Skip to content

Doa Mudah Tidur (Panduan Rumi dan Teks Arab)

Apakah bacaan doa untuk mudah tidur? Artikel ini membincangkan doa mudah tidur dengan bantuan rumi dan teks arab untuk memudahkan para pembaca mengingatinya.

Pengenalan

Pejam, celik, pejam, celik… Malam yang sunyi, hanya kedengaran bunyi gesekan cengkerik. Jarum jam berdetik menurut waktu. Mata mengantuk tapi tak dapat nak tidur. Semua orang perlukan rehat dan tidur yang mencukupi. Ada orang mudah untuk melelapkan mata tetapi ada yang mengalami insomnia iaitu penyakit susah tidur.

Ada yang tidur di siang hari tetapi berjaga sepanjang malam seperti burung hantu, khususnya para peniaga, orang yang bekerja shift, penulis dan pelajar yang ingin menyiapkan assignment. Tekanan juga menjadi penyebab susah untuk tidur sebab otak terlalu banyak berfikir.

Jika waktu tidur terganggu dan anda tak cukup tidur di malam hari, anda akan merasa letih, tak bersemangat, berdebar-debar, lemau dan asyik menguap di siang hari. Selain itu, anda akan mudah resah, sakit kepala, mata lebam seperti panda dan nak marah.

Kalau dah mandi, berus gigi, basuh kaki, pakai pakaian tidur, minum segelas susu dan membaca sedikit surah dan doa tidur tapi tetap tak berkesan serta membuatkan anda sukar lena pada waktu malam, anda boleh berikhtiar dengan membaca doa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. seperti berikut :

Doa Mudah Tidur

doa mudah tidur

MAKSUDNYA : “Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.

Kelebihan Doa

Doa mudah tidur ini tidak terdapat dalam mana-mana surah dalam al-Quran. Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang dialaminya lalu Baginda mengajarnya doa mudah tidur.

Menurut hadis riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit R.A. yang mengalami insomnia akhirnya dapat tidur dengan nyenyak berkat mengamalkan doa mudah tidur yang berkesan dan diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Amalan Yang Boleh Dilakukan untuk Mudah Tidur

Terdapat maklumat di blog akuislam.com mengatakan bahawa doa mudah tidur boleh dibacakan terhadap pesakit dan air berdasarkan kepada rujukan buku doa dan rawatan pesakit.

Tatacaranya adalah tangan kanan diletakkan di dahi ketika membaca doa mudah tidur dan kedua-dua belah biji mata orang yang susah tidur itu ditiup. Air yang telah dibacakan doa mudah tidur boleh digunakan sebagai air minuman dan untuk mandi.

Selain itu, baca al-Fatihah, ayat Kursi atau tiga Qul, kemudian ditiupkan di telapak tangan dan seluruh badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki agar dihindari dan dipelihara oleh Allah daripada sebarang gangguan. Jangan lupa zikir dan selawat. Nak pasang radio MP3 dengar ayat-ayat Ruqyah pun boleh.

Tips lain agar mudah tidur :

  1. Jangan terlalu banyak berfikir, tenangkan minda
  2. Elakkan minum kopi atau minuman berkafein sebelum tidur
  3. Jangan main gadget dan layan Whatsapp, games dan sebagainya yang akan membuatkan mata segar
  4. Boleh tidur petang tapi jangan lama-lama
  5. Mandi sebelum tidur
  6. Tutup lampu sebelum tidur. Lampu yang terpasang akan menyukarkan anda untuk melelapkan mata
  7. Bersenam sebelum tidur
  8. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur
  9. Tidur siang dikurangkan
  10. Digalakkan tidur awal supaya dapat bangun awal

Penutup

Adakalanya tidur lewat di waktu malam. Bagi anak-anak yang susah nak tidur malam terutamanya bayi, ibu bapa boleh cuba mengamalkan doa mudah tidur ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Mohon dan berdoa dengan penuh keyakinan kepada Allah supaya dapat tidur nyenyak dalam keadaan tenang sambil dibuai mimpi yang indah, dengan izin Allah.   Dapatkan tidur yang produktif. Selamat beristirehat, semoga anda sentiasa berada dalam keadaan segar-bugar dan sihat sejahtera sepanjang hari untuk urusan ibadah apabila bangun pagi.

Bacaan Doa yang lain

Doa Saidatina FatimahDoa Agar Hujan Berhenti
Doa SelamatDoa Selepas Witir
Doa Hari ArafahDoa Dimurahkan Rezeki
Doa Selepas IqamatDoa Bayar Zakat
Doa IftitahDoa Waktu Gelisah
Doa Kepada Orang Meninggal DuniaDoa Mohon Zuriat
Doa Dijauhkan Dari Fitnah DajjalDoa Mohon Keampunan
Doa Awal TahunDoa Akhir Tahun
Doa Selepas TarawihDoa Bulan Rejab
Doa Selepas SolatDoa Nabi Yunus
Doa Nabi SulaimanDoa Nabi Musa
Doa Nabi Ibrahim

Rujukan  

  1. Irdina Zahira Ahmad Kamal. (2021). Untuk yang susah tidur, ini cara supaya cepat
  2. Tidur dengan mudah. Retrieved from The Rohani
  3. Mal. (n.d.). Doa supaya mudah tidur nyenyak dan mimpi indah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × five =