Skip to content

3 Mukjizat Nabi Sulaiman Yang Anda Perlu Tahu

mukjizat nabi sulaiman bercakap dengan haiwan

Apakah Mukjizat yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman AS? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis mukjizat yang Allah SWT telah kurniakan kepada Nabi Sulaiman AS.

Pengenalan

Nabi Sulaiman As terkenal dengan kisahnya yang boleh bercakap dengan haiwan dan juga jin. Ianya adalah salah satu mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada baginda selain menjadi raja kepada seluruh alam. Nabi Sulaiman As ialah anak kepada Nabi Daud As yang diutuskan kepada bani Israel. Nabi Sulaiman As juga

1. Boleh bercakap dengan makhluk lain selain manusia

Mukjizat Nabi Sulaiman As yang dapat bercakap dengan makhluk lain selain manusia ini digambarkan di dalam surah An-Naml di dalam beberapa ayat:

Ayat 16

وَوَرِثَ سُلَيْمٰنُ دَاوٗدَ وَقَالَ يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَاُوْتِيْنَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍۗ اِنَّ هٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِيْنُ

“Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud, dan dia (Sulaiman) berkata, “Wahai manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh, (semua) ini benar-benar karunia yang nyata.”

Ayat 18

حَتّٰىٓ اِذَآ اَتَوْا عَلٰى وَادِ النَّمْلِۙ قَالَتْ نَمْلَةٌ يّٰٓاَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوْا مَسٰكِنَكُمْۚ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمٰنُ وَجُنُوْدُهٗۙ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْنَ

Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.”

Artikel Berkaitan: Kisah Penuh Nabi Sulaiman Bercakap Dengan Haiwan

2. Raja seluruh alam

Dalam surat Saba dijelaskan para jin itu bekerja untuk Nabi Sulaiman membuat gedung-gedung yang tinggi, patung-patung, dan piring-piring besar. Nabi Sulaiman juga diberi mukjizat melunakkan tembaga.

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Maksudnya: Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah Saba’: Ayat 13)

Terdapat satu kisah, suatu hari Nabi Sulaiman mengumpulkan bala tentaranya yang terdiri dari jin, manusia, dan burung yang berbaris dengan tertib. Ketika memeriksa kawanan burung, baginda melihat burung Hud-Hud tiada di tempatnya.

Lalu Nabi Allah itu pun menyoal, lalu dirakamkan situasi itu di dalam surah An-naml ayat 20-21:

وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ (20)

لأعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لأذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ (21)

“Mengapa aku tidak melihat Hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas,”.

Tak lama, Hud-Hud pun datang dan langsung memberi khabar berita dari negeri Saba.

“Aku telah mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan,” kata Hud-Hud. Hud-Hud memberi tahu bahwa dia menjumpai seorang perempuan dengan singgasana yang besar. Perempuan tersebut ialah Ratu Balqis. Hud-Hud menyebut Ratu Balqis dan pengikutnya menyembah matahari. Sulaiman tidak langsung mempercayai pada berita yang disampaikan burung Hud-Hud.

Lalu, Nabi Sulaiman As memerintahkan Hud-Hud untuk membawa sebuah surat ke Negeri Saba mengenai keesaan Allah. Ini menunjukkan Nabi Sulaiman bukan sahaja raja segala alam – dapat memerintahkan burung Hud-Hud kepada Ratu Balqis dan menyampaikan tentang Allah, malah baginda juga dapat mengawal persekitaran baginda.

Kesinambungan daripada kisah Hud-Hud itu, Nabi Sulaiman mengutus surat kepada Ratu Balqis yang berbunyi: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri,”.

Balqis kemudiannya mengutus anak buah mereka untuk mengirimkan hadiah berupa harta benda yang banyak kepada Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman menolak hadiah itu dan mengancam bakal berperang melawan kerajaan Ratu Balqis.

“Apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada mereka! Sungguh, Kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak mampu melawannya, dan akan kami usir mereka dari negeri itu secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina,” kata Sulaiman.

Nabi Sulaiman menggunakan beberapa pendekatan yang amat luar biasa sehingga menjadikan Balqis tidak dapat meninggi diri. Kisah ini diceritakan secara terperinci di dalam Surah an-Naml ayat 40 hingga 44.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian”.

Maka ketika ia datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?” Ia menjawab: “Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)”.

Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam “.

Peristiwa Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis yang dirakamkan di dalam al-Quran diatas menunjukkan betapa luarbiasanya pendekatan dakwah Nabi Sulaiman As sebagai seorang raja yang boleh memerintahkan orang bawahannya untuk menunjukkan kebesaran Allah kepada Ratu Balqis yang masih belum beriman itu.

3. Dapat mengawal semua makhluk

Di dalam Surah An-Naml’, ayat 17, Allah menyatakan:

وَحُشِرَ لِسُلَيْمَٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ وَٱلطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ

Maksudnya: “Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).

Daripada An-Nafahat Al-Makkiyah / Syaikh Muhammad bin Shalih asy-Syawi menyatakan, ayat diatas membawa maksud – bala tentaranya yang berjumlah sangat besar dan bermacam-macam dari bangsa manusia, jin, syaitan dan burung-burung dikumpulkan oleh baginda.

Mereka kemudiannya diatur dan dirapikan dengan serapi-rapinya daripada yang awal hingga yang terakhir, dan mereka disusun dengan sangat rapi dalam perjalanan, dalam waktu singgah dan dalam waktu ada di tempat tinggal serta waktu bepergian. Nabi Sulaiman sudah siap untuk itu dan telah mempersiapkan segalanya. Perkara ini menunjukkan Nabi Sulaiman dapat megatur dan mengawal segala makhluk di dunia dengan perancangan baginda, walaupun ia terlihat mustahil. Namun, dengan izin Allah, ia boleh dilakukan.

Di dalam Surah Shad ayat 38, Allah menyebut yang bermaksud: “inilah anugerah kami; maka berikanlah kepada orang lain atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tiada pertanggungan jawab,” – dan ayat ini dirujuk kepada kepimpinan Nabi Sulaiman As, semua tentara tersebut tunduk kepada perintahnya, tidak mampu mendurhakai atau membangkang arahan baginda.

Di dalam Surah Saba’ Ayat 12, Allah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman As diberi mukjizat untuk mengawal angin dengan menundukkan ia supaya perjalanan akan menjadi lebih cepat:

“Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya pada waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya pada waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)”.

Kesimpulannya, begitulah Allah menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya kepada makhluk-Nya bahawa tiada apa yang mustahil untuk Dia lakukan. Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Sulaiman As adalah salah satu kekuasaan Allah bahawa Allah akan memberikan keajaiban kepada yang dikehendaki-Nya. Lihatlah, walaupun Nabi Sulaiman As dikurniakan pangkat dan pelbagai kelebihan, tujuan utama baginda masih dakwah dan memberikan cahaya islam kepada pemerintah di negeri lain.

Semoga kita semua diberikan kekuatan seperti Nabi Sulaiman As walaupun banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita.

Mukjizat Nabi yang Lain

Mukjizat Nabi IsmailMukjizat Nabi Daud
Mukjizat Nabi SulaimanMukjizat Nabi Musa
Mukjizat Nabi IsaMukjizat Nabi Ibrahim
Mukjizat Nabi Muhammad

Rujukan:

  1. Tafsirweb. Quran Surat An-Naml Ayat 17.
  2. Syafiq Salleh (15 Dis 2015). Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Laman Web IKIM.
  3. Tim (13 Mei 2020). Kisah Nabi Sulaiman, Raja dari Segala Makhluk. CNN Indonesia.
  4. Rifan AdityaSenin (21 Dis 2020). Kisah Nabi Sulaiman dan Mukjizatnya. Laman Web suara.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × five =