hukum potong kuku ketika haid

Hukum Potong Kuku Ketika Haid (Penjelasan Lengkap)

Apakah hukum potong kuku ketika haid? Artikel ini akan membincangkan hukum memotong kuku ketika seseorang wanita itu datang haid

Pengenalan

Rasulullah bersabda dalam satu hadis, “Dari Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu.” (Riwayat Tirmidzi)

Allah suka kepada kebersihan. Disebabkan itu, kita sebagai mukmin wajib menjaga kebersihan diri kita sendiri. Diri yang tidak bersih akan mudah mendatangkan penyakit. Jangkitan pun mudah merebak disebabkan kekotoran.

Kuku merupakan antara bahagian badan yang mudah mendatangkan dan merebakkan jangkitan sekiranya ia kotor. Bagaimana nak membersihkan kuku? Caranya, potonglah kuku yang panjang. Bila kuku panjang, macam-macam benda kotor boleh melekat padanya. Contohnya, ketika kita makan menggunakan tangan kosong, pasti akan melekat segala sisa makanan pada kuku. Jadi, lama-lama, sisa-sisa itu akan mengotorkan kuku. Dari sinilah lagi mudah terkena jangkitan. Perlulah kita untuk potong kuku bila ia semakin memanjang. Bukan kuku tangan sahaja ya. Kuku kaki sekali.

Menurut Canadian Dermatology Association, kuku kita akan memanjang sebanyak 2.5 milimeter setiap bulan. Kalau kuku kita tercabut sendiri disebabkan apa-apa kemalangan kecil, ia mengambil masa 6 bulan untuk tumbuh kembali. Kajian memberitahu kepada kita bahawa digalakkan untuk memotong kuku sebanyak 1-2 kali seminggu. Sekurang-kurangnya sekali. Paling elok, dua kali. Ini dalam masa seminggu, bukan lebih daripada itu. Ini cadangan menurut pakar.

4 keadaan di mana kita perlu memotong kuku

1. Kuku terlalu panjang

Bila kuku terlalu panjang, mikroorganisme akan mudah tumbuh. Maka, memotong kuku merupakan pilihan yang terbaik dalam situasi begini.

2. Kuku kotor

Ini juga akan menumbuhkan mikroorganisme.

3. Kuku kering

Bila ia tampak pucat dan tidak sihat. Potonglah kuku.

4. Kuku lembap

Bila ia mudah terkopek dan tercedera. Maka, perlulah potong kuku.

Apakah boleh untuk simpan kuku panjang-panjang demi kecantikan? Boleh itu memang boleh menurut kesihatan, tetapi kenalah tahu bagaimana nak menjaganya dengan ideal. Itu sahaja. Seeloknya, tidaklah perlu untuk menjaganya terlalu panjang.

Sunnah memotong kuku

Lazim dalam masyarakat kita untuk memotong kuku pada hari jumaat. Benarkah ianya patut dilakukan pada hari berkenaan sahaja? Hari lain tidak bolehkah?

Rasulullah bersabda, “Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.” (Riwayat Bukhari)

Hadis ini menunjukkan hukum umum bagi memotong kuku. Sebenarnya, potong kuku ini sunat dilakukan bila-bila masa sahaja kerana keumuman hadis tadi. Tidak terhad pada hari jumaat sahaja. Imam al-Sakhawi berpendapat, tidak ada dalil khusus yang jelas tentang memotong kuku pada hari tertentu.

.Sebenarnya, amalan sedemikian dilakukan oleh sebahagian sahabat. Contohnya, Ibnu Umar suka merapikan misai dan memotong kuku setiap hari jumaat. Ibrahim an-Nakhaie juga pernah berkata ramainya orang yang berbuat demikian, memotong kuku pada hari jumaat.

Jadi, tidak ada masalah untuk potong kuku bila-bila masa. Asalkan ia perlu dipotong, maka potonglah. Nak buat setiap jumaat pun okey. Ia tidak ada masalah. Cumanya, menyandarkan perbuatan tersebut secara langsung kepada Rasulullah itu yang ada sedikit masalah. Anggaplah saja kita ikut sebahagian sahabat.

Hukum potong kuku ketika haid

Sepertimana yang kita tahu, bila keadaan haid ini, ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan seperti solat, puasa dan sebagainya. Persoalannya, apakah potong kuku itu termasuk dalam perkara yang diharamkan ketika haid?

Mengikut kaedah fiqah, asal sesuatu itu harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya. Maka, dalam hal begini, kita perlu jelas dengan dalil yang mengharamkan memotong kuku ketika haid. Imam al-Ghazali berkata dalam Ihya’ bahawa haram untuk memotong kuku ketika tidak suci kerana khuatir kuku itu dibangunkan di akhirat kelak dalam keadaan berjunub.

Namun, pandangan itu ada ulasan lanjut. Tak semestinya bermakna Imam al-Ghazali mengharamkan perbuatan tersebut secara total. Mungkin ada pemahaman yang perlu diperkemas untuk dapatkan konteks menyeluruh pandangan beliau.

Fatwa Wilayah Persekutuan berkata konteks Imam al-Ghazali itu adalah hadas besar disebabkan berjimak, bukannya haid. Selain itu juga, Imam al-Ghazali bukanlah mengharamkan hal itu sebenarnya, tetapi hanya menggalakkan ianya tidak dilakukan sahaja. Beliau menggunakan frasa ‘tidak sepatutnya’ bukannya haram total.

Maknanya, hukum potong kuku ketika haid adalah harus. Tidak ada dalil spesifik yang mengharamkan perbuatan berkenaan, maka ia kekal harus.

Kesimpulan

Potong kuku ketika haid itu harus.

Rujukan

  1. Health Benefit of Cutting Nails – Boldsky
  2. Hukum Memotong Kuku atau Rambut Ketika Haid dan Nifas – Mufti Wilayah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + two =

Scroll to Top