Skip to content

Kerajaan Turki Uthmaniyah: Sejarah Pemerintahan

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Bagaimanakah sejarah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah? Artikel ini akan membincangkan sejarah Turki Uthmaniyah secara ringkas.

Kronologi Turki Uthmaniyah

Sejarah Turki Uthmaniyah

1243 masihi – Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Anatolia. Nama lain baginya ialah Asia Kecil, di Asia Barat. Zaman sekarang kawasan ini berada di wilayah negara Turki.

1299 masihi – Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

1300 masihi – Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Uthmaniyah. Jadi, nama Uthmaniyah itu diambil bersempena dengan namanya.

1326 masihi – mata wang Empayar Uthmaniyah diperkenalkan, menggantikan emas & perak.

1329 masihi – kemenangan Empayar Uthmaniyah Perang Pelakanon (maltepe), Orhan Gazi vs Andronicos III (Byzantine). Sewaktu Uthmaniyah didirikan, ia banyak melawan Byzantine, yakni pemerintahan Rom.

1345 masihi – Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus. Zaman sekarang selat ini dinamakan Selat Istanbul, memisahkan antara Turki Barat (Thrace) dan Turki Asia (Anatolia).

1389 masihi – Tentera Uthmaniyah menewaskan tentera Serb di Kosovo. Kosovo terletak di Tenggara Eropah.

1402 masihi – Timurlang, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyah di Ankara dalam Pertempuran Ankara. Disebabkan ini, Turki Uthmaniyah mengalami Perang Saudara.

1451 masihi – Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah Turki Uthmaniyah.

1453 masihi – Kustantiniyah (Konstantinopel) ditawan di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantium. Kustantiniyah sekarang dipanggil Istanbul. Kustantiniyah adalah nama lamanya.

1520 masihi – Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

1526 masihi – Pertempuran Mohacs tercetus antara Hungary dan Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Hungary dikalahkan oleh Uthmaniyah.

1529 masihi – Serangan dan kepungan ke atas Vienna, Austria.

1571 masihi – Pertempuran Lepanto (pertempuran laut) tercetus antara Liga Suci (negara maritim Katolik Eropah) dan Uthmaniyah. Uthmaniyah kalah.

1641 masihi – Pemerintahan Sultan Mehmed IV. Sultan ini yang kedua paling lama memerintah Uthmaniyah selepas Sultan Suleiman I.

1683 masihi – Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

1687 masihi – Sultan Mehmed IV mangkat.

1703 masihi – Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III, anak Sultan Mehmed IV

1774 masihi– Perjanjian Kucuk Kaynarca antara Kaisar Rusia dan Uthmaniyah bagi mengakhiri Pertempuran Rusia-Turki.

1792 masihi – Perjanjian Jassy antara Uthmaniyah dan Rusia.

1793 masihi – Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru” untuk mereformasikan ketenteraan agar lebih efektif. Ia jadi keterbelakang sejak memakai sistem Janissari.

1798 masihi – Napoleon cuba menawan Mesir.

1804 masihi – Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

1815 masihi – Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

1822 masihi – Bermulanya Perang Kemerdekaan Yunani. Yunani disokong oleh British, Perancis dan Rusia. Inilah yang membawa kepada Yunani moden hari ini.

1826 masihi – Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyah di Navarino.

1829 masihi – Perjanjian Adrianople. Signifikan kepada Rusia kerana boleh mengakses Laut Hitam.

1830 masihi – Berakhirnya Perang Kemerdekaan Yunani.

1841 masihi – Konvensyen Selat.

1853 masihi – Bermulanya Perang Krimea.

1856 masihi – Berakhirnya Perang Krimea.

1876 masihi – Perlembagaan Uthmaniyah diluluskan.

1878 masihi – Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

1908 masihi – Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

1912 masihi – Perang Balkan Pertama.

1913 masihi – Perang Balkan Kedua.

1914 masihi – Empayar Uthmaniyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

1919 masihi – Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.

1922 masihi – Sistem kesultanan (monarki) dihapuskan.

1923 masihi – Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

1924 masihi – Pejabat khalifah dihapuskan.

Pengenalan ringkas Kerajaan Turki Uthmaniyah

Turki Uthmaniyah dibangunkan pada tahun 1299 oleh Osman I. Jadi, nama empayar ini bersempena dengan nama keluarga dan puak beliau, iaitu Osmani. Sebelum dibangunkan empayar Uthmaniyah, beliau merupakan pemimpin bagi suku Osmani.

Penubuhan Uthmaniyah bermula daripada beliau di Anatolia Barat, Bandar Sogut. Sogut merupakan pusat pemerintahan terawal Uthmaniyah. Mereka melawan pemerintahan Byzantium. Pengikut-pengikut mereka dinamakan Ghazi. Mereka berjihad menentang Kristian yang menjadi teras kepada pemerintahan Byzantium.

Turki Uthmaniyah mempunyai 36 khalifah atau sultan sehinggalah ia dibubarkan pada tahun 1922 menjadi satu negara republik. Bukan lagi satu empayar Islam berbentuk monarki.

Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Dari segi ekonomi, Istanbul telah menjadi pusat dagangan dunia mempertemukan antara Timur dan Barat. Di sini tempat para pedagang melakukan perniagaan mereka.

Siapa yang menakluk Istanbul? Kerajaan Turki Uthmaniyah. Sebelum itu, ia diperintah oleh Empayar Byzantium tetapi dikalahkan oleh Uthmaniyah di bawah kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih.

Dan juga, Turki Uthmaniyah banyak memajukan sains dan teknologi. Banyak tokoh sains yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Uthmaniyah.

Antaranya, Piri Reis, Taqiuddin Muhammad, dan sebagainya. Zaman Uthmaniyah juga dirancakkan penulisan ensiklopedia. Ensiklopedia menyusun macam-macam ilmu (dan lengkap) menurut abjad.

Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Kejatuhan Uthmaniyah disebabkan kelemahan kepimpinan khalifah dan juga desakan orang ramai yang sudah cenderung kepada demokrasi. Turki Muda banyak mengkritik sultan dan cenderung untuk membangunkan negara demokrasi.

Lama-kelamaan, dengan kuasa rakyat, kesultanan itu dijatuhkan lalu dibangunkan negara republik, Turki.

Sejarah Kerajaan / Pemerintahan Islam Lain

Rujukan

  1. Ensiklopedia Dunia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 4 =