15 Alatan dan Perkakas untuk Membuat Kek

Dapur & Masakan · Bakeri · Panduan Membuat Kek

15 Alatan dan Perkakas Untuk Membuat Kek

Apakah alatan dan perkakas untuk membuat kek? Artikel ini akan membincangkan beberapa perkakas yang anda perlukan di rumah untuk membuat kek dengan sempurna.

Perkakas Asas Sukatan Tepat Kek Bakar & Kukus

Dorie Greenspan, seorang penulis buku memasak Amerika Syarikat menggambarkan memasak dan membakar kek adalah satu keterujaan. Oleh sebab itu, walaupun kita mampu untuk membeli kek di kedai kek atau bakeri dan ianya lebih mudah dan sedap untuk dinikmati, kadang-kala, terdetik juga untuk kita mencuba dan membuatnya sendiri, bukan?

Tetapi kita juga mesti terfikirkan, adakah alatan dan perkakas yang kita perlukan untuk membuat kek ini cukup? Takut nanti bahan-bahan tidak digaul rata, sukatan salah dan ada juga yang tidak masak seperti yang diinginkan. Jadinya, selain bahan-bahan untuk membuat kek yang harus difikirkan, perkakas dan peralatannya juga mestilah dipertimbangkan. Benar, bukan? Ini 15 alatan dan perkakas yang anda mungkin perlukan untuk membuat kek:

Perkakas 01

1. Ketuhar

Ketuhar Elektrik Pembakar Kek Ketuhar elektrik membakar kek, biskut dan roti dengan kawalan haba sekata.

Ketuhar direka untuk memanaskan sesuatu bahan dengan lebih cepat, mengurangkan masa memasak dan mengurangkan penggunaan tenaga. Ketuhar bagus untuk memanggang beberapa dulang makanan sekaligus (biskut, kek cawan dan muffin di rak atas, tengah dan juga bawah).

Ketuhar bukan sahaja sesuai untuk membakar kek, malahan boleh digunakan juga untuk membuat biskut dan juga roti. Pemilihan ketuhar juga memainkan peranan yang penting buat pembuat kek mengikut kapasiti saiz ketuhar dan juga kepanasan sesebuah ketuhar itu boleh membakar kek pada satu-satu masa.

Perkakas 02

2. Pengukus

Pengukus Tradisional dan Elektrik Pengukus menghasilkan tekstur kek yang sangat lembut dan moist.

Terdapat dua jenis pengukus yang ada di pasaran; satu pengukus yang menggunakan dapur dan satu lagi ialah pengukus elektrik. Kedua-dua pengukus ini mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama. Terdapat kek yang dikukus seperti kek coklat kukus yang sangat terkenal sekarang. Tekstur kek kukus biasanya lebih lembut dan juga moist. Pemilihan pengukus juga mengikut kapasiti yang kita mahukan. Kini, ada pengukus yang mempunyai tiga lapisan kukus yang membuatkan kek kukus kita boleh dimasak dengan jumlah yang banyak.

Perkakas 03

3. Pengadun elektrik / mangkuk pengadun

Pengadun Elektrik Hand Mixer Pengadun elektrik memudahkan adunan kek disebatikan dengan pantas dan gebu.

Jika menyebut untuk membuat kek, pengadun elektrik adalah salah satu alatan yang wajib ada kerana boleh dikatakan kesemua kek memerlukan bahan-bahannya diadun dengan sebati. Jika kita mahu menggunakan pengadun tangan, ia memerlukan masa yang lebih banyak untuk menyediakan satu adunan. Jadi, pengadun elektrik ini sangat sesuai untuk anda yang memang suka membuat kek, lebih-lebih lagi buat anda yang membuat bisnes menjual kek ini.

Perkakas 04

4. Kayu penggelek

Kayu Penggelek Rolling Pin Kayu penggelek meratakan adunan dan mencanai doh pastri dengan ketebalan sekata.

Kayu penggelek ini fungsinya adalah untuk meratakan adunan tepung supaya dapat diratakan dengan sekata. Ia juga digunakan untuk mencanai doh supaya menjadi nipis.

Perkakas 05

5. Penimbang

Kebanyakan resepi kek yang anda temukan di buku masakan atau pun di Google, memerlukan penimbang untuk menimbang sesuatu bahan. Setiap bahan mestilah disukat mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Terdapat penimbang manual yang anda boleh jumpa di pasar-pasar awam dan ada juga penimbang automatik yang lebih tepat untuk digunakan. Fungsi penimbang ini juga semestinya untuk memastikan bahan-bahan adunan anda dapat disebatikan dengan sempurna.

Perkakas 06

6. Sudu sukatan

Tidak semua pembuat kek memerlukan perkakas ini, tetapi jika anda mempunyainya, perkakas membuat kek anda akan menjadi lengkap. Selain sukatan yang memerlukan penimbang, ada juga sukatan yang menetapkan sukatan bahan mengikut cawan dan juga sudu. Kebiasaannya, di sudu sukatan tersebut sudah menyediakan berapa had sudu dan cawan yang ditetapkan di dalam resepi.

Perkakas 07

7. Alat pemukul telur

Alat Pemukul Telur Whisk Pemukul telur memastikan adunan cecair sebati tanpa gumpalan.

Telur juga menjadi bahan yang penting di dalam pembikinan kek kerana fungsi telur ialah dapat melembutkan tekstur kek dan juga menjadikan kek anda lebih moist. Maka, pemukul telur ini sangat diperlukan bagi memastikan adunan telur yang kita mahukan sebelum dimasukkan di dalam acuan atau adunan kita mengikut standard pembikinan sesebuah resepi.

Perkakas 08

8. Cake pans

Di mana lagi anda mahu meletakkan adunan yang sudah siap diadun dan dipukul? Tentulah di dalam cake pans. Material cake pans yang diperbuat daripada aluminium sangat sesuai untuk meletakkan bahan-bahan yang sudah kita siapkan sebelum dibakar di dalam ketuhar. Dengan material yang diperbuat daripada aluminium, ianya lebih mudah membakar adunan kek anda dengan lebih sekata.

Perkakas 09

9. Parchment paper/baking paper

Parchment paper atau boleh juga disebut sebagai baking paper ialah kertas tahan gris dan kelembapan yang diperbuat khas untuk penggunaan ketuhar. Ia sangat serba boleh — gunakan untuk melapisi cetakan kek dan lembaran penaik, dan ia juga boleh digunakan untuk menutup meja semasa kita sedang mengemas agar pembersihan menjadi mudah.

Perkakas 10

10. Baking tray

Alatan ini sering digunakan untuk membakar roti gulung, pastri dan produk-produk yang rata seperti biskut, lembaran kek, roti gulung Swiss dan juga pizza kerana permukaannya yang rata dan lebar, tidak seperti cake pans.

Perkakas 11

11. Cooking brush

Berus Memasak Cooking Brush Berus memasak digunakan untuk menyapu kuning telur, madu atau minyak sayuran pada kek.

Berus memasak ini selalunya digunakan untuk menyapu permukaan kek dengan telur, madu atau minyak sayuran, untuk mendapatkan warna kuning yang berkilauan pada tekstur kek atau untuk menambah perasa pada permukaan atas kek tersebut.

Perkakas 12

12. Spatula

Spatula kek mempunyai beberapa fungsi. Satu, semasa membuat icing kek, ia mempercepatkan kerja menyebarkan dan mendorong lapisan icing di antara lapisan kek, di sisi, dan di atas, dan meninggalkan kemasan yang profesional.

Anda juga boleh menggunakan spatula untuk mengimbangi adunan kek yang rumit di atas lembaran penaik dan mengeluarkan kek yang dibakar dan disejukkan tanpa memecahkannya dengan menggunakan spatula.

Perkakas 13

13. Penapis tepung

Penapis Tepung Flour Sifter Penapis tepung memecahkan gumpalan bahan kering agar adunan kek lebih gebu dan halus.

Penapis tepung ini digunakan untuk memisahkan dan memecahkan gumpalan dalam bahan kering seperti tepung, serta untuk mengudar dan menggabungkannya. Saringan adalah di dalam bentuk ayak yang digunakan untuk memisahkan pepejal terampai dari cecair dengan cara penapisan.

Perkakas 14

14. Pemasa

Pemasa digunakan untuk memberikan alarm kepada anda bahawa kek yang anda bakar sudah pun siap. Pemasa ini digunakan untuk memastikan kita tidak leka atau lupa akan kek yang sedang kita bakar di dalam ketuhar, sekaligus mengelakkan kek anda menjadi hangus. Pada masa kini, penggunaan pemasa boleh digantikan dengan pemasa daripada telefon pintar kita, yang lebih dekat dan lebih fleksible.

Perkakas 15

15. Cooling rack

Atau disebut juga sebagai rak penyejuk ini digunakan untuk meletakkan makanan yang telah siap dimasak ke permukaan rak dan membolehkan makanan disejukkan di semua sisi setelah siap dibakar, sama ada makanan masih dalam kuali panas atau makanan yang dikeluarkan dari loyang atau kuali dan diletakkan terus ke rak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, alatan dan perkakas yang kami syorkan ini tidak semestinya harus dibeli sekali. Cukup jika menggunakan perkakas yang sedia ada di dapur dan rumah kita dengan kreatif dan dapat menjanjikan fungsi yang sama seperti perkakas di atas. Dan, apa salahnya jika kita meminjam pada jiran sebelah yang mempunyai set alatan lengkap untuk membuat kek dan membelinya di masa hadapan jika kita memang memerlukannya.

Yang paling penting ialah usaha kita untuk membuat kek buat keluarga tersayang, tanpa mengeluarkan duit lebih, sekaligus dapat menikmatinya dengan jumlah yang banyak. Jangan takut untuk mencuba!

Soalan Lazim Mengenai Perkakas Membuat Kek (FAQ)

1. Apakah perkakas paling asas yang wajib ada untuk pembuat kek pemula (beginner)?

Tiga perkakas paling penting untuk permulaan ialah mangkuk adunan berserta pemukul telur (atau pengadun tangan), penimbang/sudu sukatan, dan loyang pembakar (cake pan).

2. Mengapakah sukatan menggunakan penimbang lebih disyorkan berbanding cawan?

Penimbang digital memberikan ketepatan berat bahan (gram) yang konsisten, manakala sukatan cawan boleh berbeza-beza mengikut cara tepung dicedok atau dipadatkan.

3. Bolehkah membuat kek yang sedap tanpa menggunakan ketuhar elektrik?

Boleh. Anda boleh menggunakan pengukus dapur untuk menghasilkan pelbagai kek kukus seperti kek coklat lembap kukus, apam mekar, atau kek lapis yang lembut dan enak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × five =