Skip to content

Isteri Rasulullah SAW- Biodata Dan Sejarah Ringkas

isteri rasulullah

Siapakah isteri Rasulullah SAW? Apakah nama-nama mereka? Artikel ini akan menerangkan nama-nama isteri Rasulullah SAW dan beberapa kisah berkaitan dengan mereka.

Pengenalan

Isteri-isteri Rasulullah SAW dikenali sebagai wanita Muslimah terbaik dan memberikan keteladanan kepada seluruh kaum Muslimah. Sikap lemah lembut dan disiplin dalam mengurus rumah tangga menjadikan mereka sebagai contoh ikutan terbaik.

Walaupun isteri Rasulullah SAW lebih daripada satu orang, namun baginda SAW merupakan sosok yang adil, contoh suami yang terbaik dan mampu memberikan kasih sayang secara sama rata kepada semua isteri-isterinya.

Senarai Nama-Nama Isteri Rasulullah SAW

  1. Khadijah binti Khuwailid
  2. Saudah binti Zama’ah
  3. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq
  4. Hafshah binti Umar bin Alkhattab
  5. Zainab binti Khuzaimah
  6. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah
  7. Zainab binti Jahsy bin Rayyab
  8. Juwairiyah binti Al-Harits
  9. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
  10. Shafiyah binti Huyai bin Akhthab
  11. Maimunah binti Al-Harits
  12. Jamilah
  13. Jariyah

Biografi Ringkas Isteri Rasulullah SAW

1. Khadijah binti Khuwailid

  • Tahun kelahiran : 555 M
  • Tahun kewafatan : 619 M
  • Wafat pada usia : 65 tahun
  • Dimakamkan di :
  • Keturunan : Bani Hasyim
  • Nama bapa : Khuwailid ibn Saad
  • Nama ibu : Fatimah binti Za’idah
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada umur : 40 tahun
  • Umur Rasulullah SAW ketika menikah dengannya : 25 tahun
  • Anak-Anak Rasulullah SAW bersama Khadijah:
    • Al-Qasim bin Muhammad
    • Abdullah bin Muhammad
    • Zainab binti Muhammad
    • Ruqayyah binti Muhammad
    • Ummu Kaltsum binti Muhammad
    • Fatimah binti Muhammad
  • Kisah pernikahan : Khadijah melamar Rasulullah SAW dikeranakan akhlak baginda yang sangat terpuji. Pada masa itu Rasulullah SAW bekerja dengan Khadijah dan kejujuran Rasulullah SAW selama bekerja dengannya membuatkan beliau tertarik padanya. Kesemua anak Rasulullah SAW dilahirkan olehnya sementara istri- istri Rasulullah SAW yang lain tidak.

     2. Saudah binti Zama’ah

  • Tahun kelahiran : 589 M
  • Tahun kewafatan : 54 Hijrah atau 674 M
  • Nama bapa : Zama’ah bin Qois bin Abdu Syams
  • Nama ibu : Samusy binti Qois bin Zaid An Najjariyah
  • Keturunan : Bani Quraisy dan Suku Najjar
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Ramadhan tahun ke-10 kenabian.
  • Kisah pernikahan : Beliau adalah wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah wafatnya Sayyidatina Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya istri Rasulullah SAW selama 3 tahun sebelum baginda menikah dengan Aisyah binti Abu Bakar.

      3. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq

  • Tahun kelahiran : 613/ 614 M
  • Tempat kelahiran : Mekah, Hijaz
  • Tahun kewafatan : 17 Ramadhan 58 hijrah atau 13 Julai 678 M
  • Wafat pada usia : 67 tahun
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi, Madinah
  • Nama Bapa : Abu Bakar As-Shiddiq
  • Nama Ibu : Ummi Ruman
  • Menikah dengan Rasulullah pada usia : 6 atau 7 tahun
  • Usia Rasulullah saat menikah dengannya: 50 tahun
  • Kisah pernikahan : Rasulullah SAW menikahi Aisyah pada tahun Ke-2 Hijrah dan pada waktu itu beliau masih berumur 9 tahun. Sebelumnya Rasulullah SAW telah melaksanakan akad nikah dengannya pada tahun ke-3 sebelum Hijrah dan pada waktu itu beliau masih di usia 6 tahun. Baginda memberi kepadanya mahar sebesar 400 dirham.

      4. Hafsah binti Umar bin Al-Khattab

  • Tahun Kelahiran : 605 M
  • Tempat kelahiran : Mekah
  • Tahun kewafatan : Tahun ke-47 Hijrah atau 665 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Nama bapa : Umar bin Al-Khattab
  • Nama ibu : Zainab binti Madh’un
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Tahun ke-3 Hijrah
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada usia : 20 tahun
  • Kisah pernikahan : Rasulullah SAW melamar Hafsah melalui bapanya iaitu Umar bin Al-Khattab dan baginda menikahinya pada tahun ke-3 hijrah. Pada suatu hari, Rasulullah SAW sempat berfikir untuk menceraikan Hafsah akan tetapi datang malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW dan mengatakan, “ Janganlah kamu menceraikannya, sesungguhnya dia adalah wanita yang rajin berpuasa dan menunaikan solat malam, dan dia adalah istrimu kelak di syurga.”

        5. Zainab binti Khuzaimah

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-13 sebelum kenabian / 595 M
  • Tempat kelahiran : Mekah
  • Wafat pada usia : 30 tahun
  • Tahun kewafatan : Rabiul Akhir tahun ke-4 hijrah / September 625 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Mempunyai gelaran : Ummul Masakin
  • Nama bapa: Khuzaimah bin Haris
  • Nama ibu : Hindun binti Auf
  • Kisah pernikahan : Rasulullah SAW menikahinya pada tahun ke-3 Hijrah setelah suaminya yang bernama Ubaidah bin Harits syahid di perang badar pada tahun ke-2 Hijrah.

       6. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-24 sebelum hijrah / 580 M
  • Tempat kelahiran :
  • Wafat pada usia : 84 tahun
  • Tahun kewafatan : 61 hijrah / 680 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Nama bapa : Abu Umayyah bin Al Mughirah
  • Nama ibu : Atikah binti Amir
  • Rasulullah tinggal bersamanya pada: Tahun ke-4 Hijrah
  • Kisah pernikahan : Ummu Salamah menikah dengan Rasulullah SAW pada usia 29 tahun. Hanya isteri baginda yang keenam dan ketujuh (iaitu Ummu Salamah dan Zainab) yang merupakan sepupu baginda yang beliau kenal sejak kecil. Ummu Salamah merupakan seorang janda dan mempunyai tiga anak kecil dan mengandungkan pula anak keempat semasa perkahwinan dengan Rasulullah SAW

       7. Zainab binti Jahsy bin Rayyab

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-33 sebelum Hijrah
  • Tempat kelahiran : Mekah
  • Tahun kewafatan : Tahun ke-20 Hijrah
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Nama asal : Barrah (terdapat pada HR. Muslim)
  • Nama bapa : Jahsy bin Ri’ab
  • Nama ibu : Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Kisah pernikahan : Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW , beliau telah dinikahkan oleh Rasulullah SAW dengan anak angkat baginda yang bernama Zaid. Sebelumnya, Rasulullah telah mendapat wahyu dari Allah SWT bahwa Zaid akan menceraikan istrinya dan Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW untuk menikahkan Zaid dengan Zainab. Lalu tidak lama selepas itu Zaid pun menceraikan Zainab dan Rasulullah SAW pun menikahinya.

       8. Juwairiyah binti Al-Harits

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-15 sebelum Hijrah / 608 M
  • Tempat kelahiran :
  • Tahun kewafatan: Tahun ke-56 Hijrah / 676 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Keturunan : Bani Al-Musthaliq
  • Nama bapa : Al-Harits bin Dharar
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Tahun ke-5 / ke-6 ( dua pendapat)
  • Kisah pernikahan : Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, Rasulullah SAW hendak membangun hubungan antara kaum muslimin dan non-muslim. Salah satu kaum di Madinah yang bernama Bani Al-Mustholiq ini membuat hubungan dan suku-suku Arab untuk menyerang kaum muslimin dan pada akhirnya terjadilah peperangan. Rasulullah SAW memerintah kaum muslimin untuk terus menyerang hingga pasukan musuh kocar kacir. Pada saat itu Juwairiyah merupakan salah satu tawanan perang. Beliau mengajukan pembebasan diri agar menjadi merdeka kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menawarkan dirinya untuk menikahi beliau dan akhirnya beliau menikah dengan Rasulullah SAW. Dari pernikahan tersebut Juwairiyah telah memerdekakan 100 keluarga dari bani Musthaliq.

      9. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-25 sebelum hijrah /  589 M
  • Tempat kelahiran : Mekah
  • Tahun kewafatan : 666 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Nama bapa : Abu Sufyan ibn Harb
  • Nama ibu : Safiyyah binti Abi Al-Ash
  • Menikah dengan Rasulullah pada : Tahun ke-7 Hijrah
  • Kisah pernikahan : Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW beliau ada istri kepada Ubaidillah bin Jahsyin. Mereka ikut berhijrah ke Madinah dan mengikuti gelombang yang ke-2. Pada saat di Madinah, suaminya berpindah ke agama Nasrani dan meninggal sebagai seorang yang berpegang kepada agama Nasrani dan dia tetap beragama Islam. Pada suatu hari Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada Ummu Habibah untuk menyatakan bahwa baginda mahu menikahinya dan pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah pun terjadi pada tahun ke-7 Hijrah. Pada saat itu Ummu Habibah berusia 37 tahun.

      10. Shafiyah binti Huyai bin Akhthab

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-9 sebelum Hijrah / 613 M
  • Tempat kelahiran: Madinah
  • Tahun kewafatan: Tahun ke-50 Hijrah / 670 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Nama bapa : Huyai binti Kaab
  • Nama Ibu : Barrah binti Samaual
  • Keturunan : Bani Israil dan merupakan keturunan Nabi Harun bin Imran AS
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada usia : 17 tahun
  • Kisah pernikahan : Shafiyah merupakan salah seorang tawanan perang pada saat perang Khaibar. Pada suatu hari Rasulullah SAW memberikan tawaran kepada Shafiyah sama ada masuk Islam dan menikah dengan baginda atau tetap beragama yahudi dan dibebaskan. Shafiyah pun memilih untuk memeluk agama Islam dan menikah dengan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menikahinya ketika pulang dari perang Khaibar menuju Madinah.

     11. Maimunah binti Al-Harits

  • Tahun kelahiran : Tahun ke-29 sebelum Hijrah / 593 M
  • Tempat kelahiran: Mekah
  • Tahun kewafatan: Tahun ke-51 Hijrah / 671 M
  • Dimakamkan di : Jannatul Baqi
  • Nama bapa : Al-Harits bin Hazn
  • Nama Ibu : Hind binti Auf bin Zuhair
  • Menikah dengan Rasulullah SAW pada : Tahun ke-7 Hijrah
  • Kisah pernikahan : Beliau merupakan ibu saudara kepada Khalid bin Walid dan Abdullah bin Abbas. Saudara perempuannya bernama Ummu Fadhl dan merupakan isteri kepada Abbas bin Abdul Muthalib yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW. Beliau adalah wanita pertama yang memeluk Islam selepas Khadijah. Rasulullah SAW menikahinya pada tahun ke-7 Hijrah. Baginda memberikan emas kahwin sebesar 400 dirham kepada Maimunah.

Sumber Rujukan

  1. kisahmuslim.com
  2. Wanita-wanita terkemuka- m.republika.co.id
  3. Mengenal istri nabi Muhammad- m.merdeka.com
  4. Kisah pernikahan Nabi Muhammad dengan Khadijah- m.republika.co.id

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 2 =