Skip to content

10 Tempat Menarik di Sandakan yang Anda perlu Kunjungi

tempat menarik di sandakan

Apakah tempat menarik di Sandakan yang boleh anda kunjungi sebagai sebuah destinasi pelancongan paling menakjubkan? Artikel ini akan menyenaraikan beberap tempat menarik di Sandakan yang anda boleh kunjungi ketika bercuit

10 Tempat Menarik di Sandakan

Untuk pengetahuan anda, Sandakan adalah salah satu dari 5 bahagian di Pantai Borneo Sabah dan mempunyai beberapa daerah kecil yang lain seperti Beluran, Kinabatangan, Telupid, Tongod dan sebagainya. Kedudukan geografi Sabah sebagai sebuah Bandaraya Alam Semulajadi semakin terserlah dengan lokasi Sandakan yang berada di bahagian Teluk Sandakan sehingga menjadikan ia sebuah pelabuhan yang strategik untuk ekonomi dan pelancongan.

1. Rainforest Discovery Centre

Bermula dari menjadi tarikan guru dan pelajar sekolah untuk tujuan rekreasi dan pendidikan sahaja. Kini Rainforest Discovery Centre (RDC) telah berfungsi sepenuhnya kepada tumpuan umum dari dalam dan luar negara dan bukan hanya bagi aktiviti penyelidikan semata-mata walaupun RDC sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok yang terkenal dengan pusat pendidikan alam sekitar di Sabah.

Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti menaiki bot di tasik, melawat kawasan pameran dan berjalan di atas conopy walk sepanjang 147 meter panjang dan setinggi 28 meter di atas tanah sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Sedar atau tidak sebenarnya dalam masa anda melancong di sini, anda juga dapat meningkatkan kesedaran diri dalam menghargai kepentingan pemuliharaan dan penggunaan sumber hutan dan alam sekitar.

Alamat: Jalan Fabia, Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang (setiap hari)

Bayaran masuk: RM 15 (dewasa), RM 7 (kanak-kanak)

2. Sungai Kinabatangan

Eksplorasi menyelusuri Sungai Kinabatangan memberikan seribu satu makna kepada pengunjung yang datang ke Sabah. Sungai sepanjang 560 kilometer ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas jirannya iaitu Sungai Rajang di Sarawak. Jika dulu ia hanya tertumpu kepada jalan pengangkutan untuk menghanyutkan balak dari hutan tetapi sekarang inilah yang destinasi yang dicari-cari pelancong untuk mendapatkan kepuasan setiap kali ke Sandakan.

Sanktuari hidupan liar di hilir sungai ini menjadi daya tarikan utama pelancong untuk menyaksikan sendiri kehidupan fauna khususnya orang utan di habitatnya. Bukan itu sahaja, jika anda beruntung anda juga berkesempatan untuk melihat kera hantu, kongkang, ungka, beruk, dan pelbagai lagi.

Alamat: Sungai Kibanatangan, Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: percuma (kawasan umum) tidak termasuk pakej bot dan penginapan

3. Pulau Selingan

Di mana-mana daerah Sabah anda pasti tidak terkecuali dari berjumpa dengan destinasi lautan atau berpantai. Sandakan juga mempunyai sebuah pulau dari gugusan Pulau Libaran iaitu Pulau Selingan. Jika di hutan anda boleh melihat orang utan, sebaliknya di sini anda boleh melihat penyu dalam proses penjagaan dan penetasannya.

Banyak penyu yang boleh anda temukan di Pulau Selingan kerana ia merupakan habitat yang paling selamat dan sesuai bagi Penyu Hijau dan Penyu Karah. Bagi anda yang mahu ke pulau ini, anda perlu mengambil bot dari Jeti Taman-Taman Sabah di Jalan Buli Sim-Sim.

Alamat: Pulau Selingan, Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: percuma (kawasan umum) tidak termasuk pakej bot dan penginapan

4. Pulau Lankayan

Satu lagi destinasi lautan dalam yang menarik di Sandakan adalah Pulau Lankayan. Kedudukannya agak terpencil dari bandar sehingga memerlukan satu jam setengah untuk anda sampai ke sini dari jeti bahagian utara Sandakan. Walaupun namanya mungkin tidak sepopular Pulau Sipadan atau Pulau Mataking, tetapi keindahan biru laut dan putih pasirnya tidak boleh disangkal lagi. Jika anda masih tercari-cari pakej honeymoon untuk bercuti di Malaysia, Pulau Lankayan menawarkan pakej percutian yang sangat seronok dan menarik khusus bagi pengantin baru.

Bangun sahaja pagi, dari balkoni resort anda sudah boleh melihat kebiruan air luat dan hidupan marin yang berenang-renang di dalamnya. Aktiviti scuba diving menjadi aktiviti yang wajib dicuba terutamanya bagi pengemar Leopard Shark, White Shark, dan Giant Grouper.

Alamat: Lankayan Island, Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: percuma (kawasan umum) tidak termasuk pakej bot dan penginapan

5. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre terletak 25 kilometer dari bandar Sandakan utara Sabah atau 25 hingga 30 minit perjalanan sekiranya menggunakan kereta. Kawasan seluas 4294 hektar ini menempatkan pelbagai spesies hidupan flora dan fauna khususnya orang utan.

Biasa anda lihat orang utan di skrin TV tetapi pusat pemuliharaan ini boleh memberikan peluang baru kepada anda untuk menyaksikan tempat tinggal yang dibina sendiri orang utan dari daun-daun pokok sebagai alas tidur untuk berehat.

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: RM 5 (dewasa), RM 10 (kamera)

Waktu operasi: 9 pagi – 3 petang (setiap hari)

6. Sandakan Crocodile Farm

Apa perasaan anda dikelilingi 3000 ekor buaya pelbagai jenis? Pastinya perasaan anda ketika itu bercampur-baur sama ada teruja dan seram. Sandakan Crocodile Farm adalah taman buaya terbesar di Malaysia yang tidak asing lagi di Sabah. Bukan hanya boleh melihat buaya malah anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman dalam pertunjukan dan persembahan buaya sekitar jam 11.45 pagi sehingga 4 petang.

Destinasi ini menjadi tarikan utama bagi keluarga di musim cuti sekolah atau hujung minggu untuk kanak-kanak bersiar-siar dan belajar tentang spesis reptilia yang ada di Malaysia.

Alamat: Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: RM 8 (dewasa), RM 6 (kanak-kanak)

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang

7. Borneo Sun Bear Conservation Centre

Tempat pelancongan lain yang hanya 2 minit berjalan kaki dari Sepilok Orang Utan Rehabilition Centre adalah Borneo Sun Bear Conservation Centre. Uniknya, pusat pemuliharaan Sun Bear ini adalah satu-satunya yang ada di dunia dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008.

Masuk sahaja di pintu masuk utama, mata anda pasti tidak akan beralih dari melihat pelbagai informasi yang bermanfaat untuk mendidik pengunjung tentang Sun Bear. Dengan keindahan hijau alam sekitar di sekeliling dan kawasan terbuka yang redup, anda pasti tidak akan melupakan pengalaman ini sama sekali apabila pulang bercuti dari Sandakan.

Alamat: PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: RM 10 (dewasa), RM 5 (kanak-kanak)

Waktu operasi: 9 pagi – 3.30 petang

8. Kampung Nelayan Sandakan

Kampung bukan sebarang kampung biasa. Perkampungan kampung nelayan yang ada di Sandakan ini sangat unik kerana ia didirikan di atas air laut. Bukan berjalan kaki atau berkereta tetapi sebaliknya anda perlu menaiki bot untuk sampai ke sini.

Masyarakat yang mendiami tempat ini berasal dari Brunei dan sangat mesra kepada pengunjung yang hadir untuk belajar dan menerokai cara hidup nelayan. Di sekitar jeti, anda boleh melihat, membeli, dan menikmati sendiri hasil laut segar yang baru ditangkap.

Alamat: Kampung Pukat, Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: percuma (kawasan umum) tidak termasuk pakej bot dan penginapan

9. Trig Hill

Apa lagi yang tidak asing di Sabah selain keindahan alam semula jadi dan tanah tinggi bergunung-ganang. Kepada anda yang gemar dengan aktiviti fotografi atau ingin melihat pemandangan indah bandar Sandakan dari aras tinggi, anda boleh ke Trig Hill. Di sebelah pagi, destinasi ini tampak seperti sebuah bukit biasa tetapi di waktu malam pemandangan sekitarnya begitu meriah dengan lampu neon pelbagai warna yang menarik perhatian.

Alamat: Trig Hill Sandakan, Sabah

Bayaran masuk: percuma (kawasan umum)

10. Imbak Canyon Conservation Area

Pengembara dan pencinta alam sejati anda pasti akan teruja dengan apa yang tersedia di Imbak Canyon Conservation Area. Lokasi ini terletak sejauh 350 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu dan 55 kilometer dari jalan utama Ranau ke Sandakan. Jadi jika anda teringin untuk merasai pengalaman di hutan belantara dan hanya dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi, lokasi ini sangat sesuai sekali untuk anda melupakan hiruk-pikuk bandar dan tekanan hidup.

Konsep pelancongan di sini memberi tumpuan kepada pelancongan alam semula jadi atau lebih tepat eco-tourism. Oleh itu, banyak aktiviti berkaitan penorakaan, pendidikan, penjelajahan, perlindungan, dan pemerhatian spesis flora dan fauna boleh anda lakukan sama ada bersendirian atau bersama mereka yang lebih pakar dalam penyelidikan. Keindahan tempat ini menjadikan ia sebagai salah tempat menarik di Sandakan yang anda perlu kunjungi

Alamat: Imbak Canyon Conservation Area, Sandakan Sabah

Bayaran masuk: bergantung pakej yang diambil

Destinasi pelancongan Pantai Timur Malaysia bukan sahaja indah dan menyeronokkan tetapi juga menakjubkan. Tiada apa yang boleh menandingi ciptaan alam semula jadi yang telah menjadi khazanah negara yang perlu dijaga. Kehijauan alam sekitar, kebiruan lautan, dan keindahan flora dan fauna, memberikan memori yang tidak boleh dilupakan kepada para pengunjung yang datang ke negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − ten =