Apakah itu fidyah dan cara kiraannya? Artikel ini akan membincangkan berkenaan fidyah itu sendiri, cara kiraannya dan juga cara pembayarannya.
Fidyah dari segi Bahasa ialah memberikan tebusan kepada seseorang atau erti kata lain ialah ganti.
Manakala fidyah dari Istilah bermaksud ganti yang ditunaikan oleh mukallaf atau orang yang ditaklifkan oleh syarak sebagai menebus ibadah yang ditinggalkan.
Fidyah adalah berbeza dengan puasa ganti (Qada’ Puasa) kerana:
- Fidyah dilaksanakan dalam bentuk memberi makan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan dengan kadar yang tertentu.
- Qada’ puasa dilaksanakan dalam bentuk mengantikan puasa yang ditingalkan pada bulan Ramadhan di bulan-bulan yang lain.
Hukum Membayar Fidyah
Wajib membayar fidyah bagi seseorang individu yang gagal mengantikan puasa pada tahun sebelum hingga tiba bulan Ramadhan tahun seterusnya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori sahaja yang dibenarkan untuk membayar fidyah tanpa perlu untuk mengantikan puasa. Kategori tersebut terbahagi kepada beberapa iaitu:
Kes | Qada’ Puasa | Fidyah |
Perempuan hamil yang bimbangkan dirinya sendiri jika dia berpuasa pada bulan Ramadhan. | / | X |
Perempuan hamil yang bimbang keselamatan anak yang dikandungkan jika dia berpuasa pada bulan Ramadhan. | / | / |
Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika dia berpuasa pada bulan Ramadhan. | / | X |
Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan anak nya jika dia berpuasa pada bulan Ramadhan. | / | / |
Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa pada bulan Ramadhan. | X | / |
Perempuan yang didatangi haid sehingga menghalangnya puasa di bulan Ramadhan. | / | X |
Orang yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh Kembali. | X | / |
Kanak- kanak tau orang gila yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. | X | X |
*Sumber daripada laman sesawang Lembaga Zakat Selangor.
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah adalah tertakluk pada setiap negeri. Bagi tahun 2020, kadar fidyah untuk sehari puasa yang ditingalkan bagi setiap negeri adalah seperti yang berikut:
Tahun gandaan:
Bilangan tahun puasa yang telah ditinggalkan tolak 1 tahun pertama kerana tahun pertama adalah tahun yang dibenarkan untuk menganti puasa.
Sebaiknya pembayaran fidyah perlu disegerakan sekiranya disebabkan sakit tua atau yakin seseorang itu tidak mampu untuk mengantikan puasa terdahulu sebelum kedatangan bulan Ramadhan yang baru.
Kaedah pembayaran fidyah boleh dilaksanakan dengan 2 cara iaitu:
- Disalurkan terus kepada golongan fakir miskin yang memerlukan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
- Melalui pusat zakat negeri masing-masing secara terus atau menerusi medium yang telah disediakan.
Contoh pengiraan bayaran Fidyah
1. Bilangan hari puasa yang ditinggalkan (anggaran bermula baligh sehingga sekarang): 10 hari.
Pembayar fidyah menetap di Wilayah Persekutuan.
Kiraan: RM 5.00 x 10 hari = RM 50.00
*Bagi kes seperti ini, pembayar fidyah masih wajib untuk mengantikan puasa yang telah ditinggalkan kerana ia adalah hutang dengan Allah dan kita wajib untuk melaksanakan.
2. Bilangan hari puasa yang ditinggalkan atas sebab sakit tua: 30 hari
Pembayar fidyah menetap di Melaka.
Kiraan: RM 1.80 x 30 hari = RM 54.00
*Bagi orang sakit yang tidak mampu berpuasa pada bulan Ramadhan, adalah digalakkan untuk menyempurnakan bayaran fidyah pada awal Ramadhan supaya tidak terlupa.
3. Bilangan hari puasa yang ditinggalkan: 6 hari
Bilangan tahun gandaan: (4 tahun – 1 tahun)
Pembayar fidyah menetap di Terengganu.
Kiraan: RM 1.75 x 3 tahun x 6 hari = RM 31.50
*Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasanya itu digantikan.
Kesimpulan
Puasa merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan jika anda tidak melakukannya, maka puasa tersebut perlulah diganti. Jika tidak ia tidak diganti dan melebihi tempoh tertentu, maka anda perlulah membayar fidyah kerana ia merupakan salah satu rukun islam yang perlu anda penuhi.