Skip to content

Hukum buat Solat Jenazah. Wajib, Sunat atau Harus?

hukum solat jenazah

Apakah hukum untuk menunaikan solat Jenazah? Adakah ia diwajibkan kepada semua orang atau sunat untuk dilakukan sahaja.

Pengenalan

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 185,

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

Orang munafik, mereka sangka mereka dapat menghindari kematian. Mereka perasan kononnya mereka mampu elak daripada kematian. Maka dalam ayat ini, Allah tekankan bahawa setiap orang akan mati. Tidak kiralah sama ada dia munafik ataupun tidak. Setiap orang tanpa terkecuali.

Di akhirat nantilah akan disempurnakan segala pahala dan dosa. Maksudnya apa? Maksudnya keadilan. Semuanya akan diadili. Bukan semua perkara baik yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat balasan baik secara langsung. Boleh jadi Allah menangguhkan pembalasan itu agar ia diadili di akhirat nanti.

Kita juga tahu bahawa bila kita mati nanti amalan kita akan ditimbang. Sebab itulah kita harus berusaha sehabis baik untuk memberatkan timbangan kebaikan lebih daripada keburukan. Mustahil manusia itu tidak buat salah. Tetapi, tidak mustahil manusia boleh melebihkan kebaikan berbanding keburukan.

Sakaratul maut

Sakaratul maut ini adalah ketika kita di ambang kematian. Ketika mana nyawa kita sedang ditarik keluar daripada jasad. Itulah sakaratul maut. Proses mengularkan nyawa. Sakitkah?

Allah berfirman dalam Surah al-An’am ayat 93,

Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau yang berkata, “Telah diwahyukan kepadaku,” padahal tidak diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah.” (Alangkah ngerinya) sekiranya engkau melihat pada waktu orang-orang zalim (berada) dalam kesakitan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata), “Keluarkanlah nyawamu.” Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang sangat menghinakan, kerana kamu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.

Ayat ini menceritakan perihal orang Yahudi yang mengaku mendapat wahyu daripada Allah sedangkan hal itu tidak benar sama sekali. Mereka sebenarnya berdusta. Mereka mengada-adakan perkara yang tidak ada. Orang begini dipanggil zalim. Alangkah sakitnya dan peritnya sekiranya orang yang zalim begini mengakhiri kehidupannya dengan kezalimannya. Justeru, ketika mereka menghadapi sakaratul maut, mereka bakal berasa pedihnya sakaratul maut itu. Rasanya seperti dipukul-pukul badannya. Ini menunjukkan, proses sakaratul maut itu sangatlah perit dan sakit.

Rasulullah bersabda,

Rasanya seperti dilibas 300 kali dengan pedang.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Itu juga bergantung kepada amal perbuatan di dunia. Beruntunglah kepada mereka yang diperlakukan dengan lemah0lembut oleh malaikat ketika sakaratul maut.

Zaid Bin Aslam berkata,

Sekiranya masih ada secebis dosa pada diri orang beriman yang tidak ditutup oleh amal kebaikannya, disulitkan untuknya kematian supaya dia dapat sampai ke syurga dengan sakaratul maut dan kesulitannya itu. Manakala golongan kafir yang melakukan kebaikan di dunia, dipermudahkan kematiannya sebagai balasan kebaikannya di dunia supaya dia dapat meneruskan perjalanannya menuju ke neraka.

Boleh kita fahami di sini, sakaratul maut bertujuan untuk membersihkan diri kita untuk ke syurga. Ia seolah-olah ‘mandi’. Bersihkan daripada dosa serpih supaya mudah untuk kita ke syurga. Sebab itulah ianya seksa dan sungguh menyakitkan.

Hukum Solat Jenazah

Salamah Bin al-Akwa RA berkata,

Pada suatu ketika kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, lalu ketika itu dibawa jenazah. Baginda berkata: Solatlah sahabat kamu itu.

Hukum solat jenazah ialah fardhu kifayah. Wajib bagi orang-orang terdekat dan yang tahu menunaikan tanggungjawab itu. Cukuplah sekiranya sudah ada sebahagian orang yang melaksanakannya. Jatuhlah hukum ‘wajib’ kepada sebahagian yang lain pula.

Cara solat jenazah

Rukun-rukunnya:

  1. Niat (sahaja aku solat jenazah ke atas mayat ini kerana Allah taala).
  2. Berdiri tegak sepanjang solat – solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud, hanya berdiri tegak dan statik sampai habis solat.
  3. Bertakbir dengan empat kali takbir.
  4. Membaca al-fatihah selepas takbir pertama. Takbir pertama dilakukan selepas niat.
  5. Selawat ke atas Rasulullah SAW selepas takbir yang kedua. (Allahum Solli Ala Muhammad)
  6. Berdoa untuk jenazah yang disembahyangkan selepas takbir yang ketiga (Allahumma firghlahu warhamhu wa’a fihi wa’fu’an hu – lelaki) (Allahumma firghlaha warhamha wa’fiha wa’fu’anha – perempuan)
  7. Memberi salam selepas takbir yang keempat. Habis sahaja doa untuk jenazah, takbir keempat. Sebaik sahaja takbir keempat, terus beri salam. Habis solat.

Artikel Berkaitan: Cara Solat Jenazah Lengkap

Kedudukan ketika solat jenazah

Jenazah lelaki: Kepalanya di sebelah kiri imam – maksudnya, kakinya menghala ke kanan. Imam pula berdiri selaras pada bahagian kepalanya. Sekiranya banyak jenayah, Imam berdiri pada jenazah yang tengah-tengah.

Jenazah perempuan: Kepalanya di sebelah kanan imam – maksudnya, kakinya menghala ke kiri. Imam berdiri selaras dengan bahagian punggung jenazah.

Kesimpulan

Hukum solat jenazah ialah fardhu kifayah. Wajib bagi semua orang, akan tetapi apabila sudah ada sebahagian yang melakukannya, hukum wajib pada sebahagian yang lain itu gugur.

Rujukan

  1. Suasan Dahsyat Sakaratul Maut – Harian Metro
  2. Panduan Solat Jenazah yang mudah dan Ringkas – AkuMuslim.asia
  3. Kedudukan si mati ketika solat Jenazah – Akumuslim.asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − 5 =