Skip to content

7 Kelebihan Surah Al-Fatihah Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Apakah kelebihan surah Al-Fatihah? Artikel ini membincangkan beberapa kelebihan dalam mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah.

Pengenalan

Menjadi kebiasaan bagi kita untuk membacanya secara automatik, bahkan sehingga tidak menyedari apa yang kita telah baca. Surah al-Fatihah adalah surah yang tiada tandingannya yang diturunkan dalam al-Quran. Surah al-Fatihah (الْفَاتِحَة) adalah surah pertama menurut susunan di dalam al-Quran, bukannya surah pertama yang diturunkan.

Dengan erti kata lain, surah al-Fatihah menjadi kata penghantar atau intipati keseluruhan kitab al-Quran. Makna surah ini adalah “Pembukaan”. Perkataan الفاتحة berasal dari kata akarnya فتح yang bermaksud membuka, menjelaskan, mengungkapkan dan kunci harta. Ia diklasifikasikan sebagai surah Makkiyyah yang bermaksud wahyu itu turun di Kota Suci Mekah sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Yathrib (Madinah).  

Surah al-Fatihah adalah ringkasan keseluruhan al-Quran, surah pendek yang terdiri daripada tujuh ayat sahaja yang diturunkan secara lengkap. Surah al-Fatihah adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang mempunyai beberapa nama lain.  Terdapat ganjaran dan pahala besar bagi mereka yang membaca surah al-Fatihah. Tujuh rahsia di sebalik surah al-Fatihah akan memberi manfaat dalam hidup anda. Artikel akan menyenaraikan tujuh (7) kelebihan surah al-Fatihah seperti berikut :

  1. Surah terpenting dalam al-Quran

Tiada orang dapat mencari padanan untuk surah al-Quran terhebat ini. Ia terdiri daripada tujuh ayat yang mana tiga ayat pertama menjelaskan tentang puji-pujian kepada Allah S.W.T. Al-Fatihah adalah doa yang diajarkan oleh Allah kepada manusia.

Terdapat tujuh ayat dalam surah ini dan dikatakan bahawa surah ini adalah ‘makki’ dan ‘madani’ iaitu kebaikan dan kebersihan. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Aku (Nabi Muhammad S.A.W.) mengatakan kepada sahabatku bahawa aku akan mengajarkan kepadanya ayat terbesar yang paling penting dalam Al-Quran, lalu aku mengajarkan kepadanya surah al-Fatihah.” (Dipetik dari hadis sahih al-Bukhari) 

  1. Tiang solat

Tiang agama adalah solat dan tiang solat adalah surah al-Fatihah. Umat Islam wajib membaca surah al-Fatihah di setiap rakaat dalam solat dan setiap kali berdoa. Solat seseorang tidak sah tanpa membaca surah al-Fatihah. Menurut hadis sahih al-Bukhari No. 756, diriwayatkan oleh ‘Ubada bin As-Samit, nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Jika seseorang tidak membaca surah al-Fatihah dalam solatnya, maka solatnya menjadi tidak sah.” (Dipetik dari at-Tirmizi)

  1. Penawar penyakit

Para cendekiawan dan penulis tafsir telah menulis mengenai kelebihan surah al-Fatihah. Surah al-Fatihah (pembukaan) dilabel sebagai Ash-Shifa serta dikatakan penyembuh dan memiliki penawar bagi semua penyakit. Surah al-Fatihah adalah penawar untuk penyakit fizikal dan rohani. Sekiranya anda berhutang atau menghadapi kesusahan, surah ini sesuai untuk anda dan anda mesti membacanya. Jika surah al-Fatihah dibacakan sebanyak 101 kali pada mana-mana bahagian badan yang sakit, sakit pasti akan hilang.

Bacakan surah al-Fatihah sebanyak 40 kali dan hembuskan pada pesakit yang menderita demam panas dan juga hembuskan pada air dan buatkan dia meminumnya, In shaa Allah demam akan kebah.

Bacaan surah al-Fatihah ini juga bagus untuk melegakan sakit dada. Baca surah ini sebanyak 41 kali jika anda sakit mata. Salah seorang sahabat Baginda membaca surah al-Fatihah dan meniup di telinganya. Jika seseorang dalam keadaan yang amat sakit dan tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan biasa, dengan menyentuh orang sakit dan membaca surah al-Fatihah, In Shaa Allah orang itu sembuh dan sihat semula.

Seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. pernah membaca surah al-Fatihah setelah disengat kala jengking berbisa setelah Nabi S.A.W. berkata, “Adakah kamu tahu apa itu Penyembuhan (Ruqyah)?” (Dipetik dari hadis sahih al-Bukhari)

  1. Dihantar dari syurga sebagai cahaya

Al-Fatihah adalah salah satu cahaya dari syurga. Satu malaikat mendekati Nabi S.A.W. dan bertanya kepadanya, “Yang mana dihantar dari syurga sebagai cahaya?” Nabi Muhammad S.A.W. menjawab : “Ada dua cahaya dari syurga, satu adalah al-Fatihah dan satu lagi adalah al-Baqarah.” (Dipetik dari Sahih al Bukhari)

  1. Ibu Al-Quran

Surah al-Fatihah yang luar biasa ini dikenali sebagai ibu al-Quran (Ummu al-Kitab). Menurut Abu Hurairah R.A., nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran, ibu kitab dan tujuh ayat yang diulang-ulang adalah bacaan yang terpenting. Ia terkenal sebagai Al-Hamd dan As-Solah.” (Dipetik dari hadis riwayat at-Tirmizi)

  1. Tujuh ayat yang sering diulang

Surah yang paling kerap diulang dalam al-Quran adalah surah Al-Fatihah. Ia juga disebut dalam surah al-Hijr ayat 87 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan al-Quran yang agung.”  

  1. Penawar hati

Jiwa (roh) juga diserang penyakit seperti penyakit fizikal yang memerlukan penyembuhan. Walaupun doktor dan pengamal perubatan biasanya tidak mempunyai ubat untuk menyembuhkan penyakit rohani, al-Quran adalah sebuah kitab yang memberikan jalan keluar untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi manusia hingga hari kiamat. Surah al-Fatihah dianggap sebagai salah satu penawar terkuat bagi penyakit dalam jiwa yang memberikan ketenangan.

Al-Fatihah boleh dijadikan sedekah. Apabila teringat atau rindukan seseorang, titipkan bacaan al-Fatihah dan letakkan kedua-dua tangan di dada. Kita juga selalu sedekahkan al-Fatihah untuk orang-orang yang telah meninggal dunia supaya si mati dapat ketenangan dan dosa-dosanya diampunkan oleh Allah. Jangan lupa rajinkan sedekah bacaan al-Fatihah untuk diri sendiri selain ibu bapa dan juga orang lain demi mendapatkan ketenangan jiwa dan menanam kerinduan kepada Allah serta RasulNya.

Surah al-Fatihah mengandungi doa yang melindungi dari kemurkaan Allah S.W.T. dan kesesatan. Ia juga melindungi hati kita daripada pelbagai niat jahat serta menyelamatkan kita daripada bahaya musuh, cemburu (hasad dengki) dan pandangan mata jahat (penyakit ‘Ain).

Apabila kamu membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika berbaring di tempat tidur kamu, kamu akan dilindungi dan tidak takut akan segala sesuatu kecuali mati.” (Tafsir al-Mazhari)

Oleh itu, adalah baik untuk membaca dua surah ini (surah al-Fatihah dan al-Ikhlas) sebelum tidur.

Penutup

Keindahan al-Quran adalah setiap ayat mempunyai beberapa doa atau cadangan khusus bagi kita semua. Segala kebenaran dan pengertian rohani yang dinyatakan di dalam al-Quran oleh Allah Yang Maha Benar tertanam di dalamnya. Surah al-Fatihah adalah surah pembuka al-Quran dan dianggap sebagai salah satu surah yang paling kuat dalam kitab suci.

Surah al-Fatihah juga merupakan bahagian penting dari doa harian kita dan umat Islam membacanya untuk perlindungan dalam semua keadaan. Semoga Allah S.W.T. mengurniakan kita hidayah dan kekuatan untuk terus berzikir dalam kehidupan seharian kita.

Kelebihan Surah yang Lain

Surah YusufSurah Al-Balad
Surah Al-KafirunSurah Ad-Dhuha
Surah Al-FalaqSurah Ad-Dukhan
Surah Al-KautharSurah As-Sajadah
Surah Al-IkhlasSurah Al-Fatihah
Surah Al-BaqarahSurah Al-Mulk
Surah Al-WaqiahSurah Ar-Rahman
Surah Al-InsyirahSurah Yasin
Surah Al-Kahfi

Sumber rujukan

  1. Bushra Talib. (2021). Di sebalik 114 nama-nama surah. PACU Resources Sdn. Bhd.
  1. STAFF DESK. (2019). 7 secrets behind surah Fatiha with benefits and translation.
  1. Surah Fatiha benefits. (2021).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − one =