Skip to content

10 Amalan Di Bulan Rejab yang anda Perlu Tahu

amalan di bulan rejab

Apakah amalan di bulan Rejab yang perlu anda tahu dan kebaikannya apabila diamalkan? Artikel pada kali ini, akan berkongsi kepada anda beberapa amalan di bulan Rejab yang sangat banyak pahalanya apabila diamalkan oleh umat Islam.

Apa itu bulan Rejab dalam Islam?

Dalam kalender Hijrah ada satu bulan yang dipanggil sebagai bulan Rejab. Ia merupakan bulan ketujuh dan datangnya selepas bulan Jamadilakhir dan sebelum Syaaban.

Maksud perkataan Rejab adaalah membesarkan atau mengagungkan. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah ‘agung’ (Lata’if al-Ma’arif, 117). Oleh itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia.

Jamak bagi perkataan Rejab adalah Arjab yang apabila digabungankan dengan bulan Rejab dan Syaaban ia dinamakan sebagai Rajaban. Menurut pendapat dari para ulama, Rejab, Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam adalah empat bulan suci dalam Islam.

Lantaran itu, pada bulan-bulan ini kita diharamkan untuk berperang dan berbunuhan sesame sendiri. 

Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan ini

Mungkin ramai tidak perasan, banyak sebenarnya peristiwa yang menjadi sejarah kepada agama Islam ini berlaku pada di bulan Rejab. Antara peristiwa-peristiwa penting yang ada adalah:

  • Berlakunya peristiwa israk dan mikraj
  • Turunnya perintah Allah berpindah kiblat ke arah Masjidil Haram
  • Berlakunya Perang Tabuk
  • Hijrah pertama ke Habsyah
  • Pembebasan Baitul Maqdis
  • Kelahiran Imam Syafie
  • Penghapusan Sistem Khilafah
  • Kelahiran Ali ibn Abi Talib
  • Perjanjian Aqabah Kedua
  • Kemenangan tentera Islam dan Perang Khaibar

Amalan di Bulan Rejab untuk umat Islam buat

Jika diikutkan banyak terdapat hadis yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan pada bulan Rejab ini. Namun ulama berselisih pendapat kerana ada hadis tersebut menilainya dibawah hadis dha’if, maudhu’ (palsu).

Justeru itu, amalan-amalan di bulan Rejab yang kami kongsikan ini adalah amalan yang bersifat umum tetapi boleh ditingkatkan lagi ibadahnya untuk menambah keimanan dalam hati. 

1. Menghidupkan Qiamullail 

Qiamullail bermaksud menghidupkan malam iaitu dengan cara seperti solat dan membaca Al-Quran. Mungkin kita menganggap qiamullail adalah solat selepas tidur. 

Namun yang sebenarnya adalah solat malam ini terbahagi kepada solat selepas dan sebelum tidur. Solat selepas tidur ialah qiamullail yang termasuk dalam kategori tahajud.

Hanya sahaja solat yang dilakukan sebelum tidur itu kualitinya tidak sama seperti solat tahajud yang dilakukan selepas bangun daripada tidur.

Keutamaan kita berqiamullail ada disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Maksudnya: “Solat yang paling utama setelah solat fardu iaitu qiamullail atau solat pada tengah malam.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Berpuasa sunat

Al-Imam Al-Nawawi menjelaskan bahawa tiada dalil yang khusus mengenai galakan atau halangan bagi Muslim untuk berpuasa dalam bulan Rejab. Namun secara umumnya, Muslim digalakkan berpuasa.

Maksudnya: “Tiada dalil yang khusus mengena berpuasa di bulan Rejab (sahaja) dan tiada juga dalil yang melarang. Namun secara asasnya hukum berpuasa (di bulan ini) adalah harus.”

Bagi sesiapa yang mahu melaksanakan puasa sunat rejab, ini adalah lafaz puasa yang boleh dibaca:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Ghodin Fii Syahri Rajab Sunnatan Lillahi Taala 

Maksudnya: “Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam Bulan Rejab Kerana Allah Taala”

3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran mereka yang membaca Al-Quran sangat banyak memberikan kebaikan kepada diri kita. Al-Quran ini senjata paling berkesan untuk membersihkan jiwa yang sering kali lali kerana banyak melakuakn dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

4. Membaca sayyidul istighfar

Sayyidul istighfar adalah salah satu daripada doa atau ucapan taubat yang amat digalakkan untuk kita buat. Berikut ini bacaan sayyidul istighfar yang baik untuk kita baca:

للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Allahumma anta robbii laa ilaaha illaa anta, kholaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbii, faghfirlii fainnahuu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta”

Maksudnya: ”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” – (Hadis Riwayat Bukhari no. 6306)

5. Memperbanyakkan bersedekah

Amalan bersedekah dikaitkan dengan pembuka pintu rezeki. Kelebihan sedekah ini memberi kepentingan kepada ramai orang khususnya mereka yang memerlukan. Bahkan dikatakan dalam banyak-banyak amalan kebaikan, ada manusia di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah.

Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Allah SWT ada berfirman dalam Surah Al-Munaafiqqun, ayat 10 maksudnya:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”

6. Berdoa pada malam 1 Rejab

Berdoa menjadi pertalian yang menghubungkan kita kepada Allah SWT. 

‘Abd al-Razzaq melaporkan, “Dan telah menceritakan kepada aku seseorang yang telah mendengar Baylamani menceritakan daripada bapanya, daripada Ibnu ‘Umar, bahawa dia telah berkata, ‘Terdapat lima malam, yang tidak ditolak doa padanya, iaitu malam Jumaat, malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Sya’ban, malam Hari Raya Fitri dan malam Hari Raya Adha.’” (‘Abd al-Razzaq, al-Musannif, jil. 4, hlm. 317) 

Imam al-Syafi’i berkata, “Telah sampai kepada kami khabar yang mengatakan bahawa doa akan dimakbul pada lima malam: malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, malam pertama bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban…Saya suka kepada semua khabar yang menjelaskan tentang kelebihan beramal pada kelima-lima malam tersebut, dengan syarat ia tidak dianggap sebagai wajib.” (al-Syafi’i, Kitab al-‘Um, jil. 1, hlm. 264

7.  Memperbanyakkan berzikir

Zikir menjadi santapan rohani yang kita lafazkan setiap hari. Tanpa zikir, hati kita akan mati kerana tidak mengingati Allah. 

Berzikir atau zikir Allah adalah ibadah untuk kita mengingati Allah SWT dengan memuji kebesaran seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.

8. Memperbanyakkan solat-solat sunat

Kita digalakkan untuk melaksanakan solat-solat sunat untuk menambahkan pahala dan menampung kecatatan dalam solat-solat fardhu kita. Banyak solat sunat yang boleh kita lakukan mengikuti waktu-waktu tertentu.

Contohnya pada waktu pagi, kita mendirikan solat sunat dhuha. Sedangkan pada waktu malam, kita mendirikan solat sunat tahajud pula. 

9. Memperbanyakkan berselawat

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu selawat maka nescaya Allah berselawat ke atasnya sepuluh selawat, dihapuskan darinya sepuluh dosa dan diangkatkan untuknya 10 tingkatan.” – (Hadis Riwayat An-Nasai) dan disahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Al-Jami’. No. 6359)

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan jalan untuk mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah SAW. 

10. Melakukan kerja-kerja kebajikan

Melakukan amar makruf nahi mungkar adalah tuntutan bagi semua pihak. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ.

“Dari Abu Sa’id Al Khudri R.A berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka ubahlah (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar ia harus dilaksanakan secara berperingkat dan melalui pendekatan yang bijaksana. Iaitu secara kuasa pemerintahan, melalui lisan atau percakapan, dan mengingkari dan membencinya dengan hati.

Diharapkan artikel berkenaan dengan amalan di bulan Rejab ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna.

Rujukan:

1. Risalah Amalan Bulan Rejab. Muhadir Bin Haji Joli

2. Tahqiq Masil Siri Ke-3 Bulan Rejan dan Isu-Isu Berkaitan Dengannya. Mufti Wilayah Persekutuan

3. #619: Hikmah Bulan Rejab Bersendirian Daripada Bulan Haram Yang Lain

4. Bulan Rejab Mengikut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah. Arrahmah Wellness

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − eight =