Apakah tempat-tempat menarik yang ada di Selangor? Selangor sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi di tengah-tengah ibu kota. Lokasinya yang strategik betul-betul di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Sembilan daerah di Selangor mempunyai keunikan yang tersendiri membolehkan pengunjungnya tergamam dengan keindahan yang ada di darat, laut, dan tanah tinggi. Artikel ini akan membincangkan beberapa tempat menarik di selangor yang anda boleh lawati
1. Air Terjun Batu Asah, Kampung Kemensah
Salah satu tempat menarik di Selangor adalah Air terjun Kemensah atau lebih dikenali sebagai Air Terjun Batu Asah terletak 15 kilometer dari kotaraya Kuala Lumpur. Lokasi ini dikelilingi dengan kawasan berbatu dan kolam semulajadi yang lain. Selain bermandi manda, anda juga boleh melakukan aktiviti ekstrem seperti menunggan ATV, berkelah, berkhemah, bbq, dan bermacam lagi
Bayaran Masuk : Percuma
Waktu Operasi : 24 Jam
Alamat : Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
2. Sungai Congkak
Sungai Congkak bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi warga Selangor untuk mengisi masa lapang dan bersantai bersama keluarga di hujung minggu. Dengan keindahan flora dan fauna yang unik, deruan air sungai yang jernih dan segar, sudah pasti akan menyajikan anda dengan kedamaian yang tersendiri kepada pengunjung yang datang kepadanya. Uniknya lagi, lokasi laluan ini perlu melalui beberapa pekan di Hulu Langat yang rata-rata berada di kawasan kampung jauh terpisah dari kawasan bandar.
Bayaran Masuk : Dewasa (Pelancong Asing) : RM 5.30 | Dewasa (Warganegara) : RM1.05 | Kanak-Kanak : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari : 8.00 A.M – 6.00 P.M
Alamat : Congkak Park And Resort Hutan Lipur Sungai Congkak Sungai Congkak 43100 Hulu Langat Selangor Malaysia
3. Taman Botani Negara, Shah Alam
Tanah seluas 817 hektar yang dulu dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia atau Taman Pertanian Bukit Cerakah adalah taman hutan pertanian terbesar di dunia. Pelbagai tarikan di Taman Botani Negara yang boleh ditemukan antaranya seperti Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklam Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus & Pelabagai Minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-Buahan Tropika, Taman Padi, dan Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan. Setiap taman-taman ini hadir dengan variasi ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang boleh anda pelajari.
Bayaran Masuk : Dewasa : RM 3.00 | Kanak-Kanak : RM 1.00
Waktu Operasi : Selasa – Ahad : 7.30 A.M – 4.30 P.M
Alamat : 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
4. Hutan Lipur Kanching
Siapa sangka 13 kilometer dari Bandar Rawang terdapat sebuah permata khazanah negara yang sangat berharga iaitu Hutan Lipur Kanching. Hutan ini merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit atau dengan bahasa mudah kawasan hutan yang berketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut. Spesies tumbuh-tumbuhan yang biasa boleh anda temukan adalah seperti pokok Seraya, pokok Keruing, dan pokok Meranti. Bukan satu, bukan dua tetapi tujuh port air terjun yan boleh anda jumpa apabila singgah di Hutan Lupur Kanching.
Bayaran Masuk : Dewasa (Pelancong Asing) : RM 5.30 | Dewasa (Warganegara) : RM 2.05 | Kanak-Kanak : Percuma
Waktu Operasi : 24 Jam
Alamat : Kilometer 17, Jalan Kuala Lumpur – Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
5. Sunway Pyramid Ice
Tidak perlu ke luar negara untuk berskating. Di Sunway Pyramid sendiri mereka menawarkan peluang untuk setiap pengunjung melakukan aktiviti skating. Ice skating umumnya boleh dilakukan indoor atau pun outdoor dan ia hampir serupa dengan roller skates tetapi bezanya ice skating tidak memerlukan kasut beroda sebaliknya kasut yang berbilah besi. Sama ada anda seorang yang profesional dalam sukan ini atau pun tidak, ia pastinya tidak akan membantutkan mood anda sepanjang berada di dalam ice rink. Jika anda jatuh, jangan malu, bangun sahaja dan teruskan bermain kerana ramai yang senasib dengan anda juga.
Bayaran Masuk : Isnin – Jumaat : RM 18.80 | Sabtu – Ahad : RM 23.50 | Cuti Sekolah/ Cuti Am : RM 26.30
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 10.00 A.M – 8.00 P.M | Sabtu : 9.00 A.M – 9.00 P.M | Ahad : 9.00 A.M – 6.00 P.M | Cuti Sekolah/Cuti Am: 9.00 A.M – 9.00 P.M
Alamat : 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
6. Farm In The City
Farm In The City merupakan petting zoo yang terkenal di Malaysia. Apa bezanya zoo dengan petting zoo? Jika di zoo, pengunjung hanya boleh pergi dan lihat haiwan-haiwan itu dari jauh atau luar pagar sahaja. Namun, di petting zoo pengunjung boleh melihat, memberi makan, dan memegang haiwan itu sendiri dengan tangan anda sambil dipantau oleh renjer zoo. Menariknya Farm In The City tersenarai dalam Malaysia Book of Record sebagai petting zoo yang mempunyai spesies haiwan terbanyak di Malaysia seperti di stesen Ostrich Farm, Mbekk Mbekk House, Jungle Walk, Aviari Burung, Rumah Reptilia, Kebun Buah-buahan & Sayuran, Pet Village, Turtle & Tortoise Farm, dan Fish Feeding.
Bayaran Masuk : (Rakyat Malaysia) Dewasa : RM 37.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 30.00 |(Pelancong Asing) Dewasa : RM 55.00 | Kanak-Kanak & Warga Emas : RM 45.00
Waktu Operasi : Isnin, Rabu -Jumaat : 10:00 A.M – 6:00 P.M Sabtu – Ahad : 09:30 A.M – 6:00 P.M Selasa : Tutup
Alamat : Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selan
7. SkyTrex Adventure
Jika anda ke Taman Botani Negara, jangan lepaskan peluang untuk ke Skytrex adventure di Shah Alam. Cabar diri anda untuk naik setinggi 20 meter dari atas pokok. Apa yang menarik di Skytrex, ia menyediakan tiga litar pilihan untuk setiap pengunjung seperti Big Thrill (1 jam 30 minit), Extreme Challenge (2 jam), dan Little Adventure (40 minit). Setiap litar ini mempunyai tahap kesukaran yang tersendiri daripada mudah, sederhana, dan sukar. Aktiviti ekstrem seperti ini memerlukan kemahiran fizikal yang tinggi seperti mengimbang badan, berdiri, mendaki, berjalan, berayun dengan ketinggian 22 meter dari paras tanah.
Bayaran Masuk : (Taman Botani) Dewasa : RM 3.00 | Kanak-Kanak : RM 1.00 | SkyTrex Little Adventures) : RM40.00 | Big Thrill : RM 50.00 | Extreme Challenge : RM 60.00
Waktu Operasi : Selasa – Jumaat : 9.00 A.M – 2.00 P.M | Sabtu & Ahad : 8.30 A.M – 3.00 P.M | Isnin : Tutup
Alamat : Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
8. Sky mirror
Siapa kata port ambil gambar yang terbaik anda perlu mengeluarkan banyak kos untuk memiliki hasil yang menarik. Sasaran Sky Mirror adalah sebuah kawasan lapang yang berpasir pantai dan dikelilingi laut biru. Effect gambar yang anda ambil di sini dipengaruhi oleh air luat yang pasang dan surut. Jadi setiap gambar yang anda ambil pasti akan kelihatan seperti cermin.
Bayaran Masuk : (Trip Hari Biasa) Dewasa : RM 80.00 – RM 100.00 | Kanak-Kanak : RM 60.00 – RM 80.00 | (Trip Matahari Terbenam) Dewasa : RM 80.00 – RM 100.00 | Kanak-Kanak : RM 60.00 – RM 80.00
Waktu Operasi : Terhad Bergantung Pada Waktu Pakej
Alamat : Jeti Pekan Lama, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
9. Kelip-kelip Kampung Kuantan
Salah satu tempat menarik di Selangor adalah perkampungan ini. Pengalaman menaiki sampan dan bot menempuh kegelapan malam menyusuri Sungai Selangor sambil ditemani dengan kelip-kelip pasti akan membuatkan mata terpegun kagum. Kelip-kelip berukuran 6 mm panjang mampu untuk mengeluarkan cahaya pada ekornya denga kadar tiga kerlipan sesaat.
Bayaran Masuk : RM 50 Per Sampan (Boleh Memuatkan 4 Orang Dewasa)
Waktu Operasi : Setiap Hari : 7.30 P.M – 10.30 P.M
Alamat : Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor, Malaysia
10. Sawah padi Sekinchan
Sekinchan sangat terkenal dengan bendang sawah padi yang terbentas luas. Hendak tengok sawah padi tidak semestinya anda hanya perlu ke Kedah tetapi di Selangor juga mempunyai lokasi yang khusus untuk penanaman padi yang menghasilkan beras. Bukan sahaja anda boleh melihat keindahan padi, malah aktiviti seperti merentas batas padi, memancing ikan puyu, dan berbasikal mengelilingi sawah padi juga boleh anda lakukan.
Bayaran Masuk : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari : 7.00 A.M – 7.00 P.M
Alamat : 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Siapa kata di tempat anda tiada permata yang bernilai untuk anda kunjungi? Di mana pun destinasi itu, jika ia mampu menyatu dan mengeratkan hubungan anda bersama keluarga ia pasti mampu mencatatkan memori yang sangat indah.