Skip to content

6 Adab Ziarah Orang Sakit dan Doa Kepada Orang Sakit

adab ziarah orang sakit

Apakah adab-adab ketika ziarah orang yang sedang sakit?

Artikel ini akan membincangkan adab-adab mudah yang anda perlu lakukan ketika anda menziarahi seseorang yang sedang sakit.


Ajaran islam mendidik umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan islam dengan mensyariatkan pelbagai amalan murni termasuklah amalan menziarahi orang yang sedang sakit. Ziarah boleh diertikan sebagai lawat atau kunjung dan ziarah ini boleh jadi sebagai adat semata tetapi jika dilakukan dengan etika, bertertib dan adab yang betul ia akan jatuh dalam kategori ibadah.

HUKUM


Para fuqaha’ dan ijma’ ulama bersepakat dalam hukum ziarah pesakit bagi orang islam hukumnya sunat muakkad dan digalakkan oleh Islam. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Maksudnya: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” [Riwayat Muslim (2162).

TUJUAN


Menziarahi orang sakit ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga. Selain itu tujuan perbuatan ini ialah dapat kita ambil iktibar dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah atas kurnian kesihatan baik kepada kita.

Di samping itu dengan menziarahi ini dapat bagi ketenangan kepada orang yang sakit. Hal ini kerana orang diziarah akan rasa termotivasi untuk sembuh.

ADAB ZIARAH ORANG SAKIT


1. Niat ziarah untuk ikut sunnah untuk ikut sunnah Nabi Muhammad.

 Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :

مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً

Maksudnya: “Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata: engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” Hadith Riwayat Al-Tirmizi.

2. Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.

Kata- kata seperti menyatakan bahawa ujian ni untuk Allah nak angkat darjat dengan menghapuskan doa, Hal ini supaya memberi ketenangan kepada hati serta perasaannya.

3. Tanya keperluan pesakit.

Bertanya berkenaan kewangan atau ibadah seperti solat dan puasa. Sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang mahir.

4. Sampaikan ucapan baik untuk hiburkan hati dan kuatkan jiwa.

Mulakan kunjungan dengan bertanya khabar dan tidak bercakap perkara-perkara yang sia-sia sehingga menimbulkan rasa tidak senang orang yang diziarah.

5. Singkatkan dan jarakkan waktu ziarah.

Jangan terlalu lama dan kerap ziarah. Sakit ni Allah bagi masa untuk rehat jadi sebelum pergi tanya dahulu kepada tuan rumah adakah mereka bersedia menerima tetamu.

6. Doakan pesakit.

Nabi mengajar kita apabila melawat orang sakit pegang tempat dia sakit kemudian doakan dia agar segera diberi kesembuhan. Hal ini merujuk kepada hadis daripada Aisyah R.Anha yang berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ بَعْضَهُمْ يَمْسَحُهُ بِيَمِينِهِ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW apabila menziarahi pesakit lantas dia memohon perlindungan kepada sebahagian mereka dengan menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.Riwayat al-Bukhari (5750) dan Muslim (2191)

CONTOH DOA UNTUK ORANG SAKIT


Terdapat hadith berkaitan malaikat akan mengaminkan doa yang dibacakan kepada orang yang sakit. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith daripada Ummu Salamah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ

Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, atau orang mati maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” [Riwayat Muslim (919)]

Terdapat beberapa doa yang diajarkan oleh nabi kita Nabi Muhammad. Antaranya:

Doa Pertama


أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Bacaan rumi: Azhibil ba’s rabbannas, washfi anta shafi, la shifa a illa shifauk, shifa alla yughodiru saqoma.

Maksudnya: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.

Doa Kedua


ﻻ ﺑَﺄْﺱَ ﻃَﻬُﻮْﺭٌ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ

Bacaan rumi: “Laa ba’-sa thahuurun insyaaallah”

Maksudnya : Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membersihkanmu dari dosa-dosa, insyaallah

Doa Ketiga


أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، أَنْ يُعَافِيَكَ وَيَشْفِيَكَ

Bacaan rumi: “As Alullaahal ‘Azhiim Rabbal ‘Arsyil ‘Azhiim An Yasyfiyaka”

Maksudnya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu.

PENUTUP UNTUK TAJUK ADAB ZIARAH ORANG SAKIT


Amalan menziarah sesama islam amat dituntut dan mendapat ganjaran yang besar terutamanya jika kita mengamalakan adab ziarah orang sakit.

Ziarah menziarahi merupakan amalan mulia dan menunjukkan kasih serta ingat antara kita sesama kita. Nilai sesebuah masyarakat terletak pada akhlaknya. Jika tiada akhlak yang mulia maka hancurlah masyarakat itu walaupun teknologi dan hidupnya maju tetapi akhlak dan moralnya rosak maka sesebuah masyarakat itu sedang menuju kehancuran.

Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa melakukan yang terbaik dalam menjaga adab agar akhlak kita lebih terjaga.

Rujukan:

  1. Berdoa Kepada Seseorang dengan Cara Meletak Tangan di Ubun atau Dada – MuftiWP
  2. Panduan Lengkap dan Bergambar Pengurusan Jenazah oleh Amir Muttakin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + four =