Artikel ini akan membincangkan hukum telan hingus ketika puasa. Adakah menelan hingus membatalkan puasa? Artikel ini akan menjawab persoalan itu.
Hingus
Hingus ialah sejenis cecair berlendir yang keluar biasanya ketika kita ada selesema. Ia juga dikeluarkan melalui hembusan sepertimana kahak dikeluarkan melalui batuk. Hingus sama seperti kahak, ada yang semula jadi dan ada yang disebabkan penyakit tertentu.
Secara umumnya, hingus yang keluar melalui hidung itu adalah untuk menghalang mana-mana habuk, bakteria, virus atau kuman-kuman lain memasukinya. Mudah kata, ia bertindak sebagai penapis kepada saluran hidung kita.
Hingus menjaga sistem pernafasan kita.
Jadi, hingus adalah semula jadi. Namun, bila masanya hingus menjadi penyakit?
Sebelum itu, mari kita sama-sama membezakan antara hingus dan kahak. Kedua-duanya bertindak untuk menjaga saluran pernafasan. Cumanya, hingus keluar melalui hidung manakala kahak keluar melalui tekak.
Sekarang, mari kita mengenali jenis-jenis hingus. Setiap warna hingus ini memperlihatkan keadaan kesihatan kita. Adakah ini ada penyakit tertentu atau tidak?
1. Jernih
Hingus yang berwarna jernih atau kosong ini menandakan kita sihat. Ini merupakan hingus yang biasa larut dalam perut. Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
2. Putih
Hingus berwarna putih menandakan hidung kita tersumbat. Hidung tersumbat ini berlaku bilamana ada keradangan atau bengkak pada tisu hidung. Selalunya kita akan terkena dengan kondisi ini ketika demam atau selesema.
3. Kuning
Hingus kuning menunjukkan badan kita sedang melawan penyakit. Ini berlaku apabila kita demam selesema.
4. Hijau
Hingus hijau menandakan kondisi yang lebih kurang sama dengan hingus kuning. Badan kita sedang dalam proses melawan jangkitan. Sekurang-kurangnya, ia akan hilang dalam masa 10 hari. Lebih daripada itu, kita perlu pergi berjumpa doktor.
5. Merah
Hingus merah adalah disebabkan terdapat luka pada tisu hidung kita. Maka luka yang mengeluarkan darah itu akan bercampur dengan hingus sedia ada.
6. Oren
Keadaan hingus oren juga sama seperti hingus merah. Barangkali ada darah yang bercampur dengan hingus.
7. Hitam
Hingus hitam adalah kondisi yang paling bahaya. Ini menunjukkan ada jangkitan kuman yang serius. Kita perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan.
Bagaimana cara untuk membuang hingus yang terlalu banyak?
Meskipun hingus boleh menandakan sesuatu yang baik atau buruk, tetapi sekiranya kita ada banyak hingus. Apa yang kita perlu buat?
1. Minum air secukupnya supaya hidrat
70% badan kita mengandungi air. Air itu juga boleh terbuang melalui air mati, peluh, buang air kecil dan sebagainya. Semua itu akan menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi pula boleh mengakibatkan badan lesu, selesema dan sebagainya.
Minumlah air secukupnya.
2. Pastikan pendingin hawa bersih
Pendingin hawa yang tidak bersih akan mengeluarkan habuk lalu menyebabkan kita akan dapat banyak hingus. Jadi, pastikan pendingin hawa kita bersih supaya udara yang kita sedut itu pun bersih.
3. Ubat sembur untuk hidung
Terbanyak banyak nasal spray yang baik untuk kita gunakan supaya terelak daripada dapat banyak hingus. Kita boleh mendapatkannya di farmasi.
Hukum telan hingus ketika puasa
Wujud perbezaan pandangan dalam kalangan ulama berkenaan menelan hingus ini. Dalam mazhab Syafie, menelan hingus bilamana ia sudah sampai ke sekitar mulut adalah membatalkan puasa. Hal ini berbeza dengan pandangan tiga mazhab yang lain. Walaupun hingus itu sudah mencecah lidah pun tidak membatalkan puasa menurut mereka.
Seorang sarjana mazhab Maliki, an-Nafrawi dalam kitabnya al-Fawakeh al-Dawani , orang yang berpuasa tetapi terkeluar hingusnya, walaupun hingus itu terkeluar sampai ke lidah lalu dia menelannya, tidak membatalkan puasa.
Pandangan ini tidak sama seperti dalam mazhab Syafie.
Menelan hingus yang tidak dihembuskan langsung itu tidak membatalkan puasa. Tetapi, sekiranya hingus itu sudah sampai ke lidah lalu kita dengan sengajanya menelan hingus tersebut, maka terbatallah puasa.
Hukum menelan hingus sama seperti menelan kahak. Pandangan mazhab Syafie tadi merupakan pandangan yang dipilih oleh Fatwa Wilayah Persekutuan. Maka, kita sama-sama mengamalkan pandangan tersebut.
Kesimpulan
Menelan hingus ketika puasa itu perlu dilihat berdasarkan posisi hingus tersebut. Sekiranya hingus itu tidak dihembuskan keluar, maka tidak mengapa untuk menelannya ke dalam. Namun, sekiranya hingus itu sudah terkeluar sampai ke lidah, tidak boleh kita menelannya pula. Itu akan membatalkan puasa.
Rujukan
- Bagaimana Hingus Terhasil dan apa Rahsia di Sebalik Warnanya – Hello Doktor
- Dehidrasi dan Apa yang Anda Perlu Tahu – Hello Doktor
- The Ruling of Swallowing Phlegm Whils Fasting – MuftiWP