Skip to content

Hukum Nun Mati (ن) Dan Tanwin (ً/ٍ/ٌ)

hukum nun mati dan tanwin

Hukum nun mati atau sakinah dan tanwin adalah salah satu hukum tajwid yang perlu diketahui oleh setiap masyarakat muslim lenih-lebih lagi dalam pembacaan al-Quran. Nun sakinah ialah nun yang tidak mempunyai baris atau bertanda sukun manakala tanwin pula ialah nun tambahan yang tidak berbaris tetapi digantikan dengan dua baris atas, bawah dan hadapan.

Hukum nun mati dan tanwin apabila bertemu dengan huruf-huruf hijaiyah terbahagi kepada beberapa hukum iaitu :

1. IZHAR HALQI (إظهار حلقي)


Izhar Halqi dari segi bahasa ialah jelas manakala dari segi istilah pula bermaksud mengeluarkan setaiap huruf dari tempatnya tanpa dengung dan saktah.

Izhar Halqi adalah apabila nun sakinah dan tanwin bertemu huruf-huruf izhar (أ/ع/غ/ح/خ/ه) dan dibaca dengan jelas tanpa dengung. Ia dinamakan hukum izhar kerana huruf-huruf izhar keluar daripada halkum.

Huruf-huruf Izhar adalah:

(أ/ع/غ/ح/خ/ه)

IZHAR HALQI
وَمَتَٰعٌ إِلَىٰوَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓء
عَذَابٌ عَظِيمٞأَنۡعَمۡتَع
غَفُورٌ حَلِيمٞمِّنۡ غِلّٖغ
أَجۡرًا حَسَنٗاوَمَنۡ حَوۡلَهَاح
يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌمَنۡ خَفَّتۡخ
جُرُفٍ هَارٖسَلَٰمٌ هِيَه

2. IDGHAM MA’AL GHUNNAH (إدغام مع الغنة)


Idgham dari sudut bahasa bermaksud memasukkan manakala dari sudut istilah ialah pertemuan huruf yang tidak berbaris dengan huruf berbaris menjadikan huruf kedua bertasydid (ّ).

Idgham Ma’al Ghunnah terjadi apabila huruf idgham (ي/و/م/ن) bertemu dengan nun sakinah dan tanwin dan dibaca dengan dengung. Ianya juga terjadi di antara dua kalimah yang mana huruf terakhir kalimah pertama hendaklah bertanda nun sakinah dan tanwin, manakala awal kalimah kedua bertanda tasydid.

Huruf Idghram Ma’al Ghunnah adalah:

(ي/و/م/ن)

Idgham Ma’al Ghunnah dibaca dalam kadar 2 harakat

IDGHAM MA’AL GHUNNAH
حِسَابٗا يَسِيرٗأَن يَضۡرِبَي
مِن وَلِيّٖ وَلَامِّن وَرَآئِهِۦو
صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖمِّن مِّثۡلِهِۦم
عَامِلَةٞ نَّاصِبَةٞ لَن نُّؤۡمِنَن

3. IDGHAM BILA GHUNNAH (إدغام بلا غنة)


Idgham Bila Ghunnah terjadi apabila huruf idgham bertemu nun sakinah dan tanwin tanpa dengung. Ianya juga terjadi di antara dua kalimah yang mana huruf terakhir kalimah pertama hendaklah bertanda nun sakinah dan tanwin, manakala awal kalimah kedua bertanda tasydid.

Huruf Idghram Bila Ghunnah adalah:

(ل/ر)

IDGHAM BILA GHUNNAH
غَفُورٞ رَّحِيمٞ مِن رَّحۡمَةٖر
ءَالِهَةٗ لَّامِّن لَّدُنۡهُل

4. IQLAB (إقلاب)


Iqlab dari segi bahasa adalah memalingkan manakala dari segi istilah bermaksud menukarkan setiap huruf nun sakinah dan tanwin kepada mim yang ringan serta mengekalkan dengung.

Iqlab terjadi apabila huruf iqlab (ب) bertemu dengan nun sakinah dan tanwin dan ianya berlaku dalam dua kalimah.

IQLAB
سَمِيعَۢا بَصِيرًا مِنۢ بَعۡدِب

5. IKHFA’ HAKIKI (إخفاء حقيقي)


Ikhfa’ Hakiki dari sudut bahasa ialah menyembunyikan manakala dari sudut istilah ialah menyebut nun sakinah dan tanwin di antara jelas dan dengung.

Ikhfa’ Hakiki terjadi apabila huruf ikhfa’ hakiki (ت/ث/ج/د/ذ/ز/س/ش/ص/ض/ط/ظ/ف/ق/ك) bertemu nun sakinah dan tanwin dalam satu atau dua kalimah. Ianya dibaca dalam kadar 2 harakat.

Huruf-Huruf Ikhfa’ adalah

(ت/ث/ج/د/ذ/ز/س/ش/ص/ض/ط/ظ/ف/ق/ك)

IKHFA’ HAKIKI (إخفاء حقيقي)
حَيَّةٞ تَسۡعَىٰوَلَن تَفۡعَلُواْت
قَوۡلٗا ثَقِيلًامِن ثَمَرَةٖث
وَلِكُلّٖ جَعَلۡنَافَأَنجَيۡنَٰكُمۡج
كَوۡكَبٞ دُرِّيّٞدَكّٗا دَكّٗاد
نَارٗا ذَاتَمِن ذَهَبٖذ
نَفۡسٗا زَكِيَّةَۢأُنزِلَز
بِعِجۡلٖ سَمِينٖٱلۡإِنسَٰنَس
لِّنَفۡسٖ شَيْئًامِن شَيۡءٖش
بِرِيحٖ صَرۡصَرٍأَنصِتُواْۖص
وَكُلّٗا ضَرَبۡنَاوَطَلۡحٖ مَّنضُودٖض
بِرِيحٖ طَيِّبَةٖمِن طَيِّبَٰتِط
قُرٗى ظَٰهِرَةٗوَٱنظُرۡنَاظ
عَذۡبٞ فُرَاتٞيُنفِقُونَف
أُمَّةٞ قَآئِمَةٞمِن قِطۡمِيرٍق
عَشَرَةٞ كَامِلَةٞوَإِن كُنتُمۡك

Hukum Tajwid yang lain:

  1. Hukum Mad

1 thought on “Hukum Nun Mati (ن) Dan Tanwin (ً/ٍ/ٌ)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 11 =