Skip to content

Doa Pengasih. Doa-doa yang anda boleh amalkan

doa pengasih

Apakah doa pengasih yang boleh anda amalkan sehari-hari? Artikel pada kali ini akan berkongsi beberapa doa pengasih yang boleh anda amalkan dan rujuk.

Pengenalan

Doa pengasih adalah doa yang selalu dibaca untuk mengikat rasa kasih sayang antara sesama manusia khususnya untuk pengikat kasih sayang antara suami dan isteri, dan kaum keluarga. Inilah adalah ikhtiar yang boleh dilakukan oleh semua orang untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara manusia di dunia. Namun begitu, doa pengasih perlu jelas dan sahih dari segi sumbernya, tujuannya, dan juga tidak terpesong dari apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

1. Surah Al-Syura, ayat 19

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ

Allahu Latifun Bi I’badihi Yarzuq Mayn Yashaa Wa Hua Qawwi Yul A’ziz.

Maksudnya: “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia memberik rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” (Surah Al-Syura, ayat 19)

2. Surah Taha, ayat 1-8

Taa-Haa. Maaa anzalnaa ‘alaikal Qur-aana litashqaaa. Illaa tazkiratal limany yakshaa. Tanzeelam mimman khalaqal arda was samaawaatil ‘ulaa. Ar-Rahmaanu ‘alal ‘Arshis tawaa. Lahoo maa fis samaawaati wa maa fil ardi wa maa bainahumaa wa maa tahtassaraa. Wa in tajhar bilqawli fainnahoo ya’lamus sirra wa akhfaa. Allaahu laaa ilaaha illaaha Huwa lahul Asmaaa’ul Husnaa

Maksudnya: “Taa Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringtan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langgit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayan di atas Arasy. Dia lah jua Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

3. Surah Taha, ayat 39

اَنِ اقْذِفِيْهِ فِى التَّابُوْتِ فَاقْذِفِيْهِ فِى الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّيْ وَعَدُوٌّ لَّهٗ ۗوَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ

Aniqzi fiihi fit taabuuti faqzi fiihi fil yammi falyulqihil yammu bis saahili ya khuz hu ‘aduwwul lii wa ‘aduwwul lah, wa alqoitu ‘alaika mahabbatam minnii, wa litushna’a ‘alaa ‘ainii

Maksudnya: “Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripadaku, dan agar engkau dibela dan dipelihara di bawah pengawasanku.” (Surah Taha, ayat 39)

4. Surah Ali-Imran, ayat 31

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

Qul in kuntum tuhibbu na Allaha fattabi ‘uni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu bakum waallahu ghafu run rahiim

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-Imran: Ayat 31).

5. Surah Al-Qadr, ayat 1-5

Inna an zal naa hu fil lay la til qadr. Wa maa ad raa ka maa lay la tul qadr. Lay latul qad ri khay rum min alfi syahr. Tanaz zalul malaa ikatu war ruu hu fii haa bi izni rab bihim min kul li amr. Salaa mun hiya hat taa mathla il fajr.

Maksudnya: Sesunggunya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar. Dan apa janlannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

6.  Surah Al-Insyirah, ayat 1-8

A lam nasyraḥ laka ṣhadrak. Wa waḍha’nā ‘anka wizrak. Alladżī angqaḍa ẓahrak. Wa rafa’nā laka dżikrak. Fa inna ma’al-‘usri yusrā. Inna ma’al-‘usri yusrā. Fa idżā faraghta fanṣhab. Wa ilā rabbika farghab

Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Surah Ali-Imran, ayat 200

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

Yaaaa ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a’llakum tuflihuuuun

Maksudunya: “Wahai orang berimanm bersabarlah kau dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersiap siaga di samping bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 200)

8. Surah Yusuf. Ayat 4

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin

Maksudnya: “(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. “(Surah Yusuf Ayat 4)

9. Surah Yassin, ayat 36

سُبْحٰنَ الَّذِيْ خَلَقَ الْاَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ وَمِنْ اَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُوْنَ

Subhaanalladhiy khalaqal azwaaja kullahaa mimmaa tumbitul ardu wa min anfusihim wa mimmaa laa ya’ålamuun

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Surah Yassin ayat 36)

Kelebihan doa pengasih

1. Mengeratkan hubungan suami isteri

Manusia diciptakan berpasang-pasangan dan dari situ maka terikatlah semua ikatan yang dinamakan pernikahan dengan ijab dan qabul. Setiap pasangan suami isteri menginginkan perkahwinan yang berpanjangan jika boleh sehingga ke syurga. Kita tidak jemu untuk meminta tips perkahwinan sentiasa bahagia dari pasangan lain. Kita juga tidak segan meminta petua-petua orang tua untuk kekal bahagia bersama pasangan.

Namun jangan dilupakan juga, Islam memberikan panduan yang lengkap dari segala aspek untuk memandu kehidupan manusia termasuk dalam membina perkahwinan. Contohnya seperti doa pengasih untuk merapatkan kasih dan sayang antara pasangan.

2. Menaikkan seri wajah dan kecantikkan

Bila bicara tentang kecantikkan pasti anda tidak dapat lari dari Surah Yusuf. Doa pengasih di atas juga bukan sahaja membantu mengeratkan hubungan antara manusia tetapi juga untuk menaikkan kecantikkan semula jadi seseorang.

3. Melembutkan hati orang yang marah

Amarah adalah racun yang sangat berbisa dalam jiwa manusia jika tidak dapat dikawal. Selain melakukan teknik-teknik yang berkesan menurut sains untuk melawan amarah, doa pengasih juga dapat membantu serba sedikit dari segi rohani seseorang.

Doa pengasih diambil dari potongan ayat dari surah-surah terpilih di dalam Al-Quran. Ayatnya adalah syifa dan sangat berkesan untuk tujuan perubatan sama ada sakit fizikal atau rohani.

4. Menunjukkan segala sesuatu di dunia ini boleh berlaku atas kehendak Allah

Kita disuruh untuk berusaha dengan bersunguh-sungguh lalu berdoa dan bertawakal dalan hidup. Doa pengasih ini sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan diri kita sebagai seorang hamba yang lemah dan sentiasa mengharapkan bantuan Allah SWT.

Atau dalam kata lain, buatlah apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu perkara itu, tetapi jika Allah SWT tidak berkehendak untuk ia terjadi maka ia tetap tidak akan terjadi. Doa adalah senjata umat Islam yang sangat ampuh dan jangan sesekali berhenti berdoa kerana kita tidak akan pernah tahu bila dan melalui cara apa rahmat dan rezeki Allah SWT itu turun kepada kita.

Doa pengasih sangat bermanfaat sebagai amalan setiap hari agar cinta, kasih sayang sentiasa berputik di dalam hati setiap pasangan. Diharapkan artikel ini memberikan perkongsian yang berguna untuk mengeratkan lagi ikatan perkahwinan dan persaudaraan antara anda dengan pasangan dan masyarakat.

Bacaan Doa yang lain

Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Rujukan

  1. 9 Doa Pengasih Khas Untuk Mengeratkan Hubungan Suami Isteri, (10 October 2019). Sumber pengantinbaru.com
  2. Afiqah Syamin. Lembutkan Hari Suami & Isteri Dengan Serangkai Doa Ini, (4 December 2017). Sumber wanista.com
  3. Amal Surah Yusuf Ayat 4 Jadi Pemanis dan Naikkan Seri Wajah, (19 May 2020). Sumber personapengantin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 11 =