Apakah bacaan doa ketika kita sedang sedih? Artikel ini membincangkan bacaan doa ketika sedih dengan bantuan teks rumi dan arab
Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini pasti pernah menghadapi kesedihan dek ujian dan juga cabaran hidup. Sedih adalah salah satu emosi yang terjadi apabila sesuatu peristiwa datang dalam hidup kita, contohnya seperti gagal dalam peperiksaan, kematian atau pun ketika tamat persekolahan.
Semua perasaan adalah valid, namun di dalam Islam, ada beberapa adab yang harus kita ikuti ketika menghadapi emosi seperti ini. Islam tidak menghalang manusia untuk bersedih, namun Islam memberikan tatacara, supaya kita boleh mengikutinya dan tidak terlalu dimakan emosi.
Doa Ketika Sedih
Antara doa yang boleh diamalkan ketika kita dirundung kesedihan;
Doa 1
Maksudnya: Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.”
Doa 2
Maksudnya: Dan ketika mereka maju ke hadapan melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa, “Ya Allah, limpahkan kesabaran kepada kami, kuatkan langkah kami dan bantulah kami menghadapi orang-orang kafir”.
Doa 3
حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
Hasbunallāhu wa ni’mal-wakīl
Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung”.
Doa 4
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menemui penderitaan, daripada takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh (Hadis Riwayat Sahih Bukhari)
Doa 5
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung pada-Mu daripada rasa sedih dan gelisah, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Hadis Riwayat Sahih Bukhari)
Adab Ketika Sedih
Mufti Wilayah, di dalam laman sesawangnya berkongsi adab ketika menghadapi kematian, di mana kami juga merasakan adab-adab tersebut boleh diaplikasikan pada waktu sedih yang lain:
1. Istirja’
Istirja’ ialah mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ. Lafaz istirja’ ini tidak semestinya diucapkan ketika menghadapi kematian, tetapi juga diucapkan ketika menghadapi musibah. Ini disebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 155 dan 156;
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasakan) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar –(Iatu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesukaran mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Ucapan istirja’ ini merupakan satu pengakuan daripada kita sebagai hamba bahawa segala sesuatu ini datangnya daripada Allah, maka mereka akan kembali pada-Nya. Segala sesuatu itu tidak selama-lamanya bersama kita.
2. Sabar
Sabar adalah perkataan yang mudah disebut tetapi sukar untuk diamalkan, namun, ganjaran bagi mereka yang bersabar atas musibah adalah besar
Di dalam Surah Ali Imran, ayat 146, Allah berfirman;
وَاللّٰهُ يُحِبُّ الصّٰبِرِيْنَ
Maksudnya: “Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar”.
Oleh itu, Allah SWT juga mengingatkan kita untuk sentiasa berdoa pada-Nya ketika dilanda sakit dan musibah, kerana Allah akan mengabulkan permintaan kita.
3. Tidak berlebih-lebihan
Islam mengajar hamba-Nya untuk bersederhana di dalam semua perkara, dan ini termasuk juga ketika bersedih. Nabi Muhammad SAW ketika dilanda sedih dan duka, baginda bangkit dan kembali berjuang tanpa sedih yang berpanjangan. Malah, Allah berfirman di dalam Surah al-Maidah, ayat 77;
قُلْ يٰٓاَهْلَ الْكِتٰبِ لَا تَغْلُوْا فِيْ دِيْنِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوْٓا اَهْوَاۤءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوْا مِنْ قَبْلُ وَاَضَلُّوْا كَثِيْرًا وَّضَلُّوْا عَنْ سَوَاۤءِ السَّبِيْلِ
Maksudnya: “Katakanlah, ‘Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus’.
Kesimpulannya, perasaan sedih adalah normal. Nabi tercinta kita, Muhammad SAW juga bersedih apabila Siti Khadijah, isteri kesayangan baginda meninggal dunia, apatah lagi kita, manusia biasa. Maka, terima kesedihan tersebut dan jangan sesekali menahannya. Luahkan, dan menangislah. Dan kita cuba sedaya-upaya kita untuk memperbaiki dan bangun daripada kesedihan. In sha Allah, setiap usaha kita untuk bangkit dilihat Allah SWT.
Bacaan Doa yang lain