Skip to content

11 Barang Keperluan Rumah Baru yang Perlu anda Ada

barang keperluan rumah baru

Apakah barang keperluan rumah baru yang diperlukan untuk memastikan persiapan anda berjalan dengan lancar? Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 11 barang keperluan rumah baru yang perlu anda tahu.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri, penulis mendapati bahawa barang keperluan rumah baru boleh di bahagi-bahagikan kepada beberapa jenis iaitu pembersihan, dapur, bilik air, bilik tidur, pakaian, dan hiasan dalaman. Artikel yang akan dibincangkan hanya berfokus kepada barang asas yang sangat penting untuk di beri perhatian mula-mula anda menjejakkan kaki ke rumah baru.

1. Penyapu

Rumah baru yang belum berpenghuni sudah pasti tidak mempunyai tahap kebersihan yang tinggi. Penyapu di gunakan untuk menyapu sampah, membersihkan sawang, dan membuang habuk. Untuk pengetahuan anda, penyapu mempunyai beberapa jenis di pasaran. Antaranya ialah penyapu lobi, push broom, penyapu elektrik, dan penyapu sawang.

2. Mop

Selepas rumah selesai di renovasi, sudah tentu persekitaran ruangnya akan kotor dan berdebu dengan habuk-habuk dari simen dan konkrit. Ini menyebabkan kaki anda gatal dan kotor bila memijak lantai. Solusi yang boleh anda ambil adalah dengan mengemop lantai tersebut. Anda boleh mendapatkan beberapa jenis mop di pasaran antaranya ialah mop rata, mop span, mop debu, mop string, jalur tengah, mop wap, mop tali, dan mop strip.

3. Penyodok Sampah

Penyodok sebagai medium untuk membersihkan kawasan persekitaran. Terdapat banyak konsep mesin penyapu sampah yang berada dipasaran mengikut jenis tempat dan kawasan yang ingin diaplikasikan. Walau bagaimanapun, konsep yang berada dipasaran adalah sama walaupun reka bentuk dan teknologi berbeza. Sebagai contoh, alatan penyapu sampah yang digunakan mempunyai reka bentuk bersaiz sederhana untuk memudahkan pergerakkan sendiri.

4. Plastik Sampah

Selepas kerja-kerja pembersihan, plastik sampah diperlukan untuk mengasingkan semua sampah-sarap dan barang yang tidak berguna untuk ingin dibuang. Plastik sampah ada beberapa jenis ukuran antaranya seperti:

Tong SampahSaizUkuran (cm)
Dalam bilik atau pejabatS48 x 53
Dalam rumah seperti di dapurM66 x 90
Dibekalkan Alam FloraL74 x 92
Dibekalkan Alam FloraXL82 X 110
Dibekalkan Alam FloraXXL90 x 117

5. Kain Lap

Untuk permukaan yang besar seperti dinding dan lantai, anda sesuai menggunakan mop atau penyapu. Tetapi untuk permukaan yang kecil dan sempit seperti rak perabot, cermin tingkap, meja dan lain-lain dengan menggunakan kain lap atau kain buruk ianya lebih mudah untuk menghilangkan kekotoran.

6. Surat Khabar

Surat khabar banyak manfaatnya bukan sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan sahaja. Sebaliknya ia juga boleh di gunakan untuk mengelap cermin kaca, pintu sliding atau permukaan yang licin untuk memberi hasil akhir yang berkilat. Jika anda mengecat rumah, surat khabar boleh menjadi alas untuk mengelakkan cat dari terkena atau melekat di lantai.

7. Cecair Pencuci Lantai dan Tandas

Kegunaannya jelas untuk membersihkan tandas dan lantai. Kesan tapak-tapak kaki dan kotoran dari proses pembinaan selalunya akan memberi kesan hitam dan kuning pada singki, mangkuk tandas dan lantai. Berus atau mop sahaja tanpa bantuan cecair pencuci tidak akan memberi impak yang berkesan kepada kerja-kerja pembersihan. Bahan kimia pada cecair pencuci mampu bertindak balas dengan kotoran.

8. Pinggan dan Mangkuk

Alatan makan yang ringkas seperti pinggan dan mangkuk sangat sesuai untuk rumah baru. Jangan memperuntukkan ruang yang terlalu sarat untuk kelengkapan ini. Mencukupi untuk kegunaan seorang atau dua orang sahaja.

9. Pisau dan Gunting

Pisau dan gunting sinonim dalam peralatan-peralatan dapur yang tajam. Namun selain kegunaan di dapur, ia juga boleh di gunakan untuk membuka bungkusan barang-barang yang di pindahkan ke rumah baru.

10. Suis Extensions

Rumah baru adalah rumah yang masih belum lengkap segala kelengkapan khusus dan perabotannya. Oleh itu, penghuni lebih gemar untuk duduk di ruang tamu berbanding di dalam bilik. Suis extensions boleh menyalurkan tenaga elektrik dari satu tempat ke satu tempat yang tiada plug.

11. Periuk dan Kuali

Memudahkan urusan dan menjimatkan wang jika anda seorang yang suka masak sendiri di rumah berbanding makan di kedai. Sediakan satu periuk untuk memasak nasi dan satu kuali untuk menumis atau menggoreng.

Diharapkan artikel pada di atas dapat membantu anda untuk mendapatkan pengalaman yang paling bermakna saat pertama kali anda menjejakkan kaki ke rumah baru.

Selamat memulakan hidup baru dengan rumah baru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + 14 =