens? 

Kedua-dua ini ada kelebihan dan kekurangan. 

Kelebihan cermin mata ialah ia mudah dipakai dan tidak ada cara penjagaan khusus yang melelahkan seperti contact lens. 

Hendak menjaga contact lens itu ada banyak karenah. Ia perlu diletakkan dalam bekasnya, perlu dibasuh dan sebagainya. Cermin mata hanya perlu dilap seperti cermin biasa. 

Kelebihan contact lens pula ia membuat kita selesa. Dengan cermin mata, susah untuk kita buat kerja yang lasak-lasak. Takut ia terjatuh dan sebagainya. 

Jadi, ia bergantung pada pertimbangan dan keperluan kita. Kalau kita jenis yang susah untuk menjaga contact lens, maka eloklah memakai cermin mata sahaja. 

Hukum pakai contact lens ketika puasa 

Hukum memakai contact lens adalah harus dan tidak membatalkan puasa. 

Hal ini adalah kerana ia ulama mengqiyaskan dengan bercelak. Rasulullah bersabda: 

Bahawasanya adalah dia yakni Anas bercelak padahal ketika itu dia sedang berpuasa. (Riwayat Abu Daud) 

Imam Nawawi menyebutkan dalam Majmu’ Syarah al-Muhazzab bahawa mata itu bukanlah rongga terbuka. Maka, ia tidaklah dikira sebagai memasukkan sesuatu ke dalam rongga. 

Kesimpulan 

Dalam mazhab Syafie, memakai contact lens ketika puasa adalah harus dan tidak membatalkan puasa. 

Rujukan

  1. Hukum Memaki Kanta Lekap Ketika Berpuasa – Mufti WP
  2. Kanra Lekap Jenis dan Tempoh Masa Pemakaian – myhealth.gov.my
  3. Cermin Mata Kanta Lekap – Hello doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =