Skip to content

16 Tips Temuduga yang Anda Perlu Tahu untuk Cari Kerja

tips temuduga

Apakah tips temuduga yang perlu diketahui sebelum cari kerja? Artikel ini akan menerangkan beberapa tips temuduga yang wajib anda tahu sebelum mencari kerja.

Balqish : Ain… Aku nak mintak tolong ☹☹☹ Hang ada tak example text about myself? Esok aku ada interview. Nak kena speaking…

Ain : Oh wow… Alhamdulillah. Tahniah, Aqish! Aku happy sangat untuk hang. Sat naa aku bagi hang contoh intro myself dalam English yang lengkap. Prepare dengan jawapan untuk soalan-soalan yang biasa ditanya oleh interviewer. Good luck untuk esok.

Balqish (Terharu) : Tq wei. Aku serabut nak hafal ☹☹☹

Anda menerima suatu panggilan telefon atau pun email dari penemuduga. Apa perasaan anda apabila anda tiba-tiba dipanggil untuk temuduga? Adakah anda rasa teruja? Gembira ke terus gelabah? Tapi pastinya anda berdebar-debar, kan? Kepada anda yang dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga tidak kira dalam sektor swasta atau pun kerajaan, pastinya anda ingin buat yang terbaik dan tunjukkan yang anda layak untuk dapatkan jawatan yang ditawarkan itu, tambahan pula jika itu merupakan pekerjaan yang anda idam-idamkan selama ini.

Ada di antara anda yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan seminggu atau tiga hari sebelum temuduga. Tak kurang juga yang ingin “berhijrah” dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru dengan niat untuk membantu keluarga dan mempunyai kewangan yang lebih stabil. Jadi, sebagai persediaan, mesti anda nak excel dalam menghadapi temuduga. Betapa pentingnya persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Tips Sebelum Temuduga

1. Selidik Latar Belakang Syarikat

Ambil tahu tentang job scope supaya anda tidak terkapai-kapai tentang fungsi jawatan anda. Selidik latar belakang organisasi terbabit seperti berapa lama syarikat tu beroperasi, carta organisasi, visi dan misi (apa yang nak dicapai oleh organisasi). Kat mana nak cari? Search reliable website dan media sosial untuk mendapatkan info organisasi tersebut (contoh : LinkedIn, Indeed.com).

2. Buat skrip dan latihan

Dah elok siap hafal ayat-ayat untuk bercakap sebelum interview, bila berhadapan dengan penemuduga, segala benda jadi blur. Tak nak la masa temuduga, tiba-tiba masa nak bercakap tu, otak jadi blank, kan? Situasi begini normal dan sering terjadi kerana kurang persediaan. Interview kena practise. Kalau tak berlatih, nanti gagap sebab anda tak biasa.

Nak practise Malay ke speaking? Itu terpulang kepada anda dan bergantung pada penemuduga. Sebelum tu, sediakan sebatang pen dan sehelai kertas. Ini antara soalan favorite yang paling popular seperti nama penuh, pekerjaan sebelum itu dan tahap pendidikan. Tulis skrip perkenalkan diri anda di atas satu kertas dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, kemudian hafal. Pilih ayat-ayat yang mudah nak sebut dan difahami lepas tu practise berulang-ulang kali. Cuba berlatih bercakap di hadapan cermin atau dengan orang lain. Ada yang prefer practise sorang-sorang. Buat persediaan secukupnya. Bila dah biasa, In Shaa Allah automatik benda yang susah akan jadi mudah. Practise makes perfect.

3. Tidur dan Rehat Secukupnya

Tidur dan rehat secukupnya juga amat penting supaya anda lebih segar, fokus dan bersemangat untuk menghadiri temuduga pada keesokan harinya. Kalau temuduga di waktu pagi, sarapan dulu sekurang-kurangnya dengan secawan teh atau kopi supaya anda tidak rasa lemau.

Tips Semasa Temuduga

4. Pilih Penampilan yang Sesuai

Untuk penampilan anda, pilih pakaian yang sesuai. Bagi lelaki, kemeja dipadankan dengan tali leher dan seluar panjang hitam serta kasut bertutup. Nak pakai blazer pun boleh, lagi kemas. Sikat rambut, bubuh gel rambut tapi jangan pula terlebih. Untuk perempuan, nak pergi temuduga tu, anda boleh berbaju kurung atau berpakaian korporat dengan kasut yang bertumit. Ini akan menyerlahkan profesionalisme dan tahap integriti anda. Kalau tak tau dress code, search dekat laman web organisasi tersebut sebab ada yang etika pemakaiannya formal dan ada yang santai. Jangan lupa bawa salinan resume, fail, sijil, dokumen penting, pen dan buku nota.

5. Hadir Awal

Hadir ke tempat temuduga sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum temuduga bermula.

6. Teknik Relaksasi

Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika rasa gemuruh. Lakukan berulang kali supaya tenang dan jangan lupa mulakan hari anda dengan Bismillah dan amalkan doa “Allahumma Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”. Ertinya, “Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, jangan Engkau persulitkan, sempurnakanlah dengan kebaikan, Aamiin”.

7. Yakin

Yakin dengan diri sendiri tapi jangan terlebih yakin. Jangan letakkan harapan yang tinggi menggunung terhadap jawatan itu. Takut bila tak dapat job tu, frust menonggeng.

8. Beri salam pada penemuduga

Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu dan beri salam sebelum masuk menemui penemuduga.

9. Minta izin

Duduk hanya apabila diminta oleh penemuduga.

10. Body langguage dan eye contact yang betul

Body language memberikan gambaran bahasa dan gerak laku tubuh anda. Jangan main jari, garu sana-sini atau buat sesuatu tabiat yang kurang menyenangkan di hadapan penemuduga. Senyum, jangan sengih macam kerang busuk. Lakukan eye contact. Pandang wajah penemuduga, pandang matanya, janganlah tunduk je. Nampak tak confident.

11. Perkenalkan diri

Perkenalkan diri anda apabila diminta dan beritahu kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat itu. Jika perlu, tunjukkan segala hasil kerja yang berkaitan seperti demoreel (video demonstrasi atau slide presentation yang dipancarkan melaui skrin projektor).

Contoh ayat intro dalam English : “Assalamualaikum and good morning. I am Nur Balqish binti Ahmad Tarmizi. I graduated from KRU Academy Kuala Lumpur in Diploma of Animation course. I worked as a concept artist for two years at FAREEDA Animation Studios Bertam, Penang in 2D animation. Animation is my passion. My specialty is I am able to create a fresh design and also illustrate my fantasy drawings in traditional and digital arts form according to creativity. I am punctual on my duties and I am now ready for more challenging tasks.

12. Jujur tapi bersyarat

Tidak mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap anda. Jujur ketika menjawab soalan yang diajukan tetapi jujur itu mestilah berkaitan dengan kekuatan anda kerana adakalanya, jujur itu menonjolkan kelemahan diri.

13. Hormati Semua orang

Treat everyone with respect. Hormati semua orang terutamanya ketika anda berada di dalam temuduga berkumpulan. Beri ruang untuk semua orang berucap dan memberikan pandangan. Di situ akan terserlah masing-masing punya personaliti sama ada boleh bekerja secara berpasukan atau pun ketika percanggahan pendapat berlaku.

14. Jawapan perlu munasabah

Apabila menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga, berikan jawapan yang munasabah supaya mudah dihadam dan difahami oleh penemuduga. Jawab je walaupun anda tahu English anda berterabur. Jangan diam atau err, erm je. Kaitkan dengan pengalaman lepas dan kemahiran anda. Jangan putar belit, cakap kosong atau melalut, sesetengah tu tanya lain, jawab lain.

Ceritakan anda pernah bekerja di mana dan apa kemahiran anda. Yang paling penting anda kena jaga, jangan sesekali buka aib atau burukkan bekas majikan dan tempat kerja lama anda sebab cerita itu boleh menimbulkan pandangan negatif yang dianggap boleh menjejaskan syarikat baru dan peluang untuk anda dapat jawatan itu adalah sangat rendah.

15. Elakkan bincang berkenaan hal gaji

Jangan bangkitkan tentang hal gaji kecuali jika termasuk dalam perbincangan atau ditanya oleh penemuduga.

Tanya soalan kepada penemuduga. Contohnya, “Apa perkara terbaik yang paling menggembirakan tuan sepanjang tuan bekerja di sini?” Sudah tentu penemuduga akan merasa teruja untuk menjawab dan akan teringat soalan anda terhadap dirinya. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga sebelum mengundur diri.

Tips Selepas Temuduga

Ikuti perkembangan temuduga anda dengan follow up email. Tanya mengenai status temuduga sama ada lulus atau sebaliknya dalam tempoh 24 jam selepas selesai temuduga. Sesetengah organisasi akan membalas follow up email anda. Bagi jawatan kerajaan, segalanya automatik, cuma akan mengambil masa untuk anda mendapat jawapan. Setelah mendapat jawapan, berterima kasih kepada organisasi tersebut kerana sudi meluangkan masa untuk menemuduga anda.

Adakah anda rasa lebih yakin lepas membaca tips ini? Jika ya, buatlah persediaan yang teratur untuk menghadapi temuduga. Bermunajat dan mohonlah kepadaNya. Serahkan segala urusan kepada Tuhan, sentiasa bersangka baik, banyakkan berdoa dan rajinkan diri untuk melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat. Dah usaha, bertawakkal. Kalau ada rezeki, dapatlah pekerjaan yang anda inginkan. Kalau tiada rezeki, jangan putus asa atau pun bersedih. Setiap pengakhiran adalah suatu permulaan. Anggap temuduga sebagai satu pengalaman yang baik untuk menghadapi temuduga seterusnya. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + fifteen =