Skip to content

27 Barang Keperluan Bayi Baru Lahir

barang keperluan bayi yang baru lahir

Apakah barang keperluan bayi baru lahir? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 27 barang keperluan bayi baru lahir.

Senyum nan manis penyejuk jiwa hamba

Semanis-manisnya bak gula

Rupanya nan elok penghibur ayah bonda

Indah kurniaan Maha Esa

Sayang disayangi, timang ditimang

Alahai manjaku seorang

Sayang disayangi, timang ditimang

Cinta hatiku selamanya

Bila anda dengar rangkap lirik lagu Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk Ting Ting Tang Ting ini pasti anda sudah terbayang wajah si kecil di rumah. Tahniah kepada anda yang baru bergelar ibu dan ayah. Kelahiran si kecil membawa seribu satu erti kepada keluarga. Hakikatnya, tidak semua dari kita di berikan anugerah anak. Ada yang bertahun-tahun telah mendirikan rumah tangga tetapi masih tiada tanda-tanda hadirnya si kecil untuk lahir. Ada yang baru sebulan mendirikan rumah tangga, Allah anugerahkan rezeki anak kepadanya dengan kadar yang segera. Hendak tunjuk yang rezeki memiliki anak ini sangat besar sehingga di gunakan perkataan “anugerah” itu.

Apa pun yang di rezekikan kepada diri, sebagai seorang hamba nilai syukur, redha, ikhlas dan tidak berputus asa dalam berusaha haruslah menjadi perisai akhlak seorang Islam. Artikel mengenai barang keperluan bayi baru lahir ini akan merangkumi konteks dalam penjagaan diri, kesihatan, dan kegunaan harian.

1. Set Pakaian

Contohnya seperti baju t-shirt, baju tidur, sarung kaki, sarung tangan, baju sejuk, dan topi. Sama seperti orang dewasa, bayi memerlukan set pakaian yang boleh di padankan mengikut keadaan dan cuaca. Anda di sarankan untuk memilih material kain yang lembut dan kapas. Ini dapat memastikan bayi sentiasa dalam keadaan selesa sepanjang masa.

Cadangan set pakain: Fiffy

2. Lampin Pakai Buang / Lampin Guna Semula

Pilihan kepada anda, sama ada anda ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin guna semula yang semakin kurang diminati ramai pada hari ini. Yang pasti kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama dan yang membezakan cumalah kepada praktikal atau tidak penggunaannya mengikut cara hidup anda.

Jika anda berlatar belakangkan seorang suri rumah tangga yang mempunyai anak yang ramai, memilih lampin guna semula boleh mengurangkan kos kelengkapan bayi per bulan. Jika anda berstatus seorang wanita bekerjaya, sememangnya penggunaan lampin pakai buang dapat melancarkan tugas anda sebagai seorang ibu.

3. Katil Bayi

Katil merupakan tempat yang kerap bayi anda meluangkan masa. Ia boleh menjamin keselamatan bayi anda atau pun mendedahkan mereka dengan kemalangan kerana kurangnya faktor-faktor keselamatan yang di praktikkan.

Cadangan katil bayi: Mamakiddies

4. Selimut

Bayi sering terdedah dengan pelbagai penyakit yang mudah menjangkiti mereka berpunca dari orang dewasa seperti selsema dan demam akibat cuaca atau persekitaran. Penggunaan selimut boleh membantu memastikan tubuh bayi sentiasa hangat dari kesejukan malam dan selepas mandi.

5. Tilam

Empuk, fleksibal, ada spring, tahan lasak dan bersaiz besar antara ciri-ciri tilam yang anda sebagai orang dewasa idamkan. Sudah tentu dengan memiliki kualiti tidur yang cukup bakal mempengaruhi kualiti kerja anda. Namun ini sangat berbeza dengan bayi. Seorang bayi hanya memerlukan tilam yang selesa dan selamat untuk dirinya sahaja. Faktor selesa untuk memastikan tidurnya tidak terganggu dan faktor selamat pula untuk mengelakkan kemalangan di tilam berlaku.

6. Pemotong Kuku Bayi

Pemotong kuku dewasa sangat tidak sesuai di gunakan pada bayi. Dengan saiznya yang besar dan banyak kegunaan seperti pisau kecil dan pengasah kuku, ia boleh mencederakan kuku bayi anda.

Cadangan pemotong kuku bayi: Pureen

7. Termometer Digital

Anda boleh memantau tahap kesihatan bayi anda dengan mengukur suhu badannya. Tanpa anda sedar, anda sebenarnya sudah memberikan bantuan awal kepada bayi anda seandainya mereka demam atau tidak sihat. Bukan itu sahaja, termometer juga boleh di gunakan untuk mengukur suhu pada makanan, bilik dan lain-lain.

Cadangan termometer digital: Termometer digital

8. Syampu dan Sabun Mandi

Barang penjagaan diri bayi seperti syampu dan sabun mandi amat di perlukan dalam set mandian di rumah.

Tips pilihan syampu dan sabun mandi:

  • Meneliti label atau kandungan pada produk
  • Elakkan produk yang mempunyai bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben.
  • Utamakan produk-produk dari bahan semula jadi
  • Bahan produk perlu bebas alkohol
  • Mempunyai kadar pH seimbang di antara purata 5.5. hingga 7.0
  • Elakkan dari membeli produk yang bertulis antibakteria

9. Putik Kapas

Tempat-tempat yang tersorok dan kecil seperti celahan telinga, rongga telinga, rongga hidung dan pusat memerlukan penggunaan putik kapas untuk proses pembersihan yang menyeluruh. Putik kapas yang lembut juga boleh mengelakkan kulit bayi dari terluka.

10. Soft Toy

Penting ke soft toy kepada bayi? Macam mana hendak pastikan yang mainan ini sesuai untuk bayi mengikut tahap umurnya? Persoalan-persoalan seumpana ini sering kali berlegar dalam kepala anda. Untuk mengukur tahap perkembangan otak anak-anak jauh berbeza dengan mengukur berat badannya.

Bahagian otak bayi anda yang mengawal fungsi-fungsi badannya seperti bernafas, makan, tidur dan buang air telah pun sempurna, dan tidak akan berubah. Namun begitu, bahagian otak bayi yang mengawal pemahamannya tentang diri sendiri dan dunia di sekitarnya masih perlu berkembang. Dengan soft toy, anda boleh bantu meningkatkan perkembangan kognitif bayi anda.

Cadangan soft toy: Ikea

11. Botol Susu

Ada dua keadaan mengapa bayi memerlukan botol susu. Pertama, bayi tidak mendapatkan proses penyusuan langsung dari ibu lalu mereka menggunakan susu formula. Kedua, bayi mendapatkan proses penyusuan langsung dari ibu tetapi kerana had masa dan keadaan, susu tersebut terpaksa di simpan dalam bekas simpanan khas.

Cadangan botol susu: Philips Avent

12. Berus Pencuci Botol

Botol susu perlu di bersihkan dan di berus untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Komponen seperti puting dan ring perlu di jaga kebersihannya terutama sekali jika botol mempunyai saki baki susu atau keraknya yang melekat pada permukaan botol.

13. Car Seat

Jika tadi katil dan tilam sangat penting kepada bayi supaya mereka mendapat tidur yang terbaik. Untuk car seat pula, penggunaanya boleh menambah keselamatan pada bayi di dalam kenderaan.

Cadangan car seat: Mamakiddies

14. Baby Lotion

Baby lotion boleh mencegah kulit kering berpunca daripada cuaca.

15. Nasal Aspirator

Bayi selsema akan banyak memberi masalah dan kebimbangan kepada anda. Penggunaan nasal aspirator boleh membantu ibu bapa di rumah untuk mendapatkan rawatan segera tanpa perlu ke klinik.

Cadangan nasal aspirator: Little Bees electric portable baby nasal aspirator

16. Changing Mat

Usai memandikan bayi, sesetengah dari anda biasanya lebih gemar untuk menyiapkan bayi anda di atas tikar sama ada ia di letakkan di atas tilam atau lantai. Ini mungkin di sebabkan atas faktor tubuh bayi yang basah, jadi penggunaan tikar serbaguna sangat membantu memudahkan tugas anda.

Cadangan mat: Pureen

17. Kain Bedung

Bedung adalah balutan yang di pakai pada bayi untuk membantunya tidur, mengurangkan dari terjaga dan memberi ketenteraman. Kebiasaannya, bayi akan di bedung dari usia sehari sehingga dia menunjukkan tanda-tanda untuk meniarap atau berguling.

Cadangan Kain Bedung: Kain bedung

18. Kereta Sorong

Adakah kereta sorong yang mahal itu bagus? Harga bukan lagi menjadi persoalannya pada masa kini. Ini disebabkan lambakan jenama-jenama kereta sorong bayi di pasaran telah memungkinkan anda untuk mendapatkan sebuah produk yang baik dengan harga mampu milik.

Tips pilihan kereta sorong:

  • Mengikut bajet yang anda ada
  • Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap dan menyeluruh
  • Boleh di laraskan untuk duduk dan baring
  • Boleh di lipat untuk menjimatkan ruang penyimpanan
  • Mempunyai saiz yang sederhana dan tidak terlalu berat
  • Mempunyai pemegang yang boleh laras untuk memudahkan pergerakan
  • Material yang selesa, tahan lasak dan kalis air akan menjadi keutamaan
  • Mempunyai tali pinggang di lima penjuru iaitu sekeliling pinggang antara kaki dan dari bahu ke bawah
  • Brek yang berfungsi
  • Ada tempat simpanan barang di bahagian bawah, belakang dan sisi

Cadangan kereta sorong: Mamakiddies

19. Susu Formula

Bagi bayi yang tidak melalui proses penyusuan secara semula jadi dari ibu, mereka memerlukan susu formula untuk membantu tumbesaran. Walaupun khasiat dan zat-zat yang berada dalam susu formula tidak mungkin setanding susu ibu tetapi setidaknya bayi anda masih mempunyai sumber makanan yang di perlukan tubuh.

20. Kelambu

Ramai yang menyangka kelambu di gunakan hanya untuk melindungi bayi dari gigitan nyamuk. Tetapi sebenarnya, kelambu juga boleh menjadi penanda kepada anda untuk lebih berhati-hati kerana bayi anda ada di sebelah. Jika tanpa kelambu, anda mungkin sudah berguling di atas tilam dan tanpa sengaja menindih bayi anda.

21. Minyak Telon

Minyak telon bantu memberi keselesan, kehangatan dan ketenangan pada bayi.

Cadangan minyak telon: Baby Konicare

22. Tab Mandian

Tubuh bayi yang baru lahir sangat lembut dan tidak kuat. Risiko yang besar akan menanti anda jika anda mengambil langkah memandikan si kecil di bilik air tanpa menggunakan tab mandian khusus.

23. Bakul

Sama seperti barang-barang yang lain, barang keperluan bayi juga amat mudah di ambil sekiranya di letakkan dalam satu tempat khusus. Jadi tidak, anda perlu ke sana ke mari untuk mengambil barang-barang yang di perlukan. Sediakan satu bakul untuk mengisi barang keperluan bayi yang kerap di gunakan setiap hari.

24. Cecair Pencuci Botol

Botol susu adalah barang yang sangat dekat dengan bayi anda jika mereka tidak menyusu badan. Apabila selesai menggunakan botol susu, ia perlu di basuh untuk memastikan kebersihan penggunaan seterusnya. Yang menjadi masalah adalah, terdapat segelintir ibu bapa menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk mengantikan cecair pencuci khusus untuk bayi.

Perkara ini nampak remeh tetapi sebenarnya ia dapat memudaratkan kesihatan bayi anda jika mereka mengalami keracunan dari bahan kimia pencuci botol yang tidak sesuai.

Tips pilihan cecair pencuci botol

  • Mempunyai kandungan surfaktan yang rendah
  • Tidak mengandungi pewangi dan pewarna sabun
  • Utamakan bahan semulajadi daripada bahan kimia
  • Mesra pada makanan
  • Mempunyai tekstur yang mudah di kendalikan

25. Tuala Mandi

Tuala mandi bayi di gunakan untuk mengeringkan tubuh bayi usai mandi. Cara anda mengeringkan tubuh selepas mandi tidak sama dengan bayi. Bayi memerlukan material yang lembut pada kain tuala untuk mengelakkan dari tercedera atau terluka. Sesetengah material pada tuala agak kasar dan tidak sesuai di gunakan pada bayi

26. Sapu Tangan

Lazimnya, bayi akan mengeluarkan cecair seperti air liur dan muntah susu. Sapu tangan boleh di gunakan untuk mengesat cecair tersebut dari terkena pada pakaian agar kebersihan bayi sentiasa terjaga.

27. Baby Monitor Camera

Mini CCTV ini sangat berguna kepada ibu bapa untuk memantau aktiviti bayi di dalam bilik melalui telifon pintar sahaja. Manfaat yang anda boleh perolehi daripada gadget ini adalah seperti pengesan suhu bilik, merekodkan audio dan video, pengesan pergerakan, dan fungsi mobiliti sehingga 355 darjah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × four =