Skip to content

14 Barang Steamboat yang Perlu Anda Ada

barang steamboat

Apakah barang yang perlu ada untuk membuat masakan steamboat? Artikel ini akan menyenaraikan barang-barang yang anda perlu ada untuk anda membuat masakan steamboat yang sedap.

Steamboat merupakan makanan yang berasal dari negara yang terletaknya salah satu daripada tujuh kejaiban dunia. Lagenda makanan ini yang pada mulanya muncul dari Dinasti Yuan, China sekarang telah menjadi makanan yang terkenal di seluruh Asia Timur.

Jika di China dikenali dengan “Hot Pot” atau steamboat, di Indonesia pula dikenali sebagai Shabu-Shabu manakala Thailand adalah Suki. Juadah ini di hidangkan dalam satu set yang lengkap di mana ia terdiri daripada periuk air rebusan panas yang di letakkan di tengah-tengah meja makan. Periuk akan dikekalkan mereneh, dalam masa yang sama bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam agar ia masak.

Disebabkan cara penyediaannya yang unik, steamboat menjadi pilihan pengemarnya terutamanya ketika musim sejuk atau sebelah malam. Jadi tidak pelik sekiranya restoran-restoran yang menyajikan juadah ini akan mula aktif beroperasi pada sebelah malam sekitar pukul 6 petang sehingga 12 malam.

Dengan segala kemudahan dan lambakan resepi-resepi di internet, steamboat boleh di sajikan sendiri di rumah. Terutamanya ketika norma baru ini, masyarakat disarankan untuk kekal di rumah bagi memutuskan rangkaian Covid-19. Di sini ada 15 barang penting yang perlu anda ada untuk menyediakan steamboat.

1. Makanan Sejuk Beku

Bahan utama dan sangat penting untuk masak steamboat. Jika tidak ada bahan-bahan ini, maka tidak akan jadilah makan tersebut. Anda boleh memilih jenama-jenama keluaran tempatan dan bumiputera yang Halal dan tidak was-was untuk di gunakan.

Aneka seafood seperti:

  1. Udang
  2. Ketam
  3. Tiram
  4. Kerang

Aneka daging seperti:

  1. Hirisan daging lembu
  2. Hirisan daging kambing
  3. Ayam

Aneka berbola seperti:

  1. Fishball
  2. Fishcake
  3. Meatball
  4. Jejari ketam
  5. Jejari udang

Cadangan makanan sejuk beku: Ikhwan Food.

2. Steamboat Grill Pan

Di gunakan ketika anda mahu memanggang aneka daging seperti lembu, kambing atau ayam. Grill pan yang menggunakan dapur gas lebih murah, berkualiti, tahan lasak dan tidak melekat. Pan yang di perbuat daripada logam dapat menapis keluar segala lemak-lemak makanan semasa proses memasak itu berlaku. Jadi secara tidak langsung, makanan yang di sajikan akan lebih berkhasiat.

Cadangan steamboat grill pan: Korea Gotham Steel Non-Stick Smokeless Stove.

3. Periuk Steamboat Sup

Kebiasaannya, periuk sup akan di letakkan di tengah-tengah meja kerana itulah tempat yang menjadi tumpuan orang ketika makan. Ada dua jenis periuk ini yang di jual di pasaran iaitu periuk sup tanpa penyekat dan periuk sup dengan penyekat. Untuk yang gemar menyediakan dua jenis kuah seperti sup ayam dan tomyam, anda boleh memilih periuk sup dengan penyekat. Ini dapat menjimatkan ruang di atas meja dan menampakkan sajian lebih bertambah unik dan menarik.

Cadangan periuk steamboat sup: S Shape Stainless Steel Steamboat Hot Pot.

4. Pes Steamboat

Pes atau perencah yang sedia ada di pasaran boleh menjimatkan masa kepada suri rumah yang sibuk atau orang-orang bujang yang baru belajar memasak. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah menyediakan kuah steamboat yang agak rumit dari mencari bahan basah sehinggalah kepada proses menumis dan mereneh sup.

Cadangan pes steamboat: Pes Oden Viral.

5. Dapur Gas Steamboat Mudah Alih

Tidak logik rasanya untuk meletakkan dapur besar yang sedia ada di dapur untuk di letakkan di atas meja. Tidak sesuai juga jika anda hanya ingin menghidangkan kuah yang sedia di masak dan di letakkan bersama berbola di dalamnya tanpa menunggu sendiri kuah itu mereneh di depan mata. Jika cara itu menjadi pilihan anda, kemungkinan besar sajian anda akan mudah sejuk sedangkan konsep makan steamboat adalah makan semasa panas.

Dapur gas steamboat mudah alih adalah solusi yang terbaik untuk anda. Dapur jenis ini sangat sesuai dalam pengunaan juadah yang ringkas dengan bercirikan sifatnya yang mudah alih, murah, kecil dan tahan lasak untuk kegunaan di atas meja. Dengan hanya menggunakan gas butane, fungsinya tidak lari jauh bahkan sama dengan dapur gas anda di dapur.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan dapur jenis ini ketika menjalankan aktiviti di luar seperti camping atau picnic. 

Cadangan dapur: Butterfly Portable Gas Stove.

6. Minyak masak

Untuk mengelakkan lekatan pada permukaan periuk atau kuali, minyak masak perlu di tambah semasa proses memasak atau memanggang di lakukan. Beberapa jenis minyak masak ada di pasaran tetapi yang paling sihat di gunakan untuk memanggang adalah minyak zaitun.

Jika anda menggunakan minyak zaitun, anda harus memanggang makanan dengan suhu yang rendah iaitu 190 darjah celcius. Hal ini kerana, minyak ini akan menghasikan asap yang rendah semasa proses pemanggangan berlaku.

Cadangan minyak masak: Naturel Extra Virgin Olive Oil

7. Arang

Bagi sesetangah orang yang tidak gemar menggunakan dapur gas atau dapur elektrik, mereka akan memilih untuk menggunakan dapur arang. Cara tradisional ini dipercayai lebih menyedapkan makanan, aroma akan jadi lebih harum, nikmat dan sensasi walaupun cara masaknya agak leceh dan lambat.

Terdapat dua jenis arang yang popular di Malaysia antaranya seperti arang kayu dan arang tempurung. Ciri-ciri arang kayu adalah mudah terbakar, murah, mudah di dapati di kedai. Manakala ciri-ciri arang tempurung pula adalah mampu menghasilkan bara dan kepanasan yang lebih stabil, mahal dan sukar di dapati di kedai kecuali di pasar raya besar.

Cadangan arang: Lump Charcoal.

8. Penyepit Makanan

Steamboat mempunyai pelbagai jenis dan bentuk bahan yang disediakan bersama seperti berbola, sayuran, mi basah, dan mi kering. Penyepit makanan sangat perlu di gunakan untuk mengalihkan bahan-bahan ini dari pinggan ke periuk atau dari periuk ke pinggang.  Adalah lebih baik sekiranya setiap bahan mempunyai penyepitnya sendiri. Ini untuk memastikan kebersihan makanan sentiasa terjaga.

9. Senduk Sup Besi

Senduk sup besi di gunakan untuk menyedok kuah ke dalam pinggan. Banyak jenama senduk yang di jual di pasaran tetapi untuk tujuan keselamatan lebih baik anda membeli senduk yang mempunyai getah atau kayu di pemegangnya.

Cadangan senduk sup besi: Jaya Mata ABS Handle Stainless Steel Ladle.

10. Senduk Sup Berlubang

Senduk sup berlubang berfungi hampir sama dengan senduk sup besi tetapi yang membezakannya adalah senduk ini akan menghalang kuah dari di cedok bersama. Hanya isi kuah yang di letakkan di dalam periuk sahaja boleh di ambil. Secara ringkasnya, senduk ini bertujuan memisahkan antara kuah dengan isi yang terdapat dalam periuk tersebut.

Senduk yang mempunyai pemegang getah atau kayu boleh mengurangkan risiko kemalangan seperti melecur.

Cadangan senduk sup berlubang: Jaya Mata ABS Handle Stainless Steel Skimmer.

11. Gas Mini

Gas mini ini menjadi nyawa kepada dapur mudah alih untuk berfungsi. Dengan isi padu sebanyak 8oz bagi setiap botol gas, ia boleh bertahan sehingga dua jam penggunaan jika di gunakan secara berterusan.

Cadangan Gas Mini: Wucht 4 x Butane Gas

12. Sayur-sayuran

Terlalu banyak bahan yang anda gunakan bersama untuk memasak steamboat dari bahan kering sehingga bahan basah. Sajian anda lengkap dengan karbohidrat, lemak dan protein. Tetapi jangan lupa, anda tidak boleh meninggakan sumber vitamin dalam setiap pinggan.

Sayur-sayuran seperti bunga kobis, sayur kalian, kubis panjang, cendawan butang, cendawan enoki sesuai untuk di gandikan bersama steamboat. Sayuran membantu untuk mencegah penyakit, meningkatkan daya tahan badan, menjadi sumber protein, mineral dan serat yang di perlukan tubuh badan.

13. Floss Gigi

Walaupun agak lucu apabila barang ini tersenarai sebagai 13 barang penting untuk steamboat tetapi bagi sesetengah orang ia sangat di perlukan usai makan. Floss gigi yang diperbuat daripada benang khusus ini tahan dan tidak mudah putus. Kegunaannya bertujuan untuk membersihkan kawasan di celah-celah gigi.

Terdapat beberapa jenis flos gigi seperti flos berlilin atau tanpa lilin, flos berperisa atau tanpa perisa, pita gigi dan super flos. Fakta mengatakan, flos gigi lebih selamat dan baik berbanding menggunakan pencungkil gigi kayu kerana keadaan pencungkil itu sendiri yang keras dan bersaiz besar. Apabila kayu itu terpatah lalu kemudian tercucuk ke dalam tisu gusi, ia boleh menyebabakan jangkitan bakteria yang lebih teruk.

Cadangan floss gigi: Oral-B Essential Waxed Dental Floss.

14. Doa Makan

Setelah semua bersiap untuk memasak dan makanan steamboat sudah disiapkan, jangan lupa membaca doa makan agar rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu diberkati.

Rujuk doa makan di sini.

Diharapkan artikel barang steamboat ini dapat membantu anda memilih barang-barang yang sesuai untuk masakan steamboat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + nineteen =