Apakah hukum telan kahak ketika puasa? Artikel ini akan membincangkan tentang puasa dan hukum telan kahak ketika puasa.
Puasa
Puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa adalah perisai orang Islam untuk masuk ke syurga Allah.
Puasa dapat menahan nafsu seseorang. Masakan tidak? Orang yang berpuasa akan sibuk memikirkan makan dan minum sahaja, tidak enak untuk melakukan apa-apa maksiat pun! Inilah rahsia puasa!
Jikalau kita ingin mendidik diri untuk meninggalkan suatu maksiat, maka kita amalkan puasa. Puasa merupakan amalan kaum-kaum sebelum Nabi Muhammad lagi. Cuma, Nabi Muhammad menyambung syariat ini.
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
Merujuk ayat al-Quran di atas, hasil daripada berpuasa adalah meningkatnya ketakwaan seseorang. Hal ini kerana puasa dapat memfokuskan seseorang kepada jalan spiritual. Ketika berpuasa, ada beberapa perkara yang kita tidak boleh lakukan seperti makan, minum, berjimak dan sebagainya.
Semua perkara ini boleh dilakukan setelah berbuka puasa.
Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 187:
Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan isterimu. Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima taubatmu dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) antara benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam. Tetapi jangan kamu campuri mereka, ketika kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, agar mereka bertakwa.
Ketika sedang berpuasa, berjimak dengan isteri boleh membatalkan puasa. Namun, perkara itu berubah setelah berbuka. Boleh berjimak dengan isteri selepas berbuka. Sama seperti makan dan minum.
Hal ini berbeza dengan seks luar nikah. Seks luar nikah adalah haram dilakukan. Sekiranya ia dilakukan juga, ia membatalkan puasa. Namun, setelah berbuka, tetap haram ia dilakukan.
Kahak
Kahak atau sputum ialah sejenis lendir yang keluar dari mulut melalui batuk yang berasal dari paru-paru. Kahak boleh jadi sebab semula jadi ataupun penyakit, bergantung kepada warnanya.
Sesetengah pakar mengatakan kahak yang keluar setiap hari (yang normal) sebanyak satu liter.
Kahak boleh terjadi disebabkan selesema, alahan dan sebagainya.
Terdapat beberapa warna kahak yang membawa mesej tertentu kepada kita yang perlu diambil berat.
1. Hijau
Kahak yang berwarna kuning atau hijau menandakan badan kita sedang melawan jangkitan tertentu seperti selesema dan lain-lain. Warna tersebut terhasil daripada sel darah putih badan kita.
2. Jernih
Warna jernih adalah kahak yang normal terhasil hari-hari dalam badan kita.
3. Hitam
Orang yang ada kahak hitam menunjukkan dia ada menyedut habuk, menghisap rokok, menghisap kokain, dan boleh juga menandakan ada jangkitan kuman pada paru-parunya.
4. Perang
Kahak berwarna perang menunjukkan ada darah lama dalam tekak kita. Asalnya, darah itu tentulah berwarna merah atau merah jambu, tetapi apabila ia sudah lama, ia menjadi perang.
5. Putih
Sekiranya ada kahak putih, pergilah berjumpa doktor. Sekiranya kahak itu dibiarkan, ia berkumpul menjadi banyak lalu seseorang itu akan sukar untuk bernafas. Kahak putih menunjukkan ada jangkitan bronkitis.
6. Merah
Kahak merah memberi mesej yang sangat serius kepada seseorang. Batuk yang teruk sehingga mengeluarkan kahak berwarna merah boleh menandakan ada saluran terpecah pada paru-paru kita.
Hukum menelan kahak ketika berpuasa
Menurut Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menelan kahak ketika puasa ini boleh jadi batal dan tidak batal. Mengapa?
Sebelum itu, kita harus faham dua perkara.
Membatalkan puasa
Sekiranya, kahak yang terkeluar melalui batuk itu sampai kepada bahagian mulut, maka wajib kita buang kahak tersebut. Sekiranya kita telan, puasa kita akan terbatal!
Tidak membatalkan puasa
Sekiranya kahak yang terkeluar itu tidak sampai ke zahir mulut, hanya di sekitar halkum sahaja, maka tidak terbatal puasa kita sekiranya kita telan.
Perkara ini sama seperti yang ditulis oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid.
Kesimpulan
Telan kahak ketika kahak itu hanya terkeluar sampai halkum tidak membatalkan puasa. Sekiranya kahak itu sudah sampai ke bahagian mulut, menelannya dapat membatalkan puasa. Justeri, ia hendaklah dibuang.
Rujukan
- Hukum Menelan Kahak Ketika Berpuasa – MuftiWP
- Is The Fast Invalidated by swallowing Phlegm – Islamqa.info
- Punca Kahak dan Warna – Hellodoktor.com