Hukum mim mati merupakan salah satu daripada ilmu tajwid sebagaimana hukum nun sakinah, idgham dan lain-lain.
Mim Sakinah Mati juga dikenali sebagai mim sakinah atau mim yang tidak berbaris. Ciri-ciri Mim Sakinah ini adalah sama seperti Nun Sakinah kerana kedua-duanya perlu mengeluarkan suara dari pangkal hidung, pangkal hidung yang mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah
Kesemua hukum Mim Sākinah dikaitkan dengan perkataan syafawi yang bermaksud bibir kerana huruf mim itu adalah huruf yang keluar melalui pertemuan dua bibir. Hukum mim mati atau mim sakin (مْ) berlaku apabila bertemu dengan huruf hijaiyah dengan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Idgham Mithlain, Ikhfa’ Syafawi dan Izhar Syafawi.
1. Idgham Mithlain/Idgham Syafawi (إدغام مثلين)
Hukum ini dinamakan Idgham Mithlain kerana penggabungan mim yang pertama (mim sakinah) ke dalam mim yang kedua (mim berbaris).
Hukum ini berlaku apabila pertemuan mim sakinah dengan huruf mim sejenis.
Ianya dibaca dengan memasukkan mim sakin dengan mim berbaris dan wajib dibaca dengung 2 harakat.
Tanda Idgham Mithlain ialah mim sakinah tiada sebarang tanda di atasnya diikuti dengan mim berbaris yang datang selepasnya bertanda tasydid serta ditemui dalam 2 kalimah.
Idgham Mithlain (إدغام مثلين) |
أَنفُسِهِم مِّنۢ |
وَبَيۡنَهُم مِّيثَٰقٌ |
رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ |
2. Ikhfa’ Syafawi (إخفاء شفوي)
Hukum ini dinamakan Ikhfa’ Syafawi kerana huruf mim disembunyikan sebutannya atau samar-samar. Manakala dinamakan syafawi kerana kedua-dua huruf ini iaitu mim dan ba’ keluar dari makhraj bibir.
Hukum ini ialah pertemuan mim sakin dengan huruf ba’ (ب).
Ianya dibaca dengan menyembunyikan sebutan mim sakin dengan dengung 2 harakat. Cara bacaannya sama seperti cara bacaan Iqlab pada hukum Nun Sakinah iaitu dengan meringankan bibir semasa menyebut mim sukun dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya.
Tanda Ikhfa’ Syafawi ialah mim sakinah tiada sebarang tanda di atasnya diikuti pula dengan huruf ba’ berbaris yang datang selepasnya.
Ikhfa’ Syafawi (إخفاء شفوي) |
هُم بِخَٰرِجِينَ |
وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ |
نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ |
3. Izhar Syafawi (إظهار شفوي)
Hukum ini dinamakan Izhar Syafawi kerana dibaca dengan jelas dan nyata. Hukum ini adalah pertemuan mim sakin dngan huruf hijaiyah selain huruf mim (م) dan ba’ (ب).
Ianya dibaca dengan menjelaskan sebutan mim sakinah tanpa dengung. Tanda Izhar Syafawi ialah mim sakinah yang mempunyai tanda sukun di atasnya diikuti dengan huruf hijaiyah berbaris yang datang selepasnya.
Izhar Syafawi (إظهار شفوي) | |
وَخَلَقۡنَٰكُمۡ أَزۡوَٰجٗا | أ |
رَبِّهِمۡ يُؤۡمِنُونَ | ي |
كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ | ص |
بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ | و |
أَمۡ جَعَلُواْ | ج |
لِأَنفُسِهِمۡ نَفۡعٗا | ن |
عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ | ر |
وَهُمْ سَـالِمُونَ | س |
لَكُـمْ تَذْكِرةً | ت |
وَاْتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتَهُمْ | ذ |
أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً | ط |
لَكُمْ دِينِكُمْ | د |
وَهُمْ فِيهَا | ف |
فِيْكُمْ غِلْظَةً | غ |
وَهُمْ ظَالِمُونَ | ظ |
عَلَيْهِمْ خَوْفٌ | خ |
لَكُمْ عِندَ | ع |
فَهُمْ شُرَكَآءَ | ش |
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ | ك |
عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ | ل |
إِذْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ | ح |
فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ | ز |
أَنْتُمْ قَوْمٌ | ق |
هَٰٓأَنتُمۡ هَٰٓؤُلَآءِ | ه |
أَن يُّضِلَّهُمْ ضَلَالًا | ض |
كَأَمْثَالٍ | ث |