Skip to content

13 Doa Mohon Dimurahkan Rezeki

doa mohon dimurahkan rezeki

Apakah doa mohon dimurahkan rezeki dan tips kewangan golongan muda? Artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang doa-doa mohon dimurahkan rezeki serta tips kewangan yang berkesan khusus kepada anak-anak muda yang baru sahaja bekerja.

Setiap saat adalah rezeki, banyak bentuk rezeki yang Allah kurniakan 

Luasnya rahmat Allah SWT, mengurniakan rezeki kepada setiap hamba Nya. Soal rezeki bukanlah terletak pada duit atau harta benda semata-mata. Ditetapkan rezeki bagi setiap makhluk itu berbeza-beza berdasarkan jenis rezeki seperti:

  • Rezeki yang telah dijamin
  • Rezeki kerana usaha atau kerja
  • Rezeki kerana bersyukur
  • Rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Rezeki kerana istighfar
  • Rezeki kerana menikah
  • Rezeki kerana anak
  • Rezeki kerana bersedekah
  • Rezeki kerana keberkatan pagi
  • Rezeki kerana menjalinkan silaturahim

Walaupun begitu, kita boleh berusaha dan berdoa agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam hidup dengan membaca beberapa doa dan amalan setiap hari.

Doa-Doa Mohon Dimurahkan Rezeki

1. Surah Al-Ma’idah, ayat 114

قَالَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللهم رَبَّنَآ اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَاۤىِٕدَةً مِّنَ السَّمَاۤءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِّاَوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِّنْكَ وَارْزُقْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ

“Ya Tuhan, kami turunkanlah kiranya kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” – (Surah Al-Ma’idah, ayat 114)

2. Doa Nabi Sulaiman

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Artikel Berkaitan: Doa Nabi Sulaiman yang lain

3. Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas merupakan doa mohon rezeki yang seharusnya kita baca. Walaupun ia hanya mengandungi empat ayat tetapi banyak kelebihan yang boleh diperoleh. Banyak doa yang menunjukkan rasa puji-pujian terhadap Allah SWT dari kita sebagai seorang hamba Nya. Sesungguhnya dengan banyak kita mengingati Allah, maka pertolongan Nya itu sentiasa ada untuk membantu. 

4. Surah As-Syura, ayat 19

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ 

“Ya Allah Maha Lembut kepada hamba Nya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” – (Surah As-Syura, ayat 19)

5. Doa pembuka 12 pintu

Dalam rumi: Allahummaf tahli abwaabal khoiri. Wa abwaaba sholaamati. Wa abwaabas shihati. Wa abwaaban nia’mati. Wa anwaaba barokhati. Wa abwaabal quwwati. Wa abwaabal mawaddathi. Wa abwaabar rohmati. Wa abwaabar rizkhi. Wa abwaabal ‘ilmi. Wa abwaabal maghfirothi. Wa abwaabal jannathi yaa arhamarroohimiin.

Amalkan doa pembuka dua belas pintu ini selepas solat fardhu dan sebelum tidur untuk dibukakan segala pintu rezeki, terhindar dari segala musibah dan bertambah erat kasih sayang orang lain terhadap kita.

6. Surah Hud, ayat 6

۞ وَمَا مِنْ دَاۤبَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ

“Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” – (Surah Hud, ayat 6)

7. Surah Al-Qasas, ayat 24

فَسَقٰى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلّٰىٓ اِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” – (Surah Al-Qasas, ayat 24)

8. Surah Sad, ayat 54

اِنَّ هٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهٗ مِنْ نَّفَادٍۚ

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.” – (Surah Sad, ayat 54)

9. Surah Al-Waqiah

Surah yang bermaksud hari kiamat ini mengandungi 97 ayat dan diturunkan di Mekah. Diriwayatkan oleh az-Zaila’iy, dalam kitab Tarikh Al-Kasysyaf daripada Abdullah bin Mas’ud:

“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, maka tidak akan ditimpa padanya kemiskinan.”

 Berdasarkan hadis ini juga, Ibnus Mas’ud menyuruh puterinya untuk membaca surah Al-Waqiah setiap malam.

10. Surah Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman banyak menceritakan tentang nikmat-nikmat Allah beri kepada manusia di dunia ini yang dibuktikan dengan alam, tumbuhan, dan sebagainya.

Ia sesuai dibaca pada waktu pagi sebelum memulakan sebarang aktiviti atau selepas solat sunat dhuha.

11. Surah Yasin

Doa mudah rezeki lain yang mustajab adalah surah yasin. Mohonlah hajat anda, dengan izin Allah akan dimakbulkan dan diberikan kemudahan urusan mencari rezeki.

12. Ayat seribu dinar

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya, nescaya akan diberikanya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan ingatlah, sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

13. Bacaan zikir

Antara zikir-zikir yang biasa diamalkan untuk dilapangkan pintu rezeki seperti:

لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ

Laa Ilaaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Benar dan Nyata

سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ

Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Maha Suci Allah dengan segala puji bagi Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung

Tips kewangan yang bijak untuk golongan muda

Waktu muda bukannya waktu untuk kita bersenang lenang menghabiskan duit gaji sesuka hati. Sejak kecil sebenarnya sangat bagus untuk membentuk tabiat menabung dan berjimat cermat. Masuk sahaja di awal umur 20-an, kita mesti aplikasikan pengurusan kewangan yang bijak. Iaitu dengan:

  • Pandai membezakan keperluan dan kehendak hidup
  • Buat simpanan lengkap untuk masa depan
  • Sentiasa ukur kemampuan untuk beli atau memiliki sesuatu
  • Buat agihan perbelanjaaan setiap bulan
  • Rekod perbelanjaan sebenar selepas berbelanja
  • Berbelanja dengan berhemah
  • Kumpul aset seperti rumah dan tanah
  • Elakkan berhutang dengan bank atau mana-mana pihak
  • Mula rancang dana persaraan sejak hari pertama bekerja
  • Kumpul duit lain untuk beli sesuatu keinginan bukan ambil duit simpanan/gaji untuk membelinya

Diharapakan artikel berkenaan dengan doa mohon rezeki dan tips kewangan untuk golongan muda ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna untuk menghadapi krisis ekonomi negara yang semakin mencabar. Jangan takut untuk gagal dalam merancang, tetapi takutlah jika anda gagal kerana tidak sempat merancang dari muda. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 1 =